Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Deadpool & Wolverine Berganding Bahu Untuk Menyelamatkan MCU, Penjelasan Trailer Baru

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 23, 2024
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Deadpool & Wolverine Berganding Bahu Untuk Menyelamatkan MCU, Penjelasan Trailer Baru

Kredit: Marvel

Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun tidak banyak filem Marvel yang akan keluar pada tahun 2024, Deadpool & Wolverine merupakan salah satu filem terbesar daripada Marvel Studios. Bersama Wolverine, Deadpool bakal menyeberang ke MCU di mana kita dapat melihat lebih dalam ke kisah filem dan apa yang akan terjadi kali ini di Marvel Cinematic Universe.

Berikut adalah trailer-nya:

Sebagai konteks, ini merupakan filem ketiga Deadpool dan akan menjadi filem pertama dalam francais yang dibangunkan di bawah Marvel Studios berikutan pemerolehan 20th Century Fox oleh Disney. Ryan Reynolds kembali memainkan watak Deadpool, bersama Hugh Jackman yang akan mengulangi watak ikoniknya sebagai Wolverine dalam Marvel Cinematic Universe buat kali pertama.

Kredit: Marvel

Ramai tertanya bagaimana Wolverine akan kembali dalam filem tetapi trailer nampaknya sudah mengesahkan bahawa ini adalah varian MCU. Secara langsung, ini mengesahkan bahawa Wolverine dalam filem Logan sudah meninggal dunia dan tidak akan kembali.

Kredit: Marvel

Seperti yang dilihat dalam trailer, Wade Wilson (a.k.a Deadpool) akan merekrut Wolverine baharu – seorang varian yang telah “mengecewakan seluruh dunianya” menurut Mister Paradox daripada Time Variance Authority. Terperangkap di dalam Void at the End of Time (dilihat dalam Marvel’s Loki), Wolverine dan Deadpool akhirnya akan bekerjasama untuk menyelamatkan keseluruhan realiti multiverse.

Kredit: Marvel

Sebagai tambahan, kostum penuh Logan dalam Deadpool & Wolverine turut ditunjukkan dan lebih tepat mirip komik original. Walaupun tidak dipaparkan dalam trailer, Wolverine juga akan memakai topeng klasiknya dalam filem baharu itu juga.

Kredit: Marvel

Setelah tampil dalam trailer pertama Deadpool & Wolverine , Cassandra Nova membuat kemunculan penuhnya dalam trailer terbaru. Dilakonkan oleh Emma Corrin, Cassandra Nova mengawal seluruh Void at the End of Time, dan memiliki pasukan khas bernama Brotherhood of Mutants (yang terdiri daripada mutant jahat daripada filem lama X-Men). Dalam komik, Cassandra Nova ialah kembar jahat kepada Professor Charles Xavier.

Lebih mengerikan lagi, Cassandra Nova menjadikan tengkorak dan helmet Ant Man sebagai markas utamanya. Helmet itu dijadikan sebagai rumahnya manakala helmet berfungsi sebagai lapisan perlindungan.

Kredit: Marvel

Bukan itu sahaja masalah yang mereka akan hadapi, Void at the End of Time juga mengandungi Alioth, entiti besar yang pertama kali dilihat dalam siri Loki. Di penghujung trailer, Alioth sedang mengejar Deadpool dan Wolverine tetapi duo tersebut berjaya menyelamatkan diri dengan melompat melalui portal ajaib. Secara khusus, ini adalah portal sama yang sering dibuka oleh Doctor Strange dan ahli sihir Kamar-Taj dalam MCU.

Kredit: Marvel

Portal ini menandakan kedua-dua Deadpool dan Wolverine akan menjelajah banyak multiverse untuk cuba menyelamatkan dunia MCU. Bagaimana Deadpool akan berinteraksi dengan rakan MCU yang lain? Saya tidak pasti tetapi yakin filem ini akan memukaukan minda semua peminat Marvel Malaysia.

Kredit: Marvel

Deadpool & Wolverine dijangkan akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 25 Julai 2024. Untuk baca segala berita kami tentang Deadpool, sila tekan SINI.

Tags: Deadpool & WolverinefilemMarvelmcu
ShareTweetSend
Previous Post

Zenless Zone Zero Mungkin Akan Keluar Julai 2024, Boleh Pre-Register Sekarang di Semua Platform

Next Post

Acer Malaysia Memperkenalkan Desktop Acer Veriton, Dual Monitor & Projektor Baru, Peranti-Peranti Bertumpuan Produktiviti

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Acer Malaysia Memperkenalkan Desktop Acer Veriton, Dual Monitor &  Projektor Baru, Peranti-Peranti Bertumpuan Produktiviti

Acer Malaysia Memperkenalkan Desktop Acer Veriton, Dual Monitor & Projektor Baru, Peranti-Peranti Bertumpuan Produktiviti

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd