Peminat teknologi dan pemilik rumah pintar pasti tertarik dengan Xiaomi Smart Living Showcase 2025, yang berlangsung dari sekarang hingga 17 Ogos 2025, di Centre Court, Setia City Mall.
Acara lima hari ini bukan sahaja akan mempamerkan pelbagai rangkaian produk pintar AIoT Xiaomi, tetapi juga menjadi platform pelancaran untuk barisan peranti rumah pintar baharu, termasuk Siri Xiaomi TV A 2026, Monitor 4K Xiaomi A27Ui, serta model Robot Vakum Xiaomi H40 dan S40.
Para pengunjung boleh menikmati tawaran eksklusif, hadiah menarik, dan nilai hebat untuk teknologi pintar terkini.
Super Combo Xiaomi yang Eksklusif

Bagi mereka yang ingin membina atau menaik taraf rumah pintar mereka, Xiaomi menawarkan Smart Home Super Combo eksklusif pada harga tiada tandingan. Tersedia hanya di pameran ini, pakej ini merangkumi lima perkakas pintar Xiaomi yang paling popular pada harga hanya RM 7,999, iaitu diskaun hebat sebanyak 41% daripada harga runcit yang disyorkan iaitu RM 13,595.
Tawaran ini adalah terhad, dengan hanya tiga set tersedia setiap hari berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat, dengan jumlah keseluruhan 15 set sepanjang tempoh acara.
| Produk | Harga Biasa | Harga Super Combo |
|---|---|---|
| Mijia Air Conditioner Pro Eco 5-Star 1.0HP Inverter | RM 1,899 | RM 7,999 (Harga Runcit Disyorkan RM 13,595) |
| Mijia Refrigerator Cross Door 510L | RM 2,899 | |
| Mijia Front Load Washer Dryer 10.5kg | RM 2,299 | |
| Xiaomi TV A Pro 65” 2026 | RM 2,999 | |
| Xiaomi Robot Vacuum X20 Max | RM 3,499 |
Cabutan Bertuah ‘Belanja & Menang’ dengan Hadiah Bernilai Lebih RM50,000

Para pembeli di pameran ini juga berpeluang menyertai Cabutan Bertuah ‘Belanja & Menang’. Dengan perbelanjaan minimum RM1,000 dalam satu resit, pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat bernilai sehingga RM4,599. Jumlah keseluruhan hadiah bernilai lebih RM50,000. Hadiah utama termasuk:
| Hadiah | Nilai Hadiah (Harga Runcit Disyorkan) |
|---|---|
| Xiaomi Smart Cooking Robot | RM 4,599 |
| Xiaomi TV A Pro 65” 2026 | RM 2,999 |
| Mijia Refrigerator Cross Door 510L | RM 2,899 |
| Mijia Front Load Washer Dryer 10.5kg | RM 2,399 |
| Mijia Air Conditioner Pro Eco 5-Star 1.5HP Inverter | RM 2,199 |
*Hadiah-hadiah lain termasuk bagasi, pembesar suara luaran, pengering rambut, dan baucar membeli-belah. Hadiah tersedia selagi stok masih ada.
Flash Sale Harian dengan Harga Runtuh

Sepanjang pameran berlangsung, para pengunjung boleh mendapatkan Flash Sale Harian yang diadakan pada empat slot masa setiap hari. Jualan ini akan menampilkan pelbagai peranti pintar dan aksesori pada harga diskaun hebat, selagi stok masih ada.
| Slot Masa | Produk | Harga Flash Sale |
|---|---|---|
| 12 PM | Xiaomi Electric Scooter Cable Lock | RM 9.90 (RRP: RM 139) |
| Redmi Buds 5 | RM 39.90 (RRP: RM 199) | |
| 4 PM | Redmi Buds 4 Lite | RM 9.90 (RRP: RM 139) |
| 20,000mAh Redmi 18W Fast Power Bank | RM 49.90 (RRP: RM 129) | |
| 6 PM | Xiaomi Tritan Water Bottle | RM 9.90 (RRP: RM 45) |
| Xiaomi Smart Band 8 | RM 49.90 (RRP: RM 199) | |
| 8 PM | Redmi Buds 3 Pro | RM 39.90 (RRP: RM 239) |
| Xiaomi Smart Kids Watch | RM 199 (RRP: RM 369) |
Promosi Peranti Pintar Boleh Pakai Ogos
Selain acara pameran, Xiaomi turut mengadakan promosi “Smart Wearables, Smarter Savings” sepanjang bulan Ogos. Dari 1 hingga 31 Ogos, pelanggan boleh berjimat sehingga RM400 untuk model peranti pintar boleh pakai Xiaomi terpilih, sesuai untuk meningkatkan tahap kecergasan harian.
| Produk | Harga Biasa | Harga Promosi Ogos |
|---|---|---|
| Xiaomi Watch 2 Pro | RM 1,199 | RM 799 |
| Xiaomi Watch S4 (Black and Silver) | RM 699 | RM 519 |
| Xiaomi Smart Band 10 | RM 219 | RM 179 |
| Xiaomi Smart Band 10 Ceramic Edition | RM 299 | RM 249 |
| Redmi Watch 5 | RM 459 | RM 339 |
| Redmi Buds 6 Pro | RM 299 | RM 239 |
Jangan lepaskan peluang untuk menaik taraf kediaman dan gaya hidup anda. Kunjungi Xiaomi Smart Living Showcase 2025 di Setia City Mall dari 13 hingga 17 Ogos 2025. Untuk berita dan promosi terkini, sila ikuti Laman Facebook Xiaomi Malaysia.









Discussion about this post