Vivo baru-baru ini mengumumkan untuk mendedahkan peranti APEX 2020 di Mobile World Congress (MWC) 2020 pada 23 Februari di Barcelona. Siri APEX dikenali sebagai barisan telefon pintar yang mempunyai reka bentuk tiada-bezel, skrin ratio yang tinggi, kamera yang inovatif, kamera pop-up selfie dan lain-lain.
Pada generasi ini, kita semakin bergantung pada telefon pintar, jadi sebuah telefon pintar dengan bateri yang tahan lama dan pengecasan yang cepat merupakan perkara penting dalam aspek pembelian telefon pintar untuk pengguna. Walaupun berita ini sudahpun dibocorkan baru-baru ini, vivo APEX 2020 akan dilengkapi dengan teknologi terbaru – Super FlashCharge 120W, yang dapat mengecas telefon pintar hanya dalam masa 13 minit.
Menurut data dari ujian makmal, vivo Super FlashCharge 120W mengambil masa kira-kira 5 minit untuk mengecas bateri 4,000mAh dari 0 hingga 50%, manakala pengecasan penuh hanya memerlukan 13 minit. Oleh itu, isu bateri selalu rendah adalah sesuatu yang kamu tidak perlu hadapi lagi, kerana telefon pintar anda akan sentiasa bertenaga sepanjang hari! Selain itu, Super FlashCharge 120W mempunyai teknologi charge pump baru dengan Type-C data cable yang boleh diselaraskan serta travel charger.
Walau bagaimanapun, kami tidak mempunyai banyak maklumat tentang konsep penuh dan
spesifikasi untuk persidangan akhbar Vivo APEX 2020. Kami hanya mampu menunggu tarikh 23 hingga 24 Februari di MWC 2020 Barcelona untuk ketahui lebih lanjut.
@gamersantaimy
Discussion about this post