Marvel’s Avengers tidak mempunyai permulaan yang bagus sejak pelancarannya pada bulan September 2020 lalu, di mana ramai peminat yang kecewa dengan isi kandungan permainan. Namun, peminat mungkin ada sebab untuk bersemangat, Di acara Square Enix Presents, ia disahkan bahawa upgrade next-gen Marvel’s Avengers dan DLC Operation: Hawkeye boleh didapati hari ini!
Update untuk Marvel’s Avengers kini dilancarkan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X/S. Update ini membolehkan permainan memanfaatkan kekuatan pada konsol generasi seterusnya untuk menawarkan prestasi dan fitur yang lebih baik dan canggih. Pemilik Marvel’s Avengers di PS4 dan Xbox One boleh upgrade game mereka secara percuma dan memindahkan save file tanpa kehilangan progress.
Apakah ciri-ciri khusus yang ditambahkan untuk upgrade next-gen ini? Di sini, Square Enix telah mengesahkan beberapa perubahan penting. Sudah tentu, peningkatan pada resolusi adalah perubahan yang paling jelas. PS5 dan Xbox Series X boleh menerima resolusi sehingga 4K, tetapi Xbox Series S hanya boleh capai resolusi hingga 1440p. Upgrade ini juga akan “secara dramatik” meningkatkan load time dan penstriman dalam permainan, yang membolehkan tekstur beresolusi lebih tinggi, draw distance lebih besar, dan model resolusi tinggi.
Crystal Dynamics juga telah meningkatkan visual untuk elemen gameplay tertentu. Secara khusus lagi, abiliti setiap watak (Heroics) telah diperbaiki. Pada masa yang sama, mereka juga memperbaiki efek pemusnahan baju besi, dan cara utama permainan menyampaikan damage atau kerosakan secara visual dengan harapan untuk meningkatkan visual permainan semasa dalam aksi.
Selain upgrade di atas, Square Enix juga melancarkan DLC Operation: Hawkeye – Future Imperfect, yang merupakan kesinambungan langsung dari jalan cerita DLC Kate Bishop. Hawkeye masih mencari Nick Fury untuk menghalang kuasa jahat AIM dari menakluk dunia, tetapi entah bagaimana, mendapati dirinya berada di masa depan untuk berhadapan dengan Maestro dan Taskmaster. Apakah kesudahannya? Itu anda perlu belajar sendiri apabila cuba DLC nanti.
DLC Operation: Hawkeye – Future Imperfect juga mempunyai banyak kandungan baru! Kita ada hero baru yang boleh dimainkan, penjahat baru, dan dua fitur baru. Pertama adalah Reassemble Campaign Replay, yang membolehkan pemain mengulang semula kempen tanpa kehilangan kemajuan, dan HARM Room yang dapat diubahsuai, supaya pemain boleh mencabar diri dan abiliti mereka sepenuhnya.
Upgrade next-gen Marvel’s Avengers dan DLC Hawkeye kini tersedia untuk PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X/S. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post