Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Wuthering Waves Boleh Pre-load Esok, Akan Lancar 23 Mei Bersama Pelbagai Bonus

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 20, 2024
in Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, PC
0 0
0
Wuthering Waves Boleh Pre-load Esok, Akan Lancar 23 Mei Bersama Pelbagai Bonus
Share on FacebookShare on Twitter

Wuthering Waves akhirnya akan dilancarkan tidak lama lagi pada 23 Mei 2024. Selepas dua ujian beta yang berjaya, Kuro Games mengadakan siaran langsung yang memberi info terperinci tentang kandungan dan bonus yang akan kami alami dalam game Wuthering Waves.

Bersama pengumuman pelan untuk versi rasmi, kami juga dapat melihat apa yang telah ingin diberi oleh pembangun sebagai hadiah sempena pelancaran game. Tanpa melengahkan masa, berikut adalah perkara utama yang diumumkan:

Hadiah Pra-pendaftaran Untuk Semua

Semua pemain yang pra-daftar akan menerima:

  • Shell Credit x 80,000
  • Advanced Resonance Potion x 10
  • Astrite x 200
  • Sigil: En Route x 1
  • Lustrous Tide x 20

Sebagai tambahan hadiah pra-daftar, semua pemain akan menerima “Rangers’ Series Weapon of Choice” untuk pencapaian 5 jumlah pengikut di semua platform media sosial.

Celebrating Wuthering Waves’ 30 Million Global Pre-registrations!

All Pre-registration Milestones have been reached. Upon official release, you can claim the following rewards via the in-game mailbox: Lustrous Tide x20, Sigil: En Route, Astrite x200, Advanced Resonance Potion… pic.twitter.com/GXZqyIPEad

— Wuthering Waves (@Wuthering_Waves) May 16, 2024

Gifts Of Thawing Frost

Gifts Of Thawing Frost ialah event yang hanya memerlukan anda log masuk ke dalam game untuk mendapatkan ganjaran baharu setiap hari selama 7 hari secara keseluruhan termasuk watak percuma Sanhua. Sanhua adalah watak 4★ daripada elemen Glacio yang menggunakan senjata jenis Sword.

Kredit: Kuro Games

Rumbling Hollows

Rumbling Hollows ialah event yang memerlukan anda membuka mode Tower of Adversity dan menyelesaikan Experiment Zone di sana. Ia juga akan memberi watak percuma bernama Yuanwu. Yuanwu ialah watak 4★ daripada elemen Electro yang menggunakan senjata jenis Gauntlet.

Kredit: Kuro Games

Limited Banner – Patch 1.0

Sama seperti Close Beta Test 2, Jiyan dan Yinlin dipilih sebagai Limited Banner untuk Patch 1.0. Banner Jiyan akan berlangsung dari 23 Mei hingga 13 Jun manakala banner Yinlin akan berlangsung dari 13 Jun hingga 04 Julai.

Jiyan merupakan 5★ daripada elemen Aero yang menggunakan senjata jenis Broadblade. Yinlin pula adalah watak 5★ daripada elemen Elektro yang menggunakan senjata jenis Rectifier.

Kredit: Kuro Games
Kredit: Kuro Games

Banner Istimewa

Utterance of Marvels: merupakan beginner banner yang menampilkan 5 watak “Standard”. Menjamin sekurang-kurangnya satu watak standard 5★ rawak (dijamin pada 50 pity) dan disertakan dengan diskaun apabila gacha (hanya menggunakan 8 pull, bukannya 10 untuk setiap 10 pull). Watak dalam banner ini ialah:

  • Verina (Spectro – Rectifier)
  • Calcharo (Electro – Broadblade)
  • Ling Yang (Glacio – Gauntlets)
  • Jianxin (Aero – Gauntlets)
  • Encore (Fusion – Rectifier)
Kredit: Kuro Games

Beginner Convene of Choice: Merupakan satu lagi banner untuk newbie! Anda boleh memilih mana-mana watak standard 5★ dan boleh memperolehnya dalam 80 pull!

Kredit: Kuro Games

Ganjaran Tambahan

Daripada kedua-dua banner di atas, ini bermakna kita boleh mendapatkan dua watak 5 bintang dalam 120 pull – satu watak rawak dan satu watak pilihan anda! Untuk membantu pemain, game ini akan menghadiahkan banyak tiket bonus kepada anda semasa hari pelancaran Wuthering Waves.

Selain daripada 20 tiket standard yang akan kami terima daripada ganjaran prapendaftaran, 20 tiket lagi akan tiba dalam e-mel in-game kami.

Kredit: Kuro Games

Wuthering Waves akan dilancarkan pada 23 Mei di iOS, Android, PC dan macOS.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Wuthering Waves
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Enotria: The Last Song – Soulslike Yang Solid Dari Studio Indie

Next Post

Yu-Gi-Oh! OCG Duel Monsters “Structure Deck Salamangreat Sanctum” Lancar Hari ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Gigabyte GeForce RTX™ 5060 Ti GAMING OC 16G- Raja Mid-Range Untuk Pengalaman Gaming Terunggul
Teknologi

Gigabyte GeForce RTX™ 5060 Ti GAMING OC 16G- Raja Mid-Range Untuk Pengalaman Gaming Terunggul

July 18, 2025
Peraturan Baru Steam Menyebabkan Pembuangan Game Dewasa & NSFW
Steam

Peraturan Baru Steam Menyebabkan Pembuangan Game Dewasa & NSFW

July 18, 2025
Manga Kaiju No. 8 Tamat Selepas Lima Tahun!
Anime

Manga Kaiju No. 8 Tamat Selepas Lima Tahun!

July 18, 2025
Next Post
Yu-Gi-Oh! OCG Duel Monsters “Structure Deck Salamangreat Sanctum” Lancar Hari ini!

Yu-Gi-Oh! OCG Duel Monsters "Structure Deck Salamangreat Sanctum" Lancar Hari ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist
Anime

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

July 8, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd