Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Zenless Zone Zero Versi 1.2 ‘Tour de Inferno’ Akan Tiba 25 September!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 17, 2024
in Action, Android, Artikel, Berita, Epic Store, Gacha, iOS, Mobile, Open World, PC, PS5, Steam
0 0
0
Zenless Zone Zero Versi 1.2 ‘Tour de Inferno’ Akan Tiba 25 September!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, HoYoverse mengumumkan bahawa Zenless Zone Zero Versi 1.2 “Tour de Inferno” akan tersedia pada 25 September.

Dalam update ini, para Proxy akan meneruskan pengembaraan mereka di New Eridu ke kawasan pinggir tandus yang dikenali sebagai Outer Ring sambil bertemu dengan Caesar, Burnice dan ahli-ahli lain dari kumpulan Sons of Calydon.

Berikut adalah trailer rasmi untuk update ini:

Outer Ring, yang akan menjadi latar utama bab cerita akan datang, adalah kawasan tandus di luar bandar New Eridu. Walaupun tandus, kawasan ini kaya dengan sumber bahan api yang sering mencetuskan persaingan antara pelbagai kumpulan.

Dalam Versi 1.2, para Proxy akan bekerjasama dengan Caesar, Burnice, dan ahli-ahli lain dari Sons of Calydon untuk berhadapan dengan pesaing mereka, The Vanquishers, dan Overlord Pompey. Pemain juga boleh meneroka New Eridu sebagai Caesar dan Burnice dalam versi baru ini.

Kredit: HoYoverse

Caesar, pemimpin Sons of Calydon, ialah S-Rank Physical Defense Agent. Selain menyediakan shield buff kepada sekutu, dia juga mampu memberikan damage besar menggunakan perisainya dan debuff musuh apabila Perfect Block atau Defensive Assist diaktifkan.

Kredit: HoYoverse

Satu lagi watak, Burnice ialah S-Rank Fire Anomaly Agentyang boleh menghasilkan Fire damage yang besar dan mengumpulkan Anomaly Buildup dengan cepat untuk Burn musuh menggunakan dua pelontar api.

Kredit: HoYoverse

Selain itu, permainan arked terhad yang dikenali sebagai “Bizarre Brigade” akan tersedia di Godfinger. Apabila maju melalui permainan roguelike ini, pemain boleh membuka watak-watak berbeza dan menggunakannya untuk menyelesaikan cabaran.

Pemain juga berpeluang untuk berlatih kemahiran tempur mereka dengan watak-watak dari pelbagai faction secara percuma, meningkatkan tahap Agent mereka dengan lebih cepat, dan memperoleh ganjaran melalui gameplay baru yang dipanggil Investigator Training Course di HIA.

Kredit: HoYoLAB

Bermula dari Versi 1.2, pemain boleh memperoleh semua Observation Data dan ganjaran secara automatik di papan TV dengan bantuan FAIRY setelah selesai meneroka papan untuk kali pertama.

Visual papan TV termasuk beberapa animasi juga akan diperbaiki dan dipercepatkan sementara pemain dapat menikmati cerita dan pertempuran dengan lebih langsung dan konsisten dalam Chapter 4.

Selain itu, pemain akan dapat menetapkan susunan pasukan mereka untuk pertempuran dan menukar masa dengan bebas, serta mendapat Backup Battery Charge yang akan memberikan lebih banyak stamina dalam permainan.

Kredit: HoYoLAB

Zenless Zone Zero Versi 1.2 akan dilancarkan pada 25 September. Dengan pelbagai acara in-game seperti “Overlord’s Feast”, pemain boleh menerima ganjaran yang melimpah termasuk Agent Lucy, dan meneruskan pengembaraan New Eridu pada PlayStation 5, PC, iOS, dan Android.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Tags: Zenless Zone Zero
ShareTweetSend
Previous Post

Pra-Pendaftaran Miraibo GO Kini Dibuka di Mobile & PC!

Next Post

Fate Trigger: The Novita – Game Waifu Battle Royale Shooter Oleh Tencent!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
Fate Trigger: The Novita – Game Waifu Battle Royale Shooter Oleh Tencent!

Fate Trigger: The Novita - Game Waifu Battle Royale Shooter Oleh Tencent!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd