Selepas pengumuman Google Stadia, topik berkenaan cloud gaming sememangnya menjadi perbualan dan hangat buat masa ini. Jadi tidak menghairankan berita seperti ini dapat dihidu media. Berdasarkan satu laporan daripada US Gamer, sumber-sumber yang mengetahui tentang rancangan Walmart mengatakan bahawa syarikat gergasi itu dalam fasa membuat penilaian samada untuk melancarkan satu servis cloud gaming mereka sendiri; yang akan memberikan saingan kepada Google.
Sekiranya di pertimbangkan, Walmart sememangnya memiliki keupayaan untuk menjanakan projek seperti ini. Soal modal tidak perlu di utarakan, dan dengan kapasiti servernya sekarang, ianya memiliki keupayaan untuk menjalankan cloud gaming. Untuk pengetahuan, Walmart memiliki 6 server farm gergasi yang digunakan untuk menyimpan maklumat sensitif seperti maklumat pelanggan dan informasi syarikat.
Google Stadia juga bakal bergantung kepada keupayaan server farm yang lebih kurang sama. Begitu juga Microsoft dan Apple. Baru-baru ini, Walmart telahpun memeterai partnership bersama dengan Microsoft untuk menggunakan Azure dan Office 365 dalam organisasi mereka; dimana ia bakal digunakan dalam syarikat tersebut untuk projek machine learning, AI dan platform data.
Harus diingat, Microsoft juga sedang membina servis cloud gaming mereka sendiri.
Walmart juga baru kehilangan CTO mereka kepada Pinterest, Jeremy King yang sebelum ini mengetuai jabatan teknologi mereka yang dikenali sebagai Walmart Labs. Sebagai seorang yang bertanggungjawab menjanakan minat Walmart kepada cloud computing, kehilangannya sememangnya tidak membantu.
Walmart juga tidak memiliki reputasi yang elok dikalangan gaming community dimana usahanya mengeluarkan gaming computer dibawah jenama Overpowered dicemari isu-isu seperti build quality yang sangat teruk dan juga customer service yang mengecewakan.
Dahulu, Walmart diwar-warkan untuk mengeluarkan satu servis seakan Netflix, namun ianya tidak menjadi kenyataan. Ini menunjukkan pihak Walmart mampu untuk menarik diri pada bila-bila masa, sekiranya projek cloud gaming ini dirasakan tidak menguntungkan.
Sumber: The Verge
@gamersantaimy
Discussion about this post