Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Zenless Zone Zero 1.7 “Bury Your Tears With the Past” Dilancarkan pada 23 April

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 15, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, Epic Store, iOS, Mobile, PC, PS5
0 0
0
Zenless Zone Zero 1.7 “Bury Your Tears With the Past” Dilancarkan pada 23 April
Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse telah mengumumkan bahawa update versi 1.7 untuk Zenless Zone Zero, bertajuk “Bury Your Tears With the Past,” akan dilancarkan pada 23 April, membawa penutup dramatik kepada jalan cerita Season 1.

Update ini menyelami krisis Sacrifice di New Eridu, mendedahkan kebenaran yang lama tersembunyi serta memperkenalkan watak-watak baharu yang hebat, gameplay yang mendebarkan, dan acara in-game yang meriah.

Penutup Season 1

“Bury Your Tears With the Past” menyampaikan pengakhiran yang klimaks bagi naratif Season 1. Proxies akan menyelami masa lalu Vivian, mendedahkan misteri kematian Hugo dan konflik antara Mockingbird dan TOPS.

Ketika ketegangan semakin memuncak, pemain akan bekerjasama dengan penyiasat khas berpangkat Void Hunter, yang dihantar oleh Mayor New Eridu, untuk menyusup ke wilayah musuh dan mencari Sacrifice Core. Sepanjang perjalanan, mereka akan membongkarkan konspirasi Exaltists dan menghadapi kegelapan yang mengancam bandar.

Agent Baharu

Versi 1.7 memperkenalkan dua Agent S-Rank dari Mockingbird:

Kredit: HoYoverse
  • Vivian, seorang Ether Anomaly Agent, memakai payung dan rapier, dan boleh bertukar dengan lancar antara serangan darat dan udara. Basic Attack “Featherbloom” miliknya meningkatkan damage Anomaly dan bersinergi dengan EX Special Attack rakan sepasukan untuk meningkatkan output Corruption damage pasukan.
  • Hugo, seorang Ice Attack Agent, mengubah begnya menjadi sabit, menebas musuh dengan serangan yang luas. Apabila memukul musuh yang stun, Hugo mencetuskan efekTotalize, meningkatkan damage-nya berdasarkan tempoh stun yang tinggal pada musuh.
Kredit: HoYoverse

Menyertai mereka adalah Robin, rakan Bangboo dari Mockingbird, yang melontar kad berkesan rawak ke arah musuh.

Selain itu, update ini menampilkan banner rerun untuk Jane, seorang Physical Anomaly Agent, dan Lighter, seorang Fire Stun Agent, memberikan peluang kepada pemain untuk merekrut semula kegemaran peminat ini.

Acara In-Game yang Meriah

Di samping naratif dan pertempuran sengit, Zenless Zone Zero versi 1.7 menawarkan acara yang santai dan kompetitif:

Kredit: HoYoverse
  • Say It With Flowers: Pemain mengambil peranan sebagai pengurus kedai bunga, menggubah bunga untuk pelanggan. Dengan menyelesaikan komisen bunga, Proxies akan membuka susunan bunga interaktif kekal dalam mod Quality Time, bersama dengan ganjaran eksklusif seperti A-Rank Bangboo Overtimeboo.
  • Bangboo Bash: Acara penuh adrenalin ini kembali dengan mod rank, mencabar Proxies untuk menavigasi litar berhalangan. Mata diperoleh berdasarkan kedudukan perlawanan dan pangkat, dengan mereka yang mendaki papan pendahulu boleh menuntut gelaran eksklusif, Polychromes, dan ganjaran lain.
Kredit: HoYoverse

Zenless Zone Zero kini tersedia di PlayStation 5 melalui PlayStation Store, PC melalui muat turun klien dan Epic Games Store, iOS melalui App Store, dan Android melalui Google Play. Versi Xbox Series juga sedang dalam pembangunan. Layari laman web rasmi untuk info lanjut.

Tags: Zenless Zone Zero
ShareTweetSend
Previous Post

Rahsia Inovasi Siri POCO F7, Dari Kamera Hingga Cipset – Interviu Bersama POCO

Next Post

Kolaborasi Mobile Legends: Bang Bang x Naruto Bermula 2 Mei 2025! Tonton Gameplay Awal!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu KAZUMA KANEKO’S TSUKUYOMI – Naik Taraf Yang Seronok, Tetapi Tercalar AI
Review

Reviu KAZUMA KANEKO’S TSUKUYOMI – Naik Taraf Yang Seronok, Tetapi Tercalar AI

Borderlands 4 Akan Terima Dua DLC Besar Pada Tahun Ini Bermula Dengan Bounty Pack 4
DLC

Borderlands 4 Akan Terima Dua DLC Besar Pada Tahun Ini Bermula Dengan Bounty Pack 4

July 24, 2026
Anime Baru “Mobile Suit Gundam RG XARX-ZERO” Akan Tiba 2027
Anime

Anime Baru “Mobile Suit Gundam RG XARX-ZERO” Akan Tiba 2027

July 24, 2026
Next Post
Kolaborasi Mobile Legends: Bang Bang x Naruto Bermula 2 Mei 2025! Tonton Gameplay Awal!

Kolaborasi Mobile Legends: Bang Bang x Naruto Bermula 2 Mei 2025! Tonton Gameplay Awal!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd