Warframe ni game free-to-play 3rd person shooter dari Digital Extreme. Siapa sangka diorang buat mode camni kan?
Menerusi laman web rasmi Warframe, diorang announce availablity mode ni. Kalau nak main Frame Fighter (nama mode ni), korang kena pegi Cephalon Simaris, sebuah kawasan kat Sanctuary dan perlu dapat Ludoplex dengan membelinya menggunakan sumber Standing.
Dalam mode ni, korang boleh pilih Excalibur, Volt dan Meg Warframes, masing-masing dengan kebolehan unik diorang. Ni hanya permulaan. Banyak lagi watak dalam Frame Fighter boleh diunlock dengan Fragments.
Mode ini dikatakan telah di inspirasikan oleh peminat Warframe LocoCrazy_ dan akan jadikan Orbiter korang kepada tempat berlawan. Kalau mini games lain plak, still ada kat Cephalon Simaris, ada cara rahsia dia kalau nak access.
@gamersantaimy
Discussion about this post