Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Xiaomi Lancar Redmi 15 5G, Tampil dengan Bateri Terbesar Pada Harga RM 729

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 8, 2025
in Artikel, Berita, Smartphone, Teknologi, Tempatan
0 0
0
Xiaomi Lancar Redmi 15 5G, Tampil dengan Bateri Terbesar Pada Harga RM 729
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia hari ini telah mengumumkan pelancaran rasmi Redmi 15 5G, model telefon pintar baharu yang memfokuskan prestasi dan diserlahkan dengan bateri kapasiti 7000mAh yang luar biasa—yang terbesar pernah dikeluarkan oleh syarikat itu untuk pasaran global.

Dengan harga RM 729, peranti ini dicipta untuk menawarkan ketahanan kuasa sepanjang hari, hiburan imersif, serta keupayaan kreatif berasaskan AI kepada pengguna di Malaysia.

Daya tarikan utama Redmi 15 5G terletak pada bateri Xiaomi Surge 7000mAh, yang mampu bertahan sehingga dua hari penggunaan dengan hanya sekali cas.

Peranti ini turut menyokong pengecasan pantas 33W untuk mengisi semula bateri dengan pantas, di samping fungsi pengecasan berbalik 18W yang membolehkannya dijadikan sebagai sumber power bank untuk peranti lain.

Untuk menjamin kesihatan bateri bagi tempoh yang lama, Xiaomi melengkapkannya dengan teknologi Smart Charging Engine 2.0 dan Battery Health 4.0. Keistimewaannya tidak terhenti di situ; walaupun baki bateri hanya 1%, ia masih boleh digunakan untuk panggilan selama 59 minit atau bertahan dalam mod standby selama 7.5 jam.

Bagi menyajikan pengalaman visual yang mengasyikkan, telefon ini dilengkapi skrin FHD+ bersaiz 6.9 inci dengan kelancaran visual kadar segar semula 144Hz dan kepekaan sentuhan 288Hz. Skrin ini juga mendapat pengiktirafan daripada TÜV Rheinland untuk ciri Low Blue Light, Flicker-Free, dan Circadian Friendly bagi melindungi mata pengguna.

Dari segi reka bentuk, ia tampil premium dengan panel belakang melengkung kuad serta kemasan berunsur logam. Peranti ini juga direka untuk tahan lasak dengan penarafan IP64 yang melindunginya daripada habuk dan percikan air, manakala Wet Touch Technology 2.0 memastikannya tetap responsif walaupun dengan jari yang basah.

Prestasi dikendalikan oleh cipset Snapdragon® 6s Gen 3, memastikan kelancaran operasi dan sambungan 5G yang pantas. Ia dipadankan dengan RAM 8GB yang boleh digandakan kepada 16GB melalui fungsi Memory Extension, serta storan dalaman 256GB yang boleh diluaskan sehingga 2TB.

Untuk fotografi pula, Redmi 15 5G membawakan sistem dual camera AI 50MP. Keupayaan kameranya disokong oleh pelbagai fungsi perisian kreatif seperti AI Erase untuk memadam elemen tidak dikehendaki, AI Sky bagi mengubah suasana langit, dan Dynamic shots untuk mencipta gambar yang lebih dinamik.

Pengalaman hiburan dicantikkan lagi oleh sistem audio berkualiti tinggi yang menyokong Hi-Res Audio dan Dolby Atmos®, di samping ciri peningkatan volume sehingga 200% untuk bunyi lebih lantang.

Peranti ini dijana oleh sistem operasi Xiaomi HyperOS 2, yang mengintegrasikan fungsi-fungsi pintar seperti Circle to Search, Google Gemini, dan Xiaomi Interconnectivity bagi menjamin pengalaman pengguna yang lebih bersepadu dan produktif.

Ketersediaan dan Harga

Redmi 15 5G sudah boleh didapati di pasaran Malaysia. Ia ditawarkan dalam varian tunggal 8GB+256GB pada harga RM 729, dengan tiga pilihan warna iaitu Ripple Green, Titan Gray, dan Midnight Black.

Peranti ini boleh dibeli melalui semua kedai rasmi Xiaomi di seluruh negara serta di laman web rasmi mi.com.

Tags: Redmi 15 5GSmartphone
ShareTweetSend
Previous Post

Sony Malaysia Umum LinkBuds Fit Edisi Khas Hatsune Miku, Terhad Kepada 50 Unit Sahaja!

Next Post

Filem “JUJUTSU KAISEN: Hidden Inventory / Premature Death” Akan Tayang di Malaysia Pada September Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Filem “JUJUTSU KAISEN: Hidden Inventory / Premature Death” Akan Tayang di Malaysia Pada September Ini!

Filem "JUJUTSU KAISEN: Hidden Inventory / Premature Death" Akan Tayang di Malaysia Pada September Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd