Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Wargame: Red Dragon kini percuma di Epic Games Store buat sementara waktu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 5, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, PC
0 0
0
Wargame: Red Dragon kini percuma di Epic Games Store buat sementara waktu!
Share on FacebookShare on Twitter

Epic Games Store telah mengumumkan game percuma mereka untuk bulan Mac. Mulai hari ini, pengguna Epic Games Store dapat menebus Wargame: Red Dragon sehingga ia digantikan oleh game lain pada minggu depan!

Dikembangkan oleh Eugen Systems, Wargame: Red Dragon adalah game “real-time strategy” di mana kita bermain mengambil peranan sebagai komander tentera, dan harus menguruskan pasukan askar termasuk kereta kebal, kapal perang, kapal terbang, helikopter, dan banyak lagi. Wargame: Red Dragon juga menampilkan mod single-player tambahan serta permainan dalam talian, supaya pemain boleh melawan rakan-rakan.

Selain itu, Epic juga mengesahkan game percuma untuk minggu depan iaitu Surviving Mars. Bagi mereka yang tidak tahu, Surviving Mars adalah game “city builder simulation” yang berlangsung di planet Marikh. Di sini, pemain harus membina dan menjaga koloni yang berkembang pesat, demi memastikan mereka dapat hidup.

Bulan Mac memang cukup murah hati, kerana kita dapat mencuba macam-macam jenis game percuma dari pelbagai sumber di pelbagai pelantar. Selain PC, pemilik PlayStation kini boleh menebus empat game percuma iaitu Maquette, Remnant: From the Ashes, Farpoint, dan Final Fantasy 7 Remake popular, yang baru-baru ini mengumumkan episod eksklusif Yuffie untuk PS5.

Explore Midgar in FFVII Remake, experience Escher-esque puzzles in Maquette and retake the world in Remnant: From the Ashes, your PlayStation Plus games for March: https://t.co/3X7H7u1fDu pic.twitter.com/3hSh5CjOX2

— PlayStation (@PlayStation) February 28, 2021

Walaupun ada banyak game percuma yang ditawarkan, mungkin ada yang keliru untuk cuba mana satu dahulu atau tidak ada masa kerana sibuk dengan hal seharian. Jangan risau! Kerana setiap game ini, apabila ditebus, akan kekal dalam koleksi permainan kita sampai bila-bila. Bila diri sudah “free“, cubalah nanti. Untuk segala liputan kami tentang Epic Games Store, sila tekan sini.

Tags: epic games storeFreemacPCPercumaWargame: Red Dragon
Previous Post

Sniper Ghost Warrior Contracts 2 akan dilancarkan 4 Jun ini di PS5 dan Xbox Series X/S!

Next Post

Razer & Komuniti Gaming Global menyelamatkan 1 juta pokok dengan SNEKI SNEK!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Razer & Komuniti Gaming Global menyelamatkan 1 juta pokok dengan SNEKI SNEK!

Razer & Komuniti Gaming Global menyelamatkan 1 juta pokok dengan SNEKI SNEK!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd