Ketika Genshin Impact dikeluarkan buat kali pertama pada tahun 2020, ramai yang kagum selepas mendalami jalan ceritanya yang menarik sambil mengumpul “waifu” atau “husbando” kegemaran – semuanya dengan penampilan, senjata dan kemahiran unik sendiri. Hampir masuk ke tahun 2022, Genshin Impact masih dapat sambutan yang besar sehingga mengadakan kafe bertema di Malaysia. Walau bagaimanapun, beberapa gamer mungkin salah faham atau mempunyai tanggapan yang negatif bagi Genshin Impact memandangkan game ini penuh dengan kontroversi.
Di sini, saya jelaskan lima perkara yang para gamer sentiasa salah faham atau pandang negatif tentang Genshin Impact!
Penuh dengan waifu yang terlalu seksi
Disebabkan aspek pengumpulan watak dalam game ini, beberapa orang menyatakan kebimbangan tentang jumlah watak wanita yang terlalu ramai dan terlalu seksi. Dalam tinjauan di forum komuniti Mihoyo , sebanyak 26.87% responden bersetuju bahawa watak wanita dalam Genshin mempunyai pakaian yang terlalu mendedahkan. Salah seorang responden juga menyatakan yang bahagian dada untuk watak Noelle terlalu menyerlah kerana pakaian pembantu rumahnya. Pada masa yang sama, seorang lagi pengguna turut komen tentang pakaian ketat untuk watak seperti Ganyu dan Rosaria.
Walau bagaimanapun, 44.05% daripada tinjauan ini mengundi bahawa watak-watak di dalam permainan kelihatan “cantik” tanpa perlu membuat perubahan. Di Reddit, seorang gamer wanita berkongsi perspektifnya dan menjelaskan yang Genshin Impact sebenarnya sangat “female-friendly” dari segi watak dan jalan cerita. Dia bersambung kata “selain banyak watak wanita yang boleh dimainkan, jalan cerita juga menampilkan wanita dalam kedudukan yang berkuasa dan menerima banyak perkembangan.
Sistem pertempuran yang minimalis
Semasa mula-mula didedahkan, ramai menganggap Genshin sebagai klon Breath of the Wild, dan menjangkakan sistem pertempuran adalah sama dan terdiri daripada campuran aksi dan misi berunsur teka-teki. Walau bagaimanapun, bukan itu sahaja yang menarik tentang sistem pertempuran Genshin Impact.
Setiap watak bukan sahaja mempunyai senjata unik sendiri tetapi juga dapat mengawal elemen tertentu seperti Pyro, Geo, Hydro, Electro atau Anemo. Watak dengan elemen yang sama akan menerima bonus dalam bentuk Resonance manakala serangan elemental boleh berinteraksi antara satu sama lain dengan persekitaran sekeliling. Oleh itu, pemain boleh menghasilkan pelbagai jenis kesan seperti membakar, membeku, renjatan elektrik dan sebagainya.
Jalan cerita yang membosankan
Memandangkan ia Free-to-Play, sesetengah orang mendapat tanggapan pertama bahawa game ini tidak mempunyai jalan cerita yang menarik dan menceritakan kisah generik atau cliche di mana “hero perlu selamatkan dunia”. Walaupun betul kita perlu selamatkan dunia, ramai tidak menyangka yang kisah Genshin Impact lebih rumit dan mendalam daripada yang disangkakan walaupun dipromosikan sebagai Free-to-Play.
Ramai bersetuju di sebuah posting Reddit bahawa jalan cerita Genshin adalah salah satu sebab besar mengapa mereka tertarik pada game tersebut. Untuk sinopsis ringkas, kita akan bermain sebagai Traveler (boleh pilih antara lelaki atau perempuan) yang harus menyelamatkan kembar mereka daripada sejenis tuhan misteri di dunia bernama Teyvat. Bagaimanapun, ketibaan mereka di dunia tersebut tidak berjalan lancar dan pemain sendiri harus menyelesaikan isu-isu sambil membongkarkan sebuah konspirasi besar untuk akhirnya temui kembarnya.
Sistem Gacha yang tidak adil
Sistem Gacha merupakan salah satu punca mengapa ramai pendang negatif pada Genshin Impact. Sudah tentu, perkataan gacha sudah cukup untuk membuat sesetengah orang takut kerana biasanya game seperti ini bergantung pada nasib untuk mendapatkan barang tertentu. Disebabkan ini, ramai menyatakan kebimbangan untuk cuba kerana anggap tidak adil.
Nasib baik, Genshin Impact mempunyai Pity System, yang pada asasnya, memastikan kita menerima watak atau senjata 5-star selepas membuat jumlah Wish tertentu. Pada masa yang sama, ada sistem tersembunyi bernama “Soft Pity” yang meningkatkan kebarangkalian untuk mendapatkan ganjaran yang bernilai. Akhir sekali adalah sistem 50/50 yang menjaminkan kita dapat watak eksklusif dalam banner terhad selepas gagal dalam percubaan sebelum.
Pendek kata, peluang kita tidaklah serendah seperti yang disangkakan, dan semua pemain, lambat atau cepat, sepatutnya akan menerima watak/senjata 5-star sendiri. Pemain cuma perlu merendahkan harapan dari sudut mengumpul watak kerana membeli pakai duit sebenar sudah tentu lebih cepat dan lebih senang.
Tak seronok untuk pemain Free-to-Play
Memandangkan setiap game perlu menjana pendapatan, ia bukanlah sepenuhnya “percuma” untuk dimainkan kerana menggunakan kaedah monetization yang menggalakkan pemain untuk membeli item dan mata wang dalam permainan. Memandangkan Genshin Impact mempunyai sistem gacha, adakah ini bermakna pemain F2P terpaksa membeli item premium untuk menjadi kuat?
Jawapannya adalah tidak. Pada teras gameplay, Genshin amat permurah hati dan memberikan jumlah mata wang premium yang banyak apabila pemain menyelesaikan misi/tugas atau mencapai tahap tertentu. Selain itu, pemain boleh memperoleh sejumlah besar sumber untuk upgrade watak/senjata tanpa memerlukan sesi grinding yang terlalu melecehkan dari awal hingga pertengahan game.
Untuk mana-mana game, grinding adalah perkara wajib di end game – itu memang tidak boleh dielakkan tetapi sekurang-kurangnya pengalaman untuk menikmati jalan cerita atau menguatkan watak tidak dihalang 100%. Akhirnya, ia masih bergantung kepada cara anda main. Jika bermain secara santai, memang seronok. Kalau anda ingin setiap watak 5-star atau ingin menjadi kuat dalam tempoh masa yang pendek, itu pasti menjadi masalah kalau anda ikut cara F2P.
Itu sahaja yang saya ingin jelaskan tentang perkara-perkara yang para gamer sentiasa salah faham atau pandang negatif tentang Genshin Impact. Apa pendapat anda? Jom kongsikan pendapat di ruang komen.
@gamersantaimy
Discussion about this post