Sega dan Atlus secara rasmi membuka pendaftaran wishlist bagi Persona 6, game utama seterusnya daripada francais RPG popular Persona. Selepas tayangan teaser pada awal bulan ini, game tersebut sudah mula disenaraikan di Microsoft Store, PlayStation Store, dan Steam.
Walaupun tarikh pelancaran rasmi belum diumumkan, para peminat boleh mengikuti perkembangan game ini dengan memasukkannya ke dalam senarai wishlist masing-masing. Apabila dilancarkan nanti, Persona 6 akan tersedia di PlayStation 5, Xbox Series X|S, Windows, dan Steam, selain turut menyertai Xbox Game Pass.
Mengikut laman kedai digital, Persona 6 bakal menampilkan jalan cerita baharu, barisan watak, serta latar tempat yang baharu. Atlus turut mengesahkan bahawa game ini akan mengekalkan formula unik francais tersebut: iaitu menguruskan rutin harian sekolah menengah dengan pengembaraan supernatural yang mendebarkan.
Walaupun plot masih dirahsiakan, estetika bertemakan warna hijau serta teaser yang dikongsi setakat ini sudah pun mencetuskan pelbagai teori dan spekulasi dalam kalangan peminat.









Discussion about this post