OK gais, PUBG akan on balik War Mode bermula 6 Julai 7PM PDT sampai Ahad 7PM PDT. Kalau time kat sini esok pagi (7 Julai) kul 10AM sampai Isnin (9 Julai) pagi 10AM. Sape keje boleh plan amik MC, sape student leh pesan member awal-awal signkan attendance.
Kalau dulu kat map Erangel, skang ni mesti la kat Sanhok kan. Map panas lagi ni. Sekarang boleh main dalam 5, diulangi LIMA 10-man squad. Perlawanan War Mode akan berlansung dalam safe zone yang kecik dan team yang dapat 200 point dulu menang.
Lepas tu ada Huntsmen dan Marksmen rules, dimana semua player akan spawn dengan shotgun, handgun, frag grenade dan bandages. Sape terer bertahan, akan dapat barang-barang lain sebab setiap 10 minit ada drop macam DMR dan SR. Vehicle dan world loot tak spawn; pastu Redzone, friendly fire dan killer spectating takde.
Bunuh player lain dapat 3 point, knockdown 1 point. Sape kena bunuh akan respawn setiap 30 saat.
@gamersantaimy
Discussion about this post