Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

World of Warcraft: Midnight – Mengharungi Segala Cabaran & Pembaharuan Patch 12.1 The Curse of Ula’tek

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 13, 2026
in Artikel, Battle.net, Berita, MMO, MMORPG, PC, Temuramah
0 0
0
World of Warcraft: Midnight – Mengharungi Segala Cabaran & Pembaharuan Patch 12.1 The Curse of Ula’tek
Share on FacebookShare on Twitter

Dilancarkan beberapa hari lepas, World of Warcraft: Midnight Patch 12.1 (The Curse of Ula’tek) merupakan kandungan besar pertama bagi expansion ini.

Dalam temu ramah bersama kami, Associate Game Director Paul Kubit, Lead Quest Director Rachel Vought, serta Lead Encounter Designer Taylor Sanders dan Andrew De Sousa berkongsi pandangan tentang pelbagai pembaharuan yang menanti para wira Azeroth.

Daripada perkembangan jalan cerita dalam Worldsoul Saga sehinggalah ganjaran raid yang dikemas kini, “instanced encounter” baharu, serta aktiviti sampingan yang lebih luas, Patch 12.1 dicipta khusus untuk memperkayakan pengalaman bermain.

Kiri ke kanan: Rachel Vought (Lead Quest Director), Paul Kubit (Associate Game Director)
Kiri ke kanan: Taylor Sanders (Lead Encounter Designer), Andrew De Sousa (Lead Encounter Designer)

Perkembangan Naratif Worldsoul Saga, Quest dan Aktiviti Silvermoon

Dari sudut naratif, Patch 12.1 tiba pada saat penting dalam kisah tiga bahagian Worldsoul Saga. Rachel Vought menjelaskan bahawa jalan cerita utama merangkumi lebih daripada Xal’atath dan the Void, kerana ia melibatkan nasib world-soul Azeroth itu sendiri.

Kemas kini ini memperkenalkan semula Zul’Aman dan Eversong, lantas menyemarakkan perang sejarah antara Blood Elves dan troll Amani.

Pemain akan menjalankan quest bersama watak-watak penting seperti Zul’jarra dan Lady Liadrin, serta Orweyna, yang mempunyai hubungan unik dengan world-soul bagi membongkarkan kebenaran yang tersembunyi.

Apabila Season 2 bermula, babak naratif baharu bersama Arator akan mengupas kesan kekalahan di Void Spire dan meneruskan pemburuan tanpa henti terhadap Xal’atath.

Bagi pemain yang bermula pada hari pertama, kempen utama akan bermula terus daripada babak “Zul’jan revelations” dalam Patch 12.07 sebelum membawa kita ke Coiled Isle.

Selain kempen utama, Patch 12.1 memberikan penekanan kuat pada world-building serta kisah sampingan yang menyentuh emosi. Di Coiled Isle, pemain akan mengikuti perjalanan sepasang adik-beradik Amani yang membongkar rahsia bangsa mereka yang terpendam lama, sebelum akhirnya terjerat dalam bahaya yang tidak disangka.

Di tempat lain, penerokaan akan mendedahkan bangkai kapal yang dikelilingi roh berkeliaran, di samping kisah duka troll Amani yang dilanda sihir purba tanpa penawar hingga memaksa mereka mengambil tindakan nekad.

Quest ini menyelami lagi kisah silam empayar Amani, menunjukkan perjuangan mereka menentang ancaman besar Kith’ix dan makhluk yang dibangkitkan dari “Rift of Aln” untuk menewaskannya.

Sementara itu, Silvermoon City berfungsi sebagai pusat naratif yang berkembang. Selepas peristiwa yang melibatkan Sunwell dan Void Storm, suasana seluruh bandar menunjukkan suasana yang tegang…

Paul Kubit menyatakan bahawa NPC sekarang bertindak balas secara spontan terhadap kehadiran pemain; contohnya, penduduk bandar akan memandang serong atau mengelak daripada watak yang memakai tenaga void, seperti Shadow Priests atau Devourer Demon Hunters.

Di samping itu, dialog antara NPC menonjolkan isu diplomatik yang berterusan apabila pasukan Alliance dan Horde terpaksa berkongsi ruang dalam keadaan serba tidak selesa. Bagi pemain yang mahu meningkatkan tahap gear atau kemajuan watak alt, Void Assaults masih lagi aktif dalam Season 2.

Walaupun ganjarannya diubah suai untuk menawarkan gear tahap Veteran Season 2 dan bukannya peralatan tahap Hero, semua barangan kosmetik dan achievement berkaitan masih boleh diperoleh. Namun, Kubit memaklumkan bahawa cara paling cekap untuk mengejar kemajuan adalah dengan memburu “snakeoids” di Coiled Isle.

Meneroka Coiled Isle, Sistem Prey, dan Cursed Fishing

Coiled Isle menampilkan ekosistem beracun yang tercemar, dicirikan oleh ancaman berbisa, gugusan pulau yang dipenuhi bangkai kapal, serta “spicy water” (air beracun) seperti apa yang dipanggil oleh pasukan pembangun.

Direka untuk memberi cabaran tanpa membuatkan eksplorasi terasa membebankan, pulau ini diseimbangkan dengan kawasan permukaan terbuka dengan persekitaran dalaman yang padat.

Terbang di atas pulau menyajikan pemandangan pantai yang indah tetapi menaikkan bulu roma, manakala penerokaan ke dalam gunung akan membawa kita ke Vaults of Atal’Utek; sebuah ruang bawah tanah berbahaya yang dipenuhi musuh elite serta tidak membenarkan pemain terbang.

Apabila pemain maju melalui aktiviti kumpulan berulang di dalam vault ini, mereka akan membuka kuasa yang membolehkan bahaya persekitaran pulau dikawal, lantas mengurangkan kepanasan “spicy water” lalu membuka laluan ke kawasan baharu.

Pulau ini turut menjadi tempat bagi pelbagai aktiviti dunia baharu dan lama. Ciri Prey kembali untuk Season 2 di bawah bimbingan Astalor Bloodsworn, yang digambarkan oleh Kubit sebagai “licik seperti biasa dan pelakon suaranya cukup sensual secara bersahaja.”

Astalor memperkenalkan cabaran baharu, sasaran baharu, serta sub-ciri “Terror of the Isles” yang membawa pemburuan Prey ke tahap lebih ekstrem. Menyelesaikan Prey juga menyediakan laluan fast-travel antara Silvermoon City dan pulau tersebut.

Bagi yang inginkan kelainan, pemain boleh menyertai anak kapal Tokka dalam Cursed Fishing, memancing di kolam racun di seluruh pulau untuk meningkatkan reputation dan memperoleh mata wang unik.

Sub-sistem ini bersifat serba lengkap dengan menawarkan ganjaran khusus, termasuk joran gred tinggi yang meningkatkan kecekapan memancing Midnight secara drastik.

Reka bentuk ini memastikan kandungan fleksibel dan bebas dipilih; pemain completionist boleh menikmati setiap sub-sistem sepenuhnya, manakala pemain santai boleh memilih aktiviti yang sesuai dengan gaya permainan mereka tanpa tertekan untuk menyelesaikan semua perkara.

Penambahbaikan Player Housing, Great Vault, dan Mod PvP

Patch 12.1 memperkenalkan kemas kini besar pada sistem pemain dan set ciri berdasarkan maklum balas komuniti. Player housing menerima peningkatan besar melalui penambahan sistem blueprint import dan eksport.

Ciri ini membolehkan pemain berkongsi reka bentuk rumah custom dengan rakan-rakan atau meniru rekaan kreatif yang ditemui secara online dengan mudah. Selain itu, battle pet dan companion pet boleh berkeliaran secara bebas di dalam rumah serta kawasan halaman.

Menjawab permintaan pemain berhubung reka bentuk luaran rumah mengikut bangsa khusus (seperti estetika Undead, Draenei, Vulpera, Kul Tiran, atau Mechagnome), Kubit mengesahkan bahawa walaupun tiada seni bina luaran baharu ditambah khusus untuk patch ini, pasukan mereka sedang memantau maklum balas secara aktif untuk kemas kini housing akan datang.

Maklum balas pemain daripada Season 1 turut mendorong penambahbaikan pada pengagihan loot raid. Memandangkan Mythic Plus sebelum ini menawarkan laluan yang lebih mudah untuk mendapatkan ganjaran tahap tinggi berbanding raid, para pembangun menyusun semula barisan raid pada Great Vault untuk Patch 12.1.

Menewaskan boss raid sekarang memberi gear Great Vault yang satu gred lebih tinggi daripada tahap kesukaran yang diselesaikan. Sebagai contoh, menewaskan boss raid tahap Normal akan memberi gear gred Heroic di dalam Vault, manakala menewaskan boss tahap Heroic akan memberi gear gred Mythic.

Kebolehcapaian combat dan kejelasan visual turut menerima penambahbaikan dalam Patch 12.1. Sistem PvP Training Grounds diluaskan untuk merangkumi perlawanan Arena 3v3 menentang musuh AI.

Direka untuk pemain santai dan pemain baharu, perlawanan ini menampilkan bot pintar serta didukung sistem queue yang memasukkan bot healer secara automatik sekiranya ada kekurangan healer manusia dalam giliran.

Bagi instanced PvE, Lead Encounter Designer Andrew De Sousa menonjolkan satu penambahbaikan visual yang sudah lama diminta oleh pemain: iaitu penyeragaman penunjuk serangan di atas tanah.

Pasukan pembangun membina sekeluarga visual standard yang menajamkan garisan tepi bagi serangan berbentuk “line” dan “cone”, sekali gus menghapuskan kesan tanah yang kabur bagi memastikan mekanik serangan dapat dibaca dengan jelas dalam situasi combat yang sengit.

Selain itu, maklum balas pemain PTR membawa kepada penambahbaikan quality-of-life di dalam Vaults of Atal’Utek, mengemas kini navigasi dan memudahkan “talent tree”.

Lair, Dungeon Season 2, dan Raid Venomous Abyss

Untuk memastikan boss fight sentiasa “fresh” di dalam dungeon dan raid, Patch 12.1 memperkenalkan sistem Lair… sebuah lagi pendekatan baharu untuk World Boss. Lair membolehkan pemain melawan musuh gergasi dalam ruang Instanced.

Langkah masuk menerusi pintu utama akan mengumpulkan pemain berdekatan secara automatik untuk pengalaman yang mengimbau kita semula kepada World Boss klasik dari versi Vanilla dan The Burning Crusade.

Walau bagaimanapun, Lair juga menyokong tahap kesukaran Normal, Heroic, dan Mythic dengan saiz kumpulan fleksibel, memberi laluan kepada kumpulan raid rasmi mahupun kumpulan kasual untuk mendapatkan loot tahap tinggi. Lair fight pertama menampilkan boss Naga yang dilengkapi mekanik bertemakan Murloc.

Kandungan Instance Dungeon turut diluaskan dengan penambahan Altar of Fangs ke dalam giliran Mythic Plus Season 2. Dimasukkan terus ke dalam kempen tahap maksimum, dungeon ini menampilkan pertarungan menentang Zul’jan.

De Sousa menjelaskan bahawa cerita memegang peranan utama dalam mekanik combat: Zul’jan cuba menguatkan senjata melalui satu ritual di altar, yang memerlukan pemain mengambil bahagian serta mengganggu ritual tersebut sambil menghadapi serangan balingan kapak, kesan bleed, dan racun yang dashyat.

Untuk memastikan keseimbangan dalam pilihan dungeon Season 2 Mythic Plus, Altar of Fangs dilancarkan pada kesukaran Mythic 0 pada 11 Ogos sebelum Mythic Plus dibuka sepenuhnya pada 18 Ogos.

Ia digandingkan bersama “Legacy Dungeon” yang telah diubah suai secara besar-besaran, termasuk King’s Rest, Temple of Sethraliss, dan Ruby Life Pools, yang semuanya menerima penyelarasan kepada makhluk dan mekanik boss untuk memberikan persaingan seimbang antara pemain veteran dan pemain yang baharu kembali.

Semasa mencipta mekanik racun untuk patch ini, pasukan pereka combat mengutamakan tindak balas utiliti berbanding sekadar menguji keupayaan healing semata-mata.

Kesan debuff racun kerap muncul sebagai “snare” (yang boleh dihilangkan menggunakan abiliti seperti Blessing of Freedom milik Paladin), atau “healing absorb” yang boleh dibersihkan melalui abiliti “poison dispel”.

Reka bentuk combat turut dibawa ke dalam raid utama bagi patch ini, iaitu Venomous Abyss. Pada asalnya dirancang dengan susunan lapan boss, senarai Raid Boss berubah apabila pereka menemui model Tortollan yang mempunyai mata merah menyala.

“Kami melihat Tortollan yang bermusuhan ini dengan mata merah mereka dan mereka mempunyai sinaran cahaya… kami terfikir, ini sebenarnya sesuai menjadi raid boss,” imbau Kubit. Dinamakan The Lost Explorers, pertarungan ini menampilkan tiga Tortollan yang tersesat untuk mencari artifak, sebelum terpengaruh oleh roh troll jahat.

Boss terakhir raid ini, Ula’tek, sengaja tidak dimasukkan ke dalam Public Test Realm (PTR) untuk dijadikan kejutan bagi pelancarannya pada 18 Ogos. Makhluk gergasi berkepala lima yang mengerikan ini duduk di dasar jurang, memerlukan pemain menempuhi persekitaran bahaya lagi mencabar.

Penyelarasan dalaman dijalankan bersama pasukan QA dan UX khusus bagi memastikan pengalaman combat yang lancar. Ekosistem raid di sekelilingnya (Children of Ula’tek) memperkenalkan pelbagai jenis musuh baharu, daripada ular terbang kecil hingga hydra gergasi, yang bercampur dengan troll tradisional seperti totem dan roh purba.

Antara pertarungan kegemaran pasukan di Venomous Abyss ialah Entombed Sentinels; dua raksasa construct yang dipenuhi racun dan darah Ula’tek di mana pemain perlu menyelaraskan debuff dengan tepat secara real-time; dan Writhing Coil, seekor ular gergasi yang dibentuk daripada himpunan ular-ular kecil yang perlu dipisahkan oleh pemain untuk diserang secara cleave.

Satu lagi pertarungan menarik ialah Sszorak, seekor ular raksasa yang perlu dilawan di atas platform yang terdedah kepada enam tiupan angin, lantas memaksa pemain menggunakan mekanik racun untuk bergerak melalui angin kencang tersebut.

Sebagai pelengkap kepada Venomous Abyss, Tidebound Grotto adalah satu lagi Raid Boss berasingan yang menampilkan ahli sihir Naga, Nymrissa Wavecaller. Direka untuk memberikan kelainan visual dan tema daripada ekosistem ular, Tidebound Grotto menggunakan sistem kesukaran Flex Mythic yang diperkenalkan dalam Sporefall.

Bertindak sebagai batu loncatan bagi guild yang tidak mempunyai jumlah tetap 20 ahli Mythic, pertarungan ini menampilkan mekanik yang intuitif pada tahap Heroic dan ke bawah, manakala versi Flex Mythic memberikan ganjaran bagi koordinasi teratur tanpa memerlukan strategi luaran yang rumit.

Tags: interviuThe Curse of Ula’tekWorld of Warcraft
ShareTweetSend
Previous Post

Hogwarts Legacy 2 Dalam Pembangunan, Menurut Warner Bros

Next Post

Pokémon Pokopia Cecah 5 Juta Jualan Global, Padahal Hanya Tersedia Di Nintendo Switch 2

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3
Temuramah

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3

August 19, 2026
Previu Bob Dalam TEKKEN 8 (Season 3) – Fighter Baru Badan Heavyweight, Tapi Pergerakan Lightweight
Preview

Previu Bob Dalam TEKKEN 8 (Season 3) – Fighter Baru Badan Heavyweight, Tapi Pergerakan Lightweight

August 19, 2026
[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global
Temuramah

[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global

August 19, 2026
Next Post
Pokémon Pokopia Cecah 5 Juta Jualan Global, Padahal Hanya Tersedia Di Nintendo Switch 2

Pokémon Pokopia Cecah 5 Juta Jualan Global, Padahal Hanya Tersedia Di Nintendo Switch 2

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru
Manga

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

August 10, 2026
Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000
Fakta & Trivia

Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000

August 10, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd