Konami Digital Entertainment Limited mengumumkan bahawa “Yu-Gi-Oh! OCG Duel Monsters CREATION PACK 04“, salah satu produk dalam “Yu-Gi-Oh! OCG -English Edition for Asia“, kini dijual di pasaran.
Yu-Gi-Oh! OCG Duel Monsters CREATION PACK 04 menampilkan pelbagai kad istimewa yang berkaitan dengan Booster Pack seterusnya “Yu-Gi-Oh! OCG Duel Monsters LEGACY OF DESTRUCTION”, kad popular, dan kad berguna dalam Duel sebenar, bersama dengan kad rare yang hanya boleh diperolehi melalui “+1 Bonus Pack” eksklusif untuk kotak First-Run Limited Edition.

“Yu-Gi-Oh! OCG Duel Monsters CREATION PACK 04” memudahkan Duellist baru bermain permainan ini dengan menguatkan Dek mereka. Ia mengandungi banyak tema seperti “Silent Swordsman”, “Silent Magician”, “P.U.N.K.”, “Metalfoes”, “Fire King”, dan lain-lain, yang sangat sesuai untuk acara seperti “Yu-Gi-Oh! World Championship 2024 Asia Qualifier (WCQ)” dan “Yu-Gi-Oh! Challenger Cup 2024 -English Edition for Asia-” yang sedang diadakan!
Digemari oleh ramai peminat di rantau Asia, pelbagai tutorial, kelas, pertandingan, dan kejohanan Ranking eksklusif diadakan untuk Edisi Bahasa Inggeris untuk Asia, jadi anda tidak akan ketinggalan daripada meta. Untuk maklumat lanjut tentang produk Yu-Gi-Oh!, korang boleh semak Facebook Rasmi di SINI.
Baca segala berita kami tentang Yu-Gi-Oh di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post