Remake Assassin’s Creed Black Flag Resynced kini rasmi dilancarkan di PC, PlayStation 5, dan Xbox Series X|S. Diakui sebagai judul yang bagus dibuktikan oleh angka jualan yang memberangsangkan dan rekod 99,451 pemain serentak di Steam, pelancarannya bagaimanapun dibayangi oleh beberapa kontroversi.
Isu paling hangat yang menyelubungi pelancaran ini melibatkan nasib tenaga kerja di sebalik tabir. Biarpun Resynced mencatatkan prestasi cemerlang melalui pra-tempahan dan jualan awal, seramai 51 kakitangan di Ubisoft Barcelona (hampir sepertiga daripada tenaga kerja studio berkenaan) bakal diberhentikan pada hujung Julai. Lebih menyedihkan, kebanyakan mereka telah meluangkan masa bertahun-tahun untuk menyiapkan remake ini.
Langkah pengurangan pekerja sebenarnya telah diumumkan pada bulan Jun lalu sebagai sebahagian daripada rancangan penyusunan semula korporat Ubisoft. Menurut beberapa kakitangan, keputusan pemecatan inisudah dirancang lebih awal dan tetap akan diteruskan tanpa mengira prestasi jualan game tersebut.
Secara lazim, Ubisoft akan memperuntukkan projek baharu kepada studio-studio kira-kira setahun sebelum tugasan sedia ada selesai. Walaupun pasukan Barcelona menyuarakan kebimbangan sejak pertengahan tahun 2025 kerana tiada apa-apa projek baharu dalam rancangan, mereka langsung tidak diberikan tugasan lain. Keadaan menjadi lebih hambar apabila majlis pelancaran rasmi di pejabat dibatalkan selekerja mereka selesai, lalu diganti dengan jamuan katering ringkas sahaja.
Bagi membantah keputusan tersebut, kesatuan sekerja Sepanyol, La Confederación General del Trabajo (CGT), telah menganjurkan mogok, di mana kakitangan bertindak keluar pejabat pada setiap petang hari Selasa dan Khamis.
Cracked version of Assassin’s Creed Black Flag Resynced leaked days prior to official release despite Denuvo DRM protection — Denuvo unable to stop crackers, with some finding ways to completely remove it from other titles
by u/ControlCAD in technology
Dari sudut pemain pula, kritikan terarah kepada penggunaan sistem DRM anti-godam Denuvo. Ramai menyifatkannya sebagai ironi bagi sebuah game bertemakan lanun abad ke-18, kerana sistem perlindungan itu gagal berfungsi. Malah, versi cetak rompak telah pun berleluasa di internet sejak 7 Jun lalu… iaitu sebulan sebelum pelancaran rasmi.
Oleh sebab versi cetak rompak dapat melangkau proses pengesahan latar belakang DRM tersebut, pembeli sah berasa tertipu. Mereka terpaksa berdepan dengan potensi penurunan prestasi PC akibat kekangan Denuvo, sedangkan golongan yang memainkannya secara haram dapat menikmati game dengan lebih lancar.
Satu lagi isu adalah sistem monetization yang keterlaluan. Ubisoft melancarkan sembilan pek DLC berasingan pada hari pertama dengan nilai keseluruhan mencecah RM289.00. Pek-pek ini merangkumi skin watak dan barang naik taraf untuk kapal pemain.
Pemain turut merungut kerana menu utama game dipenuhi dengan iklan-iklan agresif mempromosikan mikrotransaksi berkenaan. Hal ini dirasakan amat mengganggu, walaupun mereka yang sudah melabur membeli Deluxe Edition.
Bagi aspek teknikal pula, pemain PC berdepan masalah ralat yang mengunci cutscene kepada 30 FPS. Masalah ini mengakibatkan visual terasa tersangkut-sangkut dan tidak sekata sebaik sahaja bertukar daripada fasa gameplay.
Ubisoft mengakui isu ini dan menjelaskan bahawa had 30FPS itu teraktif secara tidak sengaja apabila pemain menetapkan kualiti Raytracing, BVH, atau Terrain Quality kepada “Ultra High” di PC. Ubisoft berjanji akan menyiasat masalah ini dan menyarankan pemain menurunkan tetapan tersebut buat sementara waktu, tetapi komuniti modder telah pun mengambil tindakan sendiri dengan melancarkan mod “ACBlackFlagFix”. Mod buatan peminat ini berjaya membuka framerate sinematik agar ia berjalan lancar tanpa sekatan.

![[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong](https://cdn.gamersantai.com/2026/07/Jay-Armstrong_IWX-2026_FI-350x250.jpg)







Discussion about this post