Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Zenless Zone Zero Mungkin Akan Keluar Julai 2024, Boleh Pre-Register Sekarang di Semua Platform

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 23, 2024
in Android, ARPG, Artikel, Berita, iOS, Khabar angin, Mobile, PC, PS5
0 0
0
Zenless Zone Zero Mungkin Akan Keluar Julai 2024, Boleh Pre-Register Sekarang di Semua Platform

Kredit: HoYoverse

Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik buat mereka yang tidak sabar untuk bermain Zenless Zone Zero kerana game ini mungkin akan dikeluarkan pada bulan Julai tahun ini! Bukan itu sahaja, pengguna iOS turut boleh pre-register atau pre-order game ini sekarang di PlayStation™Store, Google Play, App Store dan Epic Store.

Kempen prapendaftaran menjanjikan ganjaran yang banyak apabila ia mencapai milestone berbeza, termasuk sehingga 20 Master Tapes, yang boleh digunakan untuk mendapatkan watak “rare”, Agent Corin, 30,000 Dennies dan Boopons , item dalam game yang digunakan untuk mendapatkan Bangboo “rare”. Ganjaran akan dihantar melalui “in-game mail” semasa pelancaran rasmi.

Kredit: HoYoverse

Dihasilkan oleh HoYoverse (syarikat sama yang menghasilkan Genshin Impact dan siri Honkai), game “urban fantasy action RPG” Zenless Zone Zero tanpa sengaja telah membocorkan tarikh keluarannya. Disedari di Apple App Store, halaman App Store Zenless Zone Zero mempunyai tarikh keluaran pada 4 Julai dan saiz muat turun sebanyak 3.38GB

Walaupun begitu, hal ini harus dianggap sebagai tarikh sementara sehingga kami mendapat pengumuman rasmi. Jadi, janganlah kita meletak harapan 100% dahulu.

Kredit: HoYoverse

Zenless Zone Zero asalnya diumumkan pada Mei 2022 dan sejak itu, HoYoverse telah mengadakan tiga ujian beta berasingan untuk platform mobile dan PC, manakala ujian PlayStation 5 akan tiba pada akhir bulan ini. Selepas selesainya semua ujian itu, ramai pemain menjangkakan game itu akan dilancarkan tidak lama lagi.

Oleh itu, tarikh keluaran pada bulan Julai tidaklah begitu mengejutkan.

Zenless Zone Zero telah berada dalam pembangunan aktif selama beberapa tahun sekarang, jadi ia sepatutnya hampir dilancarkan. Jika game ini masih tidak dikeluarkan pada 4 Julai, peminat mungkin tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mencuba RPG besar-besaran terbaharu HoYoverse.

Kredit: HoYoverse

Sedikit bio tentang judul ini:

Zenless Zone Zero ialah ARPG fantasi urban serba baharu oleh HoYoverse. Dalam cerita permainan, tamadun kontemporari telah dimusnahkan oleh bencana ghaib yang dikenali sebagai Hollows. Di tengah-tengah malapetaka yang melanda ini, bandar New Eridu telah bangkit menentang ancaman ini dengan memanfaatkan teknologi dan sumber yang diperlukan untuk memerangi bencana Hollow, dan secara beransur-ansur berkembang menjadi harapan terakhir tamadun moden.

Pemain akan memegang peranan sebagai seorang Proxy, watak yang membantu orang lain meneroka dimensi Hollows. Semasa maju, Proxy akan merekrut ahli baharu ke parti mereka sambil terus melawan Ethereal dan musuh-musuh lain. Dengan menggabungkan kebolehan ahli yang berbeza, pemain boleh menggunakan melakukan serangan dan kombo yang lebih dahsyat ke atas musuh.

Kredit: HoYoverse

Jika anda ingin bermain Zenless Zone Zero semasa pelancaran, anda boleh pre-order di App Store di SINI atau pre-register di Google Play di SINI.

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai game ini daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: GachaHoYoversekhabar anginZenless Zone Zero
ShareTweetSend
Previous Post

Metaphor: ReFantazio Bakal Lancar Pada Oktober 2024! Sistem Gameplay Didedahkan!

Next Post

Deadpool & Wolverine Berganding Bahu Untuk Menyelamatkan MCU, Penjelasan Trailer Baru

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Deadpool & Wolverine Berganding Bahu Untuk Menyelamatkan MCU, Penjelasan Trailer Baru

Deadpool & Wolverine Berganding Bahu Untuk Menyelamatkan MCU, Penjelasan Trailer Baru

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd