Computer Entertainment Supplier’s Association (CESA) telah mengumumkan pemenang bagi kategori Future Award di Japan Game Awards 2022. Sebanyak 10 game telah menerima jumlah undian yang banyak daripada pengunjung acara termasuk Wo Long: Fallen Dynasty, Exoprimal, Forspoken, dan lain-lain.
Buat mereka yang tidak tahu, Future Award dianugerahkan kepada game yang belum dikeluarkan tetapi sudah dipamerkan atau diumumkan di Tokyo Game Show 2022. Anugerah ini juga memberi gambaran tentang game apa yang netizen Jepun paling menantikan, memandangkan undian dibuat oleh orang awam.

Berikut adalah 10 game yang memenangi Japan Game Award 2022 – Future Award! Senarai pemenang di bawah disusun mengikut abjad bahasa Jepun, jadi kita tidak tahu siapa yang mempunyai undian terbanyak.
- A Space for the Unbound
- Game slice-of-life adventure dengan pixelart berlatarkan akhir 90-an Indonesia yang mengisahkan tentang hubungan antara lelaki dan perempuan yang mempunyai kuasa ghaib. Dihasilkan oleh Mojiken dan Toge Productions, game ini akan dikeluarkan untuk PS4, PS5, Switch, dan Xbox One pada awal 2023.
- Wo Long: Fallen Dynasty
- Game soulslike terbaru oleh Team Ninja di bawah Koei Tecmo yang mengisahkan era Three Kingdoms. Demo kini tersedia di seluruh dunia untuk PS5 dan Xbox Series X buat masa terhad sehingga 26 September 2022. Versi rasmi akan dikeluarkan untuk PS4, Xbox One dan PC bersama vesi next-gen tadi pada awal 2023.
- Exoprimal
- Keluaran Capcom, ini adalah game action shooter di mana kita bertarung dengan dinosaur baharu sebagai watak dengan sut robotik. Game ini akan keluar untuk PS5, PS4, Xbox Series X, Xbox One dan PC pada tahun 2023.
- Street Fighter 6
- Sekuel akan datang kepada siri fighting game terkenal akan mempunyai banyak ciri baharu, seperti custom avatar dan “in-game commentary”. Capcom akan melancarkan SF6 dengan 18 watak yang boleh dimainkan untuk PS5, PS4, Xbox Series X dan PC pada tahun 2023.
- Sonic Frontiers
- Game Sonic serba baharu yang berlangsung di lima pulau open zone dengan sistem pertempuran futuristik. Sega akan mengeluarkan game ini untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X, PC dan Nintendo Switch pada 8 November 2022.
- Final Fantasy XVI
- Walaupun Square Enix tidak mendedahkan sebarang info tentang FFXVI di TGS 2022, ia masih diundi oleh orang ramai, lantas membuktikan betapa popular JRPG itu. Final Fantasy XVI akan dikeluarkan di PlayStation 5 pada Musim Panas 2023.
- Forspoken
- Juga datang daripada Square Enix, game ini mengisahkan tentang Frey Holland yang terperangkap di dunia mistik penuh sihir. Game ini akan keluar untuk PS5 dan PC pada 24 Januari 2023.
- Atelier Ryza 3: Alchemist of the End and the Secret Key
- Entri ketiga dalam trilogi Atelier Ryza akan menutup kisah Reisalin “Ryza” Stout sambil menampilkan pilihan parti yang luas dengan tambahan Bos Brunnen. Koei Tecmo dan Gust akan mengeluarkan JRPG ini untuk PS5, PS4, Nintendo Switch dan PC pada 24 Februari 2023.
- Like a Dragon: Ishin!
- Asalnya dikeluarkan sebagai game eksklusif Jepun pada 2014, Sega dan Ryu Ga Gotoku Studio akan membuat remake bagi game aksi era Bakumatsu dengan beberapa reka bentuk watak yang berbeza. Game ini akan keluar untuk PS5, PS4, Xbox Series X, Xbox One dan PC pada 21 Februari 2023.
- Mega Man Battle Network Legacy Collection
- Kompilasi 10 game Mega Man Battle Network yang dikeluarkan pada Game Boy Advance akan disertakan dengan ciri Versus and Chip Trading dalam talian. Capcom akan mengeluarkan Legacy Collection untuk Nintendo Switch, PS4 dan PC pada tahun 2023.

Untuk segala liputan kami tentang TGS 2022, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post