Setelah pelbagai panduan dan preview yang didedahkan, akhirnya Unicorn Overlord sudah sedia untuk dilancarkan! Dengan naratif yang fokus kepada peperangan dan penaklukan, Unicorn Overlord merupakan satu game taktikal RPG yang kami pasti digemari pemain, lebih-lebih lagi dengan loop gameplay yang membuatkan minda anda terus berfikir sehinggalah semuanya masuk akal. Ditambah pula dengan visualnya yang menawan serta muzik high-octane, anda pasti berpuas hati semasa berada dalam dunia ini.
Sejak daripada permulaan game, kami terus menyelaminya sehingga berjam-jam. Memandangkan game ini dihasilkan oleh pembangun yang menghasilkan Odin Sphere, Muramasa: The Demon Blade dan Dragon’s Crown, sudah pasti kami mempunyai jangkaan yang tinggi. Ternyata jangkaan tersebut tercapai malah ianya lebih baik daripada apa yang dijangkakan. Dengan scene pembukaan yang begitu menyerlah dengan gaya seni Vanillaware, anda dapat melihat bagaimana watak-watak dengan mudah dilihat dalam latar belakang yang begitu terperinci serta dedaun yang bergerak dek angin yang bertiupan. Dapat pula bermain pada skrin TV 4K yang besar, setiap detik dalam game ini membolehkan anda lihat kerja keras pembangun pada dunia zaman pertengahan game yang hebat.
Cerita
Dalam Unicorn Overlord, kita akan mengikuti kisah Putera Alain yang ingin menuntut semula pemerintahannya setelah sedekad bondanya, Ratu Ilenia menyaksikan pemberontakan dan takhta tersebut dirampas oleh pengkhianat Jeneral Valmore. Bagi kami, plotnya agak klise tetapi ia berfungsi dengan baik untuk gameplay yang fokus kepada perang.
Dilengkapi dengan set pelakon suara bahasa Inggeris dan Jepun yang menakjubkan daripada bakat yang jelas memberikan kerja yang baik untuk watak masing-masing, penceritaannya menjadi lebih menarik apabila anda tertanya-tanya siapa yang akan dipilih oleh Alain sepanjang pengembaraannya. Bercerita dengan alihan suara, malang sekali teks dialog diselarikan dengan suara. Jadi kalau anda bermain dengan suara alih Jepun dengan teks bahasa Inggeris, beberapa teks akan hilang dengan cepat sebelum sempat anda membacanya.
Audio sememangnya salah satu highlight terbesar Unicorn Overlord, kerana selain daripada lakonan suara yang hebat, game ini memaparkan soundtrack hebat yang membuatkan kami suka padanya serta merta. Dengan melodi orkestra epic dan korus zaman pertengahan, ia sememangnya membuatkan kami teruja malah menimbulkan rasa kagum. Jika anda peminat Vanillaware, anda mungkin pernah mendengar soundtrack sebegitu kerana ia telah dihasilkan oleh Basiscape dan Mitsuhiro Kaneda, mereka yang menghasilkan muzik untuk 13 Sentinels: Aegis Rim.
Combat
Walaupun Unicorn Overlord merupakan game RPG taktikal seperti game lain, ia agak berbeza. Gameplay-nya dibahagikan kepada dua sequence iaitu meneroka dan battle stage. Selaras dengan cerita, usaha anda adalah untuk menakluk kawasan, sama ada melancarkan perang menentang militia ataupun membantu kampung yang memerlukan.
Walaupun Unicorn Overlord berada di bawah payung yang sama, ia melakukan perkara yang agak berbeza berbanding rakan sebayanya dalam genre RPG taktikal. Anda lihat, permainan dibahagikan kepada dua urutan, bahagian penerokaan dan peringkat pertempuran. Selaras dengan cerita, usaha anda adalah untuk membawa tanah di bawah pemerintahan anda, sama ada dengan cara melancarkan perang menentang militia penyangak atau membantu penduduk kampung yang memerlukan.
Mengenai penerokaan, Alain akan meneroka seluruh Fevrith, dunia game. Secara perlahan, anda akan mula meluaskan tanah jajahan anda serta membina pelbagai fasiliti yang akan mengembangkan tentera anda. Dengan melakukannya, mata Honor dan rank Renown, yang diterima melalui quest, menghantar material tertentu ke bandar dan lebih penting sekali, battle stage.
Battle stage merupakan bahagian combat game. Terdapat kawasan combat di mana pertempuran berlaku di sebuah kawasan dengan masa yang berkurangan. Ini sudah pasti membuatkan kami untuk menyelesaikan objektif utama dengan strategi yang baik sebelum masa tamat.
Pertempuran game bermula dengan anda yang dibekalkan dengan beberapa mata Valor dan satu Command Post. Mata Valor itu merupakan sumber penting yang boleh diperoleh dengan mengalahkan musuh dan membebaskan struktur yang dikawal musuh di sekitar medan perang. Anda menetapkan skuad maksimum 6 watak untuk bergerak dalam satu unit, yang diletakkan dalam grid 3-by-2, yang terdiri daripada barisan hadapan dan belakang. Pembentukan skuad dalam unit memainkan kepentingan dalam pertempuran. Ikut logik, tank anda yang tahan lama lebih sesuai berada di barisan hadapan manakala pejuang sokongan atau yang terlalu ofensif berada di belakang.
Untuk menghantar unit ke medan perang, anda perlu menggunakan mata Valor di Command Post atau fort yang anda telah takluk. Setiap unit mempunyai ketua yang diletakkan pemain yang memberikan skuad attribute pergerakan unik seperti unit yang diketuai pasukan berkuda yang bergerak pada kelajuan yang lebih tinggi atau komander terbang yang membenarkan tentera terbang melepasi halangan yang tidak dapat dilakukan oleh unit yang berasaskan darat.
Unit yang dikerahkan kemudian akan berada dalam arahan anda untuk bergerak di sekitar medan perang dan pertempuran akan dimulakan apabila menghadapi musuh yang meronda. Menariknya, pertempuran berlaku secara automatik dan bukannya memberi kawalan watak pada anda. Pada mulanya, reka bentuk auto-battle mungkin menarik anda keluar daripadanya kerana ia jarang berlaku dalam game. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja kami faham mengenai sistem tersebut, memang gameplay Unicorn Overlord terasa sungguh hebat.
Di sinilah keseluruhan pembentukan unit menjadi highlight, di mana anda cuba memadankan watak kelas tertentu untuk mendapatkan sinergi yang baik. Unicorn Overlord memberi penekanan yang besar pada dinamik Batu-Gunting-Kertas antara pelbagai kelas yang ada. Sebagai contoh, Travis akan sertai anda sebagai kelas Thief. Waktu inilah anda belajar betapa hebatnya kelas ini dalam mengelak, membolehkan mereka mengambil bahagian di barisan hadapan dengan berkesan serta mengelak damage dengan efektif hampir setiap kali apabila menentang musuh melee. Selepas itu, anda diperkenalkan pula dengan Archer yang mempunyai ketepatan 100%, menjadikan mereka lebih susah untuk counter daripada Thief.
Dinamik lain yang menarik adalah Hoplites yang merupakan tank hebat terhadap damage fizikal, tetapi Witch dan Wizard akan menumbangkan mereka dengan begitu cepat dengan damage magic. Kelas Calvary pula berkuasa menentang kelas jenis infantri tetapi lemah dengan watak terbang seperti Gryphon Rider.
Pertempuran boleh menjadi lebih kompleks kerana watak mempunyai pergerakan yang terhad untuk mereka, yang ditentukan oleh Action Point (AP) dan Passive Points (PP). Setelah AP habis, pertempuran akan berakhir serta merta walaupun tiada watak yang dikalahkan. Walaupun pertempuran dimainkan secara automatik, setiap watak juga boleh disesuaikan seperti mengubah kemahiran daripada pencetus default. Itupun kalau syarat tertentu dipenuhi. Sebagai contoh, anda boleh membuatnya supaya Cleric hanya menyembuhkan sekutu apabila threshold HP tertentu dipenuhi atau mempunyai pahlawan berperisai mengawal sekutu tertentu.
Ini memberikan anda sedikit kawalan ke atas unit anda dan dengan kelas serta formasi yang pelbagai, sudah tentu ada banyak strategi yang anda boleh gunakan walaupun anda sudah bermain beratus jam. Selagi anda bergerak di battle stage, anda juga boleh aktifkan Valor Skill dengan menggunakan mata Valor. Ini membolehkan anda mengakses kebolehan untuk digunakan diluar pertempuran, memberikan anda pilihan untuk digunakan pada taktik anda.
Menyelam lebih dalam pada gameplay combat, anda juga boleh mengubah cara stat diedarkan apabila naik level semasa merekrut watak askar bukan utama, atau peralatan yang anda boleh dapatkan dalam pelbagai cara dengan beberapa statistik khas disediakan. Selain itu, terdapat juga sistem rapport yang memperkukuhkan kekuatan companion anda melalui bonding.
Game ini sememangnya memerlukan anda untuk menggunakan otak anda dan rasanya pemain strategi sudah biasa dengannya. Ini bukan gama yang anda boleh menyerang tanpa hala tuju. Ada sahaja watak yang mempunyai level yang tinggi bersusah payah untuk melawan kelas yang boleh counter mereka. Walaupun anda ingin lakukan kekerasan, setiap unit mempunyai stamina yang akan habis setiap kali engage dalam combat di battle stage. Jadi mahu atau tidak, anda perlu bijak menguruskan watak anda atau anda akan berada dalam bahaya apabila musuh menyerang hendap anda semasa anda berehat.
Kami juga sejujurnya harap watak penting mempunyai reka bentuk yang sedikit berlainan kerana apabila kami meletakkan mereka di sebelah tentera generik, memang mereka seakan-akan sama. Ia juga agak pelik apabila melihat sprite watak chibi digunakan pada overworld dan battle stage, kerana ia tidak padan dengan rupa watak penting, terutamanya warna rambut mereka. Walaupun begitu, ia tidaklah memberikan kesan yang besar pada gameplay mahupun pengalaman bermain.
Kesimpulan
Unicorn Overlord sememangnya satu game yang hebat untuk mereka yang suka pada gameplay strategi yang mencabar serta suka membentuk sesuatu. Hampir setiap aspek dalam game ini dihasilkan dengan begitu baik dan anda boleh rasakan kerja keras yang diberikan oleh pembangun. Sudah tentu ada beberapa perkara yang membuatkan game ini tidak sempurna. Tetapi kami masih berasa begitu seronok sepanjang bermainnya.
Game ini juga mempunyai peluang untuk mempengaruhi genre RPG taktikal kerana gameplay-nya yang inovatif, mendalam serta puas hati. Anda akan sentiasa berfikir, mengambil kira segala kemungkinan dan menghasilkan strategi yang baik untuk menang. Ditambah pula dengan soundtrack-nya yang mengagumkan, agak susah untuk berhenti daripada bermain.
Unicorm Overlord dijadualkan untuk lancar pada 8 Mac 2024 di PS4, PS5, Xbox Series X|S dan Nintendo Switch.
Kod review Unicorn Overlord dibekalkan oleh SEGA.
@gamersantaimy
The Review
Unicorn Overlord
PROS
- Sistem gameplay kompleks penuh dengan kedalaman dan replayability
- Visual game yang menawan
- Lakonan suara yang hebat
- Soundtrack yang mengagumkan
CONS
- Plot cerita pada awalnya sedikit klise
Discussion about this post