Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fate Trigger: The Novita – Game Waifu Battle Royale Shooter Oleh Tencent!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 17, 2024
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, Epic Store, iOS, Mobile, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Fate Trigger: The Novita – Game Waifu Battle Royale Shooter Oleh Tencent!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, anak syarikat Tencent, Saroasis Studios, telah mengumumkan Fate Trigger: The Novita, sebuah game hero shooter bergaya anime yang boleh dimainkan secara percuma. Game ini akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PC melalui Steam dan Epic Games Store, iOS, serta Android pada tahun 2025.

Berikut adalah trailer pengumuman rasmi:

Seperti saya kata tadi, Fate Trigger: The Novita ialah game hero shooter taktikal 3D bergaya anime yang dikuasakan oleh Unreal Engine 5. Selami dunia dinamik pulau terapung, jadi seorang penembak tepat dengan kemahiran khas luar biasa, cipta strategi sendiri, dan sertai pertempuran hidup-mati yang penuh aksi!

Kredit: Saroasis Studios

Sebuah entiti sfera besar dan berkuasa tergantung tinggi di langit. Dunia ini terpecah kepada pulau-pulau terapung, diancam oleh bencana Paleblight yang boleh memusnahkan medan pertempuran pada bila-bila masa. Anda adalah pahlawan terpilih, dikenali sebagai Awakener, dan misi anda adalah untuk merungkai rahsia dunia baru ini.

Kredit: Saroasis Studios

Daripada segi gameplay, gameplay boleh disamakan dengan Fornite. Khususnya, anda perlu bertahan hidup sehingga menjadi orang terakhir dengan mencari senjata dan sumber di sekeliling.

Kredit: Saroasis Studios

Pemain boleh pilih dari senarai hero anime yang pelbagai, setiap satu dengan skil, abiliti, dan penampilan 3D yang unik. Jadi Light Whisperer, yang mampu melepaskan serangan maut dengan pancaran cahaya, atau Seafarer yang bergerak pantas dan menjadi halimunan menggunakan kuasa air. Tidak kira siapa yang anda main, pasti ada hero yang sesuai dengan gaya permainan anda.

Kredit: Saroasis Studios

Pada masa yang sama, anda boleh menggunakan portal, glider, kereta terapung, dan juga angin misteri antara pulau-pulau untuk meneroka dan bergerak.

Bertarung secara solo atau bersama pasukan, kumpul dan cipta senjata terbaik, lepaskan kebolehan menembak dan kemahiran khas anda untuk menguasai pihak lawan.

Kredit: Saroasis Studios

Ujian alpha tertutup untuk PC melalui Steam akan berlangsung dari 25 September, 7PM -1 Oktober, 11:59PM. Pengguna boleh meminta akses melalui borang aplikasi atau Discord.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Tags: Fate Trigger: The Novita
ShareTweetSend
Previous Post

Zenless Zone Zero Versi 1.2 ‘Tour de Inferno’ Akan Tiba 25 September!

Next Post

Anime Festival Asia Singapore 2024 Akan Bermula 29 November!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Anime Festival Asia Singapore 2024 Akan Bermula 29 November!

Anime Festival Asia Singapore 2024 Akan Bermula 29 November!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd