Bermain menggunakan cheat sememangnya adalah satu kelakuan yang tidak bertanggungjawab lebih-lebih lagi ketika bermain game online. Free Fire adalah game daripada Garena yang seronok dimainkan namun, dicemari oleh pemain-pemain yang menggunakan cheat. Berikut adalah antara cheat Free Free yang tidak boleh diterima.
Auto Headshot
Cara paling mudah membunuh musuh adalah headshot. Paling mudah dan jimat kerana hanya memerlukan 1 peluru. Pemain cheat telah mencipta satu script dimana penggunanya akan dapat membidik secara automatik kepada kepala musuh.
Wallhack
Wallhack memberikan kelebihan melihat posisi musuh ketika berada di dalam bangunan. Ini memberikan kelebihan besar kepada pengguna cheat dan boleh mengambil kesempatan ketika mereka tidak menyedarinya. Cheat ini telah lama wujud dan ada pada banyak permainan shooting online.
Fast Run
Kelajuan larian dalam permainan battle royale seperti Free Fire sangat penting. Dengan kelajuan, bermakna anda boleh mengumpulkan loot lebih pantas daripada pemain lain. Pengguna cheat telah membuat satu script yang menambahkan kelajuan ini.
Aim Lock
Membunuh dalam game battle royale memerlukan kemahiran, Free Fire memiliki ciri auto aim yang membolehkan pemain terus membidik musuh dan ianya telah ada semenjak pelancarannya. Pengguna cheat tidak menyukai ciri ini barangkali, dan telah mencipta aim lock. Dengan cheat ini, penggunanya akan sentiasa membidik musuh dan bidikan ini akan mengikut musuh.
Antenna
Cheat ini menjadikan penggunanya boleh melihat musuh daripada jauh. Ia menjadikan leher penggunanya sangat tinggi dan dengan itu mampu melihat musuh-musuh daripada jauh.
Sumber: Duniagames
@gamersantaimy
Discussion about this post