Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Witchspire – Game Magic Co-Op Open-World Yang Anda Mungkin Terlepas Pandang

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 22, 2026
in Adventure, Artikel, Berita, Multiplayer, Open World, PC, Sandbox, Steam, Survival
0 0
0
Witchspire – Game Magic Co-Op Open-World Yang Anda Mungkin Terlepas Pandang
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda sedang mencari game multiplayer baharu, sebuah game yang menarik mungkin telah terlepas daripada perhatian anda. Pada 10 Jun lalu, pihak pembangun Envar Games melancarkan game sulung mereka, Witchspire, di Steam Early Access.

Sejak dilancarkan, game survival open-world bertemakan magik ini telah berjaya menarik komuniti pemain yang setia, hingga menerima penarafan “Very Positive” di Steam, dengan rata-rata pemain memuji prestasinya yang lancar, estetika yang cozy, serta keunikan mekanik survival.

Berikut adalah sebab mengapa Witchspire sangat berbaloi untuk dicuba, berserta rancangan masa depan daripada pihak pembangun.

Apa itu Witchspire?

Dibangunkan oleh Envar Games—sebuah studio baharu di bawah pakar pembangunan bersama (co-development) Envar (yang turut terlibat dalam game popular seperti League of Legends dan Overwatch 2)—Witchspire ialah sebuah game open-world co-op magic-and-survival.

Di sini, anda akan bermain sebagai ahli sihir pelatih yang ditugaskan untuk memulihkan dunia daripada pencemaran kuasa jahat yang merebak. Walaupun boleh dimainkan secara solo, game ini direka khas dengan fokus kepada mod multiplayer, membolehkan sehingga enam orang pemain meneroka dunia yang sama bersama-sama.

Witchspire menggantikan peralatan biasa dalam genre survival seperti kapak dengan tongkat sakti (wand), pedang sihir (spellblade), serta magik purba. Proses mengumpul sumber juga lebih dahsyat; daripada mengetuk batu satu demi satu, anda boleh menyeru komet berisi logam mentah dari langit, atau menggunakan peralatan magik untuk membersihkan seluruh kawasan hutan dalam sekelip mata.

Sistem pembinaan juga unik dengan adanya ciri Astral Projection. Semasa mencipta tapak rumah, anda boleh memancarkan roh watak ke udara secara sementara. Ciri ini memberikan sudut pandangan kamera top-down yang bebas, lantas memudahkan kita membina, menghias, dan menyusun rumah impian mengikut kreativiti sendiri.

Buat masa ini, game ini menawarkan dua biom utama: kawasan Meadows, serta Shuddersands yang lagi mencabar. Untuk bergerak, pemain boleh menunggang penyapu terbang atau menggunakan abiliti khas seperti ‘spirit jump’ dan ‘blink’.

Antara ciri menarik lain termasuklah:

  • Sistem Coven: Pengembaraan bermula dengan memilih sebuah Coven, yang akan menentukan pakaian awal serta memberikan bonus pasif unik. Sepanjang permainan, anda boleh menghasilkan dan mengumpul pakaian baharu untuk meningkatkan lagi status watak.
  • Ubah Suai Karakter: Selain rupa paras, anda boleh menyesuaikan gaya permainan watak menerusi tech tree kosmik yang dipanggil “Luminaries” bagi meningkatkan kebolehan seiring dengan level.
  • Lebih 30 Familiars: Di sepanjang pengembaraan, anda boleh menemui, menjinakkan, dan melatih pelbagai ‘familiar’. Mereka bukan hiasan, malah sedia membantu bertarung dengan musuh, menghasilkan peralatan, dan mengumpul bahan sumber.

Rancangan Masa Depan

Bagi mereka yang bimbang tentang kandungan game ini untuk jangka masa panjang, pihak pembangun telah pun menyediakan pelan pembangunan yang jelas sepanjang setahun fasa Early Access ini:

  • “A Touch of Magic” (Kemas Kini Utama Pertama): Kemas kini ini akan meluaskan elemen sandbox dengan memperkenalkan sistem crafting dan salvaging senjata, set bangunan baharu, familiar baharu, serta wheel menu untuk memudahkan akses emote dan familiar.
  • “The Frozen Tundra” (Kemas Kini Utama Kedua): Kemas kini ini bakal membawakan biom bersalji, berserta Act III untuk jalan cerita utama. Ciri baharu seperti Bestiary, “Alchemy 2.0,” kelas senjata baharu, dan cabaran endgame turut akan ditambah.
  • “Throne of Corruption” (2027 dan Seterusnya): Fasa terakhir Early Access akan membawakan konklusi kepada jalan cerita utama serta memperkenalkan aktiviti endgame yang lebih mencabar.

Witchspire boleh didapati di PC menerusi Steam pada harga RM56.12.

Tags: steamWitchspire
ShareTweetSend
Previous Post

Borderlands 4 – Update Ver. 1.8 Akan Tiba 25 Jun Bersama Bounty Pack 3 & Raid Hadron Abyss

Next Post

Jangan Lepas Peluang, Persona 6 Kini Sedia Untuk Wishlist

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3
Temuramah

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3

August 19, 2026
Previu Bob Dalam TEKKEN 8 (Season 3) – Fighter Baru Badan Heavyweight, Tapi Pergerakan Lightweight
Preview

Previu Bob Dalam TEKKEN 8 (Season 3) – Fighter Baru Badan Heavyweight, Tapi Pergerakan Lightweight

August 19, 2026
[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global
Temuramah

[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global

August 19, 2026
Next Post
Jangan Lepas Peluang, Persona 6 Kini Sedia Untuk Wishlist

Jangan Lepas Peluang, Persona 6 Kini Sedia Untuk Wishlist

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru
Manga

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

August 10, 2026
Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000
Fakta & Trivia

Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000

August 10, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd