Metro Exodus, siri ke-3 dalam game siri Metro telah dilancarkan pada Febuari baru-baru ini dan ianya adalah ekslusif pada Epic Games Store. Steve Allison, Head Epic Games Store baru-baru ini telah berkongsi informasi berkenaan jualan dan muat turun game tersebut pada Game Developers Conference (GDC) baru-baru ini.
Dan informasi tersebut amat membanggakan, dimana; Metro Exodus telah dijual 2.5 kali ganda lebih banyak daripada Metro Last Light yang sebelum ini dijual di Steam, dalam tempoh masa yang sama. Allison pada masa yang sama menyatakan ini adalah bukti bahawa game itu sendiri adalah lebih penting daripada medium penjualannya.
Bukan sahaja jualannya tinggi, penerbit game ini iaitu Deep Silver juga mendapat pulangan yang lebih banyak. Ini kerana Epic Games Store hanya mengambil 12% daripada hasil jualan manakala Steam pula mengambil 30% daripada USD$10 juta yang pertama, 25% untuk tahap seterusnya dan apabila mencapai USD$50 juta, ianya akan menjadi 20%.
Metro Exodus menggunakan enginenya sendiri iaitu 4A Engine. Sekiranya ia menggunakan engine Unreal Engine 4 milik Epic Games, yuran penggunaan engine ini akan diambil daripada 12% keuntungan Epic Games; berbeza dengan Steam yang akan mengenakan yuran ini sebagai tambahan ke atas keuntungan mereka:
Dengan itu, Epic Games Store bakal menjanakan lebih pendapatan kepada pembikin games tahun ini. Ini adalah mesej Epic Games Store, walaupun banyak maklum balas negatif diterima daripada komuniti gaming berkenaan status ekslusif Metro Exodus.
Sementara itu, Steam membuktikan mereka masih relevan dan tidak terancam berdasarkan satu posting awal tahun ini:
Games yang ekslusif sememangnya boleh membantu Epic Games Store dan dengan berkongsi maklumat ini. Ia memberitahu bahawa jumlah pengguna Steam tidak ada dalam persoalan, yang penting adalah syarikat pembikin games boleh membuat lebih keuntungan di platform mereka.
Pastinya informasi ini telah menarik perhatian banyak syarikat games.
Sumber: Polygon
@gamersantaimy
Discussion about this post