Nampaknya Ubisoft akan kekal sibuk buat beberapa tahun ini kerana ‘leaker’ terkenal, Tom Henderson, telah mendakwa bahawa 20 game sedang dalam pembangunan oleh syarikat tersebut termasuk Prince of Persia 2.5D baru dan sekuel Immortals Fenyx Rising.
Menurut Henderson, game terbaru Prince of Persia bukanlah remake kepada Sands of Time, dan dibangunkan oleh Ubisoft Montpellier. Berbeza dengan entri moden yang lebih cenderung ke genre ‘linear action-adventure’, game Prince of Persia ini akan kembali ke genre original iaitu platforming selepas mengambil inspirasi daripada francais Ori.

Selain itu, sumber yang sama juga mendedahkan yang Ubisoft akan mengadakan acara besar-besaran untuk memberi maklumat lebih lanjut tentang beberapa game yang sudah diumumkan sebelum ini. Berikut adalah game yang kita mungkin dapat melihat:
- Skull & Bones
- Avatar: Frontiers of Pandora
- The Division Heartland
- Immortals Fenyx Rising 2
- Assassin’s Creed Rift
- Assassin’s Creed Infinity
- Ghost Recon Frontline
- XDefiant
- Prince of Persia: The Sands of Time
- The Crew 3
- Mario + Rabbids Sparks of Hope
- Roller Champions
- Beyond Good and Evil 2
- Splinter Cell Remake
- The Division Mobile
- dan beberapa game mobile lain.
Malangnya, saya pun tidak pasti jika acara ini akan diadakan atau tidak, tetapi kita harap yang terbaiklah.
Dalam banyak-banyak game dalam senarai di atas, mungkin ramai yang tidak sabar untuk mencuba Splinter Cell versi Remake. Asalnya dibocorkan pada Oktober 2021, ia kemudian diumumkan secara rasmi pada Disember tahun yang sama. Menurut sumber, game ini masih awal dalam pembangunan dan kita perlu menunggu beberapa tahun lagi sebelum pelancaran – paling awal adalah 2024. Buat masa ini, korang boleh tonton dulu treler CGI di bawah.
Banyak lagi game menarik sedang dalam pembikinan seperti Assassin’s Creed, The Crew 3, dan sekuel Immortals Fenyx Rising, tetapi tidak banyak maklumat yang didedahkan buat masa sekarang seperti gameplay, jalan cerita dan bila ia akan keluar.
Untuk segala liputan kami tentang Ubisoft, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post