Game simulasi tenis TopSpin 2K25, yang dibangunkan oleh 2K dan Hangar 13, kini boleh didapati di PlayStation 5 (PS5), PlayStation 4 (PS4), Xbox Series X|S, Xbox One, dan PC melalui Steam.
Menampilkan mode single-player dan multiplayer kompetitif, keempat-empat Kejohanan Grand Slam bersejarah, 25 profesional yang boleh dimainkan dan banyak lagi, TopSpin 2K25 pasti akan memuaskan peminat tenis berpengalaman dan pendatang baru di gelanggang maya.
Peminat boleh melihat launch trailer, yang menampilkan atlet Frances Tiafoe berhadapan dengan penyanyi rap ikonik dan peminat tenis Pusha T, ditambah dengan penampilan oleh ikon tenis John McEnroe, serta gameplay trailer, yang menunjukkan atlet Carlos Alcaraz melawan Daniil Medvedev, Andre Agassi melawan Pete Sampras, Coco Gauff melawan Madison Keys, serta beberapa ikon lain.
Berikut adalah sorotan TopSpin 2K25:
- Menangi GRAND SLAM: Cipta MyPLAYER custom anda sendiri, jelajah dunia sebagai profesional, bergaul dengan nama-nama terbesar dalam tenis, dan melangkah ke gelanggang di Wimbledon, Roland-Garros, US Open, dan Australian Open ketika anda berusaha untuk menjadi Juara Grand Slam dalam MyCAREER;
- Bertanding di tempat ikonik: Lawati beberapa gelanggang paling meriah dalam Tour di TopSpin 2K25. 48 gelanggang unik akan tersedia untuk dimainkan atau dibuka dari pelancaran, termasuk 15 venue sebenar, daripada empat kejohanan Grand Slam kepada kesemua sembilan venue ATP Masters 1000. Tempat luar juga menawarkan pilihan tiga masa yang berbeza dalam sehari untuk bermain;
- Legenda Tenis & Bintang Baru: Bermain sebagai ikon Roger Federer dan Serena Williams atau sebagai gelombang atlet baharu Carlos Alcaraz, Iga Świątek dan Frances Tiafoe. Melangkah ke gelanggang sebagai lagenda seperti John McEnroe dan Andre Agassi, atau lawan mereka di masa lalu, seperti Steffi Graf dan Pete Sampras, dengan bintang yang sedang meningkat naik, seperti Coco Gauff, Paula Badosa, Daniil Medvedev dan Matteo Berrettini. Pilih daripada 25 pro, dengan animasi, atribut dan gaya permainan yang unik, dan lepaskan kemahiran mereka secara lokal atau online;
- Peribadikan MyPLAYER anda: Cipta MyPLAYER yang disesuaikan dengan gaya permainan anda dan tentukan penampilan anda di gelanggang! Dengan pelbagai pilihan customization, anda boleh menentukan atribut anda dan memperoleh Coach, Fitting dan peralatan baharu daripada jenama tenis dan fesyen terkemuka termasuk Nike, adidas, New Balance, Wilson, Yonex, Uniqlo, Asics, Original Penguin, Lululemon , Market, Hugo Boss, Lacoste dan banyak lagi;
Sekali lagi saya ingatkan, TopSpin 2K25 kini boleh didapati di PlayStation 5 (PS5), PlayStation 4 (PS4), Xbox Series X|S, Xbox One, dan PC melalui Steam.
@gamersantaimy
Discussion about this post