Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Video Youtube viral kerana tunjuk Pokemon disembelih & dimasak!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 24, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Video Youtube viral kerana tunjuk Pokemon disembelih & dimasak!
Share on FacebookShare on Twitter

Pokémon adalah kawan baik kita, tetapi kalau manusia hidup dalam dunia tanpa ayam, ikan, dan lain-lain, apa yang mereka makan untuk supaya tidak lapar? Nampaknya, sebuah video di Youtube menjadi viral baru-baru ini selepas menunjukkan beberapa Pokemon disembelih lalu dimasak oleh seorang tukang masak profesional. Harap maklum. video di bawah mengandungi beberapa kandungan yang “agak” eksplisit. Jika anda peminat Pokemon, saya sarankan anda supaya jangan tonton. Jika anda tidak kisah, teruskan menonton.

https://www.youtube.com/watch?v=fiv4nFF1iQ0

Video animasi ini dibuat oleh seorang Youtuber bernama “brainqueen” dan menunjukkan Prof Oak menawarkan tiga Pokémon yang terdiri dari Bulbasaur, Charmander dan Squirtle untuk pemain masak. Kemudian, setiap Pokemon disembelih mengikut bahagian-bahagian yang ingin dipakai untuk beberapa resepi berbeza. Bayangkan video memasak yang anda selalu tonton di Youtube seperti Khairul Aming tetapi bahannya adalah Pokemon. Ternyata, video ini mengambil banyak inspirasi dari video memasak popular di Youtube dan bagi saya, animasinya pun sebenarnya agak tepat seperti dunia sebenar. Memandangkan kandungannya amat “ngeri” dan seram, beberapa komen di bawah video tersebut juga mengakui bahawa brainqueen amat kreatif dan bijak tetapi dalam cara yang kurang “menyenangkan”. Apa pendapat anda selepas melihat video Youtube Pokemon-Pokemon comel ini dimasak?

Sejak pelancaran Pokemon: Red & Green Version untuk konsol Game Boy pada tahun 1996, ramai peminat tertanya-tanya jika manusia di dunia Pokémon sebenarnya memakan makhluk-makhluk comel ini. Seperti yang saya kata di atas, dunia mereka tidak mempunyai haiwan biasa seperti ikan, ayam, lembu dan sebagainya, malah kebanyakan tanaman dan sayur-sayuran pun adalah Pokemon. Nintendo tidak memberi jawapan sahih kepada kontroversi ini tetapi dalam Sword & Shield, kita boleh melihat watak manusia memakan kari sosej, walaupun tidak jelas dari apa sosej itu dibuat. Permainan lama juga pernah memberitahu bahawa Farfetch diburu hingga hampir pupus kerana dianggap terlalu enak. Sama seperti di atas, Nintendo, Game Freak dan The Pokémon Company tidak memberi jawapan kepada persoalan ini.

RelatedPosts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

Selain itu, Nintendo baru-baru ini mengadakan acara Pokémon Presents baru yang menampilkan beberapa permainan baru seperti Pokémon Brilliant Diamond & Shining Pearl, diikuti oleh Pokémon Legends: Arceus, yang mempunyai elemen open world. Untuk segala berita kami tentang Pokemon, sila tekan pautan ini.

Sumber – YouTube

Tags: pokemenupokemonviralyoutube
Previous Post

Vtuber Jepun menyatakan pengguna sosial media dengan gambar profile anime adalah “Toxic People”!

Next Post

5 fakta yang anda tidak tahu tentang Nintendo Game Boy!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
fakta Nintendo Game Boy

5 fakta yang anda tidak tahu tentang Nintendo Game Boy!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd