Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

11 Tip Penting Sebelum Mula Bermain Digimon Story Time Stranger

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 2, 2025
in Artikel, Berita, Panduan, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
11 Tip Penting Sebelum Mula Bermain Digimon Story Time Stranger
Share on FacebookShare on Twitter

Ketibaan Digimon Story Time Stranger sebagai entri utama terbaharu dalam subsiri ini selepas hampir 8 tahun bukan sahaja telah menarik perhatian peminat veteran, tetapi juga mereka yang berminat untuk melangkah ke dunia gaming Digimon buat kali pertama.

Berbeza dengan siri penjinakan raksasa yang lain, Digimon mempunyai ciri-ciri uniknya tersendiri yang sentiasa berevolusi dan berubah mengikut peredaran masa, dan Digimon Story Time Stranger juga tidak terkecuali, kerana ia memperkenalkan beberapa perubahan besar berbanding entri-entri sebelumnya.

Bagi membantu anda membuat persediaan yang lebih baik sebelum memulakan pengembaraan, kami telah mengumpulkan tip dan trik yang diharap dapat menjadikan pengalaman gaming anda lebih lancar.

  • Biasakan diri untuk menyimpan Digimon yang tidak digunakan di dalam Digifarm. Walaupun anda boleh menyimpannya di dalam inventori yang menawarkan akses lebih mudah dan kapasiti yang banyak sehingga 999 slot, kebanyakan masa anda hanya akan menggunakan Digimon tambahan yang diletakkan di slot ahli Reserve. Menyimpan Digimon di Digifarm memberikan lebih banyak faedah, seperti menjalani sesi latihan untuk meningkatkan statistik, menukar Personality, dan juga membantu dalam pengumpulan bahan. Sebagai bonus, mereka juga masih menerima bahagian EXP yang sama seperti Digimon yang disimpan di dalam inventori.
  • Manfaatkan akses Digiline untuk melancarkan pengalaman gameplay anda. Ada kalanya anda akan menerima pelbagai notifikasi istimewa, seperti kemunculan misi sampingan baharu, Digimon yang ingin berbual dan berpotensi mencetuskan perubahan Personality, atau perkembangan latihan di Digifarm. Interaksi secara langsung dengan Digimon kadangkala boleh memakan masa yang agak lama, terutamanya dalam situasi di mana anda berada di dunia sebenar, jadi ciri ini sangat berguna untuk menjimatkan masa dalam banyak keadaan.
  • Jangan abaikan misi sampingan. Digimon Story Time Stranger mempunyai sistem kemajuan yang benar-benar memerlukan anda untuk mengumpul Anomaly Point sebanyak mungkin, kerana ia digunakan untuk membuka Agent Skill yang baharu, dan tidak banyak sumber untuk memperolehnya. Selain daripada misi cerita, anda juga boleh mendapatkan Anomaly Point daripada misi sampingan, yang kadangkala memberikan ganjaran dalam jumlah yang agak banyak. Di samping itu, anda boleh menerima ganjaran berharga lain seperti Augment Chip, yang berguna untuk meningkatkan statistik asas dan lebih berkesan daripada bergantung semata-mata pada Equipment.
  • Attachment Skill sama gunanya seperti Special Skill. Walaupun anda mempunyai Digimon yang mungkin lemah terhadap Attribute tertentu, ada fleksibiliti tambahan melalui Attachment Skill, yang membolehkan anda melengkapkan sehingga empat skil tambahan kepada satu Digimon. Ini memberi mereka peluang untuk mengekalkan peranan yang relevan, terutamanya jika anda ingin mengekalkan mereka di dalam parti anda sehinggalah sekurang-kurangnya ada peluang untuk Digivolution.
  • Outer Dungeons adalah antara kandungan ‘farming’ terbaik dalam game ini, di mana anda juga boleh menikmati cabaran tambahan berbanding dungeon biasa. Selain itu, pihak pembangun telah menyertakan pilihan dungeon yang direka khusus untuk aktiviti grinding EXP, Money, dan Material bagi mereka yang sanggup mengambil laluan P2W (pay-to-win), kerana akses kepadanya dikunci di sebalik DLC berbayar.
  • Sistem Personality mungkin mengambil sedikit masa untuk difahami sepenuhnya, tetapi anda akan mendapat manfaat yang sangat besar apabila tiba masanya untuk membina pasukan Digimon yang terbaik. Kami mengesyorkan untuk menyemak panduan khusus yang menerangkan sistem ini dengan lebih terperinci, yang kami sediakan di SINI.
  • Sentiasa pertimbangkan Cross Art mana yang paling berguna untuk anda manfaatkan. Walaupun anda boleh memperoleh pelbagai Cross Art, game ini hanya membenarkan anda melengkapkan satu sahaja dan bukannya memilih secara bebas antara beberapa pilihan semasa combat. Tidak semuanya praktikal pada setiap masa, dan kami biasanya lebih bergantung pada Cross Art yang berunsurkan serangan terus kerana ia menjamin serangan tepat sambil mengabaikan Attribute/Elemental Resistance.
  • Digivolution dalam game ini tidak lagi memerlukan level tertentu untuk Digimon. Sebaliknya, anda perlu mencapai Agent Rank tertentu. Untuk naik ke Agent Rank yang lebih tinggi, anda mesti mengumpul dan membelanjakan Anomaly Point sebanyak mungkin, yang terikat terutamanya pada kemajuan cerita dan misi sampingan. Jadi, cuba elakkan daripada mengumpul Anomaly Point secara tidak perlu, dan belanjakannya dengan segera untuk mempercepatkan proses kenaikan tahap.
  • Berbeza daripada entri-entri sebelumnya, anda tidak lagi perlu membazirkan satu giliran untuk menggunakan item atau menukar Digimon. Bagi setiap Digimon dalam parti anda yang mengambil giliran, anda juga secara automatik memperoleh satu giliran istimewa tambahan untuk Tamer. Walau bagaimanapun, pastikan anda menggunakan bonus ini pada permulaan giliran, kerana jika anda terus menggunakan skil Digimon, giliran bonus itu akan luput.
  • Sentiasa sasarkan 200% Conversion untuk mendapatkan statistik terbaik, tetapi jika anda jarang bertemu dengan Digimon tertentu, anda masih boleh menukarnya pada 100% dan melatihnya kemudian. Jika matlamat anda melakukan Conversion adalah untuk merekrut Digimon dengan Personality yang berbeza daripada bentuk asalnya, lalu tidak lagi memerlukannya sekiranya faktor nasib (RNG) tidak menyebelahi anda, anda masih boleh menyimpan Digimon itu untuk potensi Digivolution pada masa hadapan, menggunakannya sebagai ‘bahan’ untuk menaikkan level Digimon pilihan anda yang lain, atau menukarkannya dengan wang.
  • Anda tidak perlu risau tentang watak utama mana yang hendak dipilih, kerana sepanjang bermain, anda boleh menukar watak yang anda kawal pada bila-bila masa melalui menu System > Options > Game Settings. Selain penampilan, anda juga bebas menukar nama mereka. Kedua-dua watak berkongsi pilihan dialog yang sama sama ada mereka dimainkan sebagai protagonis atau sebagai Operator sokongan ADAMAS, jadi anda tidak perlu bimbang akan terlepas sebarang interaksi unik atau yang seumpamanya.

Selagi anda mengingati tip-tip ini, anda akan menikmati pengalaman yang jauh lebih lancar,, dan memuaskan dalam Digimon Story Time Stranger. Walaupun setelah mencapai kandungan endgame atau menghadapi NG+ yang jauh lebih sukar, pelbagai tip ini akan masih relevan untuk gameplay anda.

Digimon Story Time Stranger akan dilancarkan pada 2 Oktober 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan 3 Oktober untuk PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi mereka. Baca panduan kami yang lain di bawah:

  • Digimon Story Time Stranger – Memahami Sistem Personality & Cara Ia Sebenarnya Berfungsi
  • Digimon Story Time Stranger – Nak Pilih Starter Digimon Mana? Ini Jawapannya!
  • Digimon Story Time Stranger – Cross Art Mana Patut Diutamakan?

Tags: Digimon Story Time StrangerPanduan
ShareTweetSend
Previous Post

Impulse Gaming Kembangkan Sayap Ke IOI Mall Puchong Dengan Sambutan Grand Opening

Next Post

Digimon Story Time Stranger – Memahami Sistem Personality & Cara Ia Sebenarnya Berfungsi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Digimon Story Time Stranger – Memahami Sistem Personality & Cara Ia Sebenarnya Berfungsi

Digimon Story Time Stranger - Memahami Sistem Personality & Cara Ia Sebenarnya Berfungsi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd