Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony Malaysia Umum LinkBuds Fit Edisi Khas Hatsune Miku, Terhad Kepada 50 Unit Sahaja!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 8, 2025
in Artikel, Berita, Headset, Kolaborasi, Teknologi, Tempatan
0 0
0
Sony Malaysia Umum LinkBuds Fit Edisi Khas Hatsune Miku, Terhad Kepada 50 Unit Sahaja!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Sony Malaysia telah mengumumkan kerjasama unik dengan ikon pop virtual terkenal, Hatsune Miku, untuk memperkenalkan pakej edisi terhad bagi “LinkBuds Fit”, headset stereo wayarles dengan noise-canceling.

Tawaran eksklusif ini hanya tersedia sebanyak 50 unit.

Bermula pada hari ini, Jumaat, 8 Ogos, jam 10:00 pagi, orang ramai berpeluang untuk memiliki model kolaborasi Hatsune Miku ini pada harga RM999. Pakej istimewa ini hanya boleh dibeli di cawangan Sony Store, BBCC Lalaport, dan tawaran akan ditamatkan sebaik sahaja kesemua 50 unit habis dijual.

Setiap bundle kolaborasi ini mengandungi sebuah headset LinkBuds Fit (dengan pilihan warna Hitam, Putih, atau Hijau), sebuah figura digital “Holomodel” Hatsune Miku yang eksklusif untuk Sony Store, serta sebuah tapak pameran akrilik dengan rekaan khas.

Sebagai info penting, headphone dan bekas pengecasnya tidak dihiasi dengan sebarang rekaan atau ukiran istimewa; nilai eksklusif pakej ini terletak pada barangan koleksi premium yang disertakan.

Kandungan Eksklusif Dalam Pakej Kolaborasi:

  • Figura Digital Hatsune Miku “Holomodel” (AR): Koleksi digital edisi terhad ini (bukan untuk jualan) terdiri daripada dua figura augmented reality (AR) Hatsune Miku hasil karya ilustrator terkenal, ogipote. Pemilik boleh memuat turun aplikasi khas ke telefon pintar mereka untuk menyaksikan persembahan animasi eksklusif Miku yang menyanyikan lagu kempen, “BELIEVE DAY.” Teknologi AR ini juga memberi keupayaan kepada pengguna untuk memaparkan figura maya tersebut dalam persekitaran sebenar, sekaligus membuka peluang untuk sesi fotografi yang kreatif dan unik. Maklumat lanjut mengenai cara muat turun akan dihantar kepada semua pembeli melalui e-mel bermula pada pertengahan Ogos.
  • Tapak Pameran Akrilik LinkBuds Fit x Hatsune Miku: Selain itu, pakej ini turut menyertakan sebuah tapak pameran akrilik fizikal yang dihiasi dengan ilustrasi terbaharu daripada ogipote. Bahagian tapaknya telah direka secara pintar supaya bekas pengecas LinkBuds Fit boleh diletakkan padanya dengan kemas, menjadikannya sebuah item pameran yang bukan sahaja cantik tetapi juga praktikal untuk peminat.

Cara Membuat Pembelian:

Pakej kolaborasi eksklusif Sony Store bersama Hatsune Miku ini ditawarkan dalam kuantiti yang amat terhad, iaitu hanya 50 unit, dan pembeliannya hanya boleh dibuat secara fizikal di Sony Store, BBCC Lalaport. Oleh kerana jumlah unit yang sangat terhad, mereka yang berminat dinasihatkan supaya tidak melepaskan peluang dan bertindak segera.

Bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan LinkBuds Fit, sila lawati halaman produk rasminya di SINI.

Tags: Hatsune MikuLinkBuds Fit
ShareTweetSend
Previous Post

eFootball & Arsenal Lanjutkan Kerjasama, Martin Ødegaard Dinamakan Duta Terbaharu

Next Post

Xiaomi Lancar Redmi 15 5G, Tampil dengan Bateri Terbesar Pada Harga RM 729

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Xiaomi Lancar Redmi 15 5G, Tampil dengan Bateri Terbesar Pada Harga RM 729

Xiaomi Lancar Redmi 15 5G, Tampil dengan Bateri Terbesar Pada Harga RM 729

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd