Berikutan populariti animasi Upin Ipin, sudah tentu pelbagai spekulasi yang direka-reka oleh peminat. Baru-baru ini, tular video TikTok yang menunjukkan kubur yang memiliki nama sama seperti watak animasi itu di Indonesia. Penemuan itu sudah tentu menimbulkan spekulasi baru yang mengatakan Upin Ipin sebenarnya berasal dari Indonesia. Menurut video itu juga, Upin dan Ipin didakwa telah meninggal dunia selepas terbabit dengan kemalangan ketika bercuti di Indonesia.
Mengetahui perkara ini, Burhanuddin Radzi, Pengarah Urusan Les’Copaque Production Sdn Bhd seperti sudah biasa dengan spekulasi yang berpusat dengan siri animasi itu. Dia turut menerima beberapa emel dari portal berita Jakarta yang inginkan kesahihan mengenai penemuan tersebut dengan animasi Upin dan Ipin.
Tidak mahu memperbesarkan isu itu, dia telah menjelaskan bahawa animasi tersebut hanyalah rekaan dan tidak berkait dengan mana-mana pihak. Idea animasi itu sendiri datang dari idea Hajah Ainon, iaitu pelakon suara Opah. Dia juga menambah bahawa setiap cerita yang ditulis untuk memberikan mesej bermanfaat serta mudah difahami.
Tambah Burhanuddin lagi, mereka sebagai penerbit bertanggungjwab untuk memastikan kandungan mereka bermanfaat kepada generasi akan datang. Malah menjadikan Upin dan Ipin sebagai contoh terbaik kepada peminat. Dia juga telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa kembar tersebut masih sihat dan bersekolah untuk menenangkan peminat.
Perkara tular seperti ini jelas menunjukkan animasi tempatan meninggalkan impak yang hebat di negara jiran. Bukan setakat Upin Ipin sahaja, malah animasi Boboiboy dan Mechamato juga sangat popular di luar negara. Ada satu lagi animasi hebat yang akan datang iaitu Neon Luna. Semoga industri animasi Malaysia semakin maju pada masa depan. Untuk mendapatkan liputan tempatan lain dari kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post