Game sandbox popular Pokémon Pokopia berjaya mencatatkan jualan melebihi 5 juta unit di seluruh dunia dalam masa empat bulan sahaja sejak dilancarkan pada 5 Mac 2026. Angka ini merangkumi jualan fizikal dan muat turun digital di Nintendo Switch 2, yang merupakan platform eksklusif bagi game ini.
Berbeza daripada judul Pokémon tradisional yang memfokuskan kepada “gym battle” dan mengumpul Pokémon, Pokémon Pokopia ialah game life-simulation santai yang memberikan tumpuan kepada aktiviti crafting serta membina komuniti. Tarikan utama ialah pemain memegang watak seekor Ditto yang bertukar bentuk menjadi manusia.
Misi utama adalah untuk memulihkan kawasan terbiar sebuah petempatan impian yang selesa. Menggunakan kuasa transformasi Ditto dan kemahiran crafting, anda boleh membersihkan kawasan persekitaran, berkebun, memasak, menambah perabot, serta membina habitat. Apabila kawasan itu pulih, pelbagai Pokémon akan datang menetap, membantu anda, dan menjadikan kawasan tersebut sebagai rumah baharu mereka.
Bagi pemain yang mahu meluaskan lagi penempatan mereka, Pokémon Pokopia Expansion Pass berbayar boleh dibeli di Nintendo eShop. Kandungan DLC ini dikeluarkan secara berperingkat dalam tiga bahagian:
- Bahagian 1: Bubbly Basin (Tersedia Sekarang): Dilancarkan sejak 5 Ogos 2026, DLC pertama membuka akses ke sebuah bandar di dasar laut bernama Bubbly Basin. Ia memperkenalkan Pokémon baharu, perabot baharu untuk dihasilkan menerusi crafting, serta pelbagai resipi masakan baharu.
- Bahagian 2 (Pelancaran Musim Sejuk 2026): Kemas kini seterusnya akan memperkenalkan aksesori pakaian untuk rakan Pokémon, di samping perabot tambahan dan peluang menemui Pokémon baharu.
- Bahagian 3 (Pelancaran pada 2027): Maklumat lanjut tentang DLC terakhir akan diumumkan kemudian.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi The Pokémon Company Asia.









Discussion about this post