Xbox telah mengumumkan tambahan tujuh game baharu untuk semua pelanggan Game Pass pada bulan Januari dan awal Februari 2024. Antara game yang akan ditambah adalah F1 23, Persona 3 Reload, Palworld dan banyak lagi. Jom kita lihat lebih lanjut mengenai kesemua game ini.
Turnip Boy Robs a Bank (Cloud, Konsol, & PC) – 18 Januari

Turnip Boy kembali! Kali ini dia bekerjasama dengan Pickled Gang untuk merancang dan melaksanakan rompakan paling aneh sepanjang zaman!
F1 23 (Konsol & PC) EA Play – 18 Jan

Uji bakat pemanduan anda, cipta pasukan impian anda dan jadilah yang terakhir untuk brek dalam game 2023 FIA Formula One World Championship.
Palworld (Cloud, Konsol & PC) – 19 Januari
Mulakan pengembaraan dunia terbuka melalui Palworld, di mana anda boleh menemui dan menangkap lebih 100 Pal! Bongkar rahsia misteri tempat ini, atasi bos yang menggerunkan dan bina pangkalan yang kuat. Gunakan Pal anda untuk melakukan tugasan untuk anda dan kerja di keseluruhan barisan pengeluaran.
Go Mecha Ball (Cloud, Konsol & PC) – 25 Januari

Letupkan jalan anda melalui level gaya arked, menggunakan fizik gaya pinball bercampur dengan senjata yang memusnahkan. Kalahkan gelombang bot musuh, lawan bos besar, dan tingkatkan mekanisme anda di antara run.
Brotato (Cloud, Konsol & PC) – 30 Januari
Arena shooter roguelite top-down di mana anda bermain sebagai kentang yang memegang sehingga 6 senjata pada satu masa untuk melawan gerombolan makhluk asing.
Persona 3 Reload (Cloud, Konsol & PC) – 2 Februari
Alami masa tersembunyi “Dark Hour” dalam game remake RPG daripada ATLUS, Persona 3 Reload!
Anuchard (Cloud, Konsol & PC) – 6 Februari
Kerajaan Anuchard telah tumbang. Selepas banyak generasi, keturunannya yang masih hidup telah memilih anda untuk menjadi The Bellwielder dari Audros Bell yang ajaib. Majulah, lawan raksasa, selesaikan teka-teki dan pulihkan Anuchard kepada kegemilangannya yang dahulu!
Pada 31 Januari nanti, lapan game akan meninggalkan Game Pass. Kalau anda ingin menyimpannya dalam akaun, terdapat 20% diskaun tersedia untuk anda memilikinya. Berikut adalah senarai game yang akan meninggalkan Xbox Game Pass Januari 2024:
- Hitman: World of Assassination
- F1 2021
Kalau ada yang berminat untuk bermain game yang disediakan, anda perlu langgan PC Game Pass dengan hanya RM15 sebulan. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game pass, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post