Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Season 9 Fortnite tamat dengan pertarungan epik antara raksasa dan robot!

Sebuah penamat yang sudah lama dinantikan.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 22, 2019
in Acara, Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Season 9 Fortnite tamat dengan pertarungan epik antara raksasa dan robot!
Share on FacebookShare on Twitter

Klimaks terakhir Season 9 Fortnite akhirnya berlangsung pada hari Ahad semalam, dengan raksasa gergasi Cattus bertarung dengan robot Doggus yang sama besarnya. Kedua-duanya bertarung selama empat minit, di mana Doggus akhirnya muncul sebagai juara dan kemudian melakukan tarian “floss” satu tangan. Apa lagi yang korang harapkan daripada Fortnite? Mari kita lihat dulu ya:

https://www.youtube.com/watch?v=jrDZdpmN7Og&feature=youtu.be

Satu peristiwa yang sudah lama kita semua nantikan, dengan macam-macam hint, klu, dan teaser. Cattus pada mulanya dipercayai adalah crossover dengan Godzilla: King of Monsters. Walau bagaimanapun, bukan Ghidorah yang muncul, tetapi raksasa gergasi hijau seperti kucing yang muncul dan mula menghancurkan pulau itu. Sebagai respon, sebuah robot anjing gergasi mula dihasilkan di sisa-sisa gunung berapi yang meletus pada Season 8. Sepanjang Season 9, setiap drone berusaha membina robot anjing gergasi itu sesuatu yang jelas akan berakhir dengan pertarungan ala-ala Pacific Rim.

Pertarungan epik ini akhirnya berlangsung pada jam 6 petang GMT. Satu-satunya game mode yang ada ialah “The Final Showdown,” yang bermula dengan Cattus muncul dari sisi perairan di sekitar pulau. Doggus kemudian tiba dan melancarkan peluru berpandu ke arah Cattus. Cattus bertindak balas dengan letupan asid hijau yang menumbangkan Doggus sebelum robot anjing tersebut men-tackle Cattus ke laut.

End of the Fortnite event. 10/10 incredible job @Fortnitegame pic.twitter.com/EgBcx3T9hk

— Ninja (@Ninja) July 20, 2019

Ketika itu, Doggus telah dianggap sebagai pemenang, tetapi Cattus kemudian melompat ke belakang atas Doggus dan mengigit sehingga tercabut tangannya. Doggus berada di ambang kalah sehingga berjaya menemui pedang berkuasa yang tertanam dan mencucuk pedang itu di mata sulung Cattus. Akhirnya raksasa itu tertewas, dan Doggus pun sambut dengan tarian “Floss“.

Sumber – Kotaku

Tags: CattusDoggusflossFortnitegame modeSeason 9The Final Showdown
Previous Post

Mod Spider-Man PS4 di dalam GTA San Andreas!

Next Post

5 Senjata terbaik dan 5 senjata paling teruk di Apex Legends Musim kedua!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
5 Senjata terbaik dan 5 senjata paling teruk di Apex Legends Musim kedua!

5 Senjata terbaik dan 5 senjata paling teruk di Apex Legends Musim kedua!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd