Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Vindictus: Defying Fate Bakal Mulakan Ujian Pre-Alpha di Steam Pada 14 – 18 Mac Ini!

Maira by Maira
March 7, 2024
in Artikel, Berita, Game, PC, RPG, Steam
0 0
0
Vindictus: Defying Fate Bakal Mulakan Ujian Pre-Alpha di Steam Pada 14 – 18 Mac Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Nexon ingin menunjukkan lebih banyak mengenai game baharu mereka, Vindictus: Defying Fate, RPG aksi pantas mereka yang akan datang, kepada komuniti dengan ujian pra-alfa awam secara percuma. Ujian ini akan menyediakan akses kepada binaan game yang masih dalam peringkat pembangunan yang sangat awal dan menampilkan pertempuran peringkat demo dengan dua watak yang boleh dimainkan, Fiona dan Lann di wilayah yang berdasarkan konsep awal dunia, emote dan pakaian untuk tujuan pengujian. Ujian pra-alfa awam akan bermula pada hari Khamis, 14 Mac, jam 10 pagi dan akan tersedia sehingga Isnin, 18 Mac pada 5 petang melalui Steam.

Vindictus: Defying Fate
Sumber: Nexon

Memandangkan Vindictus: Defying Fate sedang melalui fasa pembangunan awal, kemas kini masa hadapan akan memperkenalkan lebih banyak kandungan, termasuk elemen naratif, sistem perkembangan, statistik watak, item dan banyak lagi. Ini adalah peluang pertama untuk pemain memahami game ini dan memberikan maklum balas kepada Nexon tentang perkara yang mereka suka, atau ingin melihat perubahan. Anda boleh tonton trailer baharu game di bawah.

Untuk mengambil bahagian, pemain hanya perlu melawati halaman Steam game dan mendaftar untuk ujian pra-alfa dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

  • Log masuk Steam dengan ID anda dan pergi ke Vindictus: Defying Fate
  • Klik butang “Request Access”
  • Klik butang “Game Play”
  • Muat Turun Vindictus: Defying Fate Playtest daripada library dan mainkan game
Vindictus: Defying Fate
Sumber: Nexon

Pasukan pembangunan menggalakkan semua pemain untuk memberikan maklum balas, sama ada semasa atau selepas menguji game, dengan menyertai Discord rasmi game dan berkongsi perkara yang anda nikmati dan perkara yang anda ingin lihat perubahan. Maklum balas daripada pemain pada peringkat pembangunan ini akan membantu membentuk game akhir.

Untuk mendapat segala liputan mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: nexonVindictus: Defying Fate
ShareTweetSend
Previous Post

Unicorn Overlord Review (PS4) — Kompleks Tetapi Menyeronokkan, Diganding Visual & Soundtrack Hebat!

Next Post

TerraTech Worlds, Game Sandbox Survival-Builder Akan Tersedia Pada 22 Mac Ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
TerraTech Worlds, Game Sandbox Survival-Builder Akan Tersedia Pada 22 Mac Ini!

TerraTech Worlds, Game Sandbox Survival-Builder Akan Tersedia Pada 22 Mac Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd