PUBG Corporation telah mendedahkan kemas kini terbaru untuk PlayerUnknown’s Battlegrounds. Kemas kini 7.2 kini tersedia di server ujian, dan ia membawa banyak perubahan pada permainan battle royale kegemaran ramai ini. Yang terbesar mungkin adalah penambahan bot ke server PC. Bot sebelum ini ditambahkan pada konsol, dan peminat PUBG nampaknya tidak beberapa suka dengan penambahan tersebut. Walaubagaimanapun, PUBG Corporation berharap penambahan bot akan memberi pemain baru peluang yang lebih baik untuk belajar di dalam permainan, dan meningkatkan keyakinan ketika bermain. Bot tidak akan muncul dalam Ranked Mode, jadi pemain yang tidak suka ciri ini boleh bertenang.
Ranked Mode juga merupakan salah satu perubahan yang lebih ketara. Ranked Mode menggantikan Survival Title, dan hanya perlawanan Ranked Mode sahaja yang akan memberi kesan pada rank pemain. Rank pemain akan meningkat atau menurun pada setiap perlawanan, berdasarkan prestasi mereka. Terdapat enam rank yang terdapat dalam Ranked Mode iaitu: Bronze, Silver, Gold, Platinum, Diamond, dan Master. Dalam setiap rank ini, terdapat juga lima peringkat. Pada awal setiap musim, pemain akan bermula pada rank yang rendah, dan harus berusaha untuk meningkat rank. Pemain yang diberi rank Diamond atau Master akan mula melihat peringkat mereka “jatuh” sekiranya mereka tidak bermain sebarang perlawanan Ranked Mode selama seminggu atau lebih.
Perlawanan Ranked Mode menampilkan mod Squad TPP atau FPP. Perlawanan ini akan berlangsung di Erangel, Miramar, atau Sanhok, secara rawak. Setelah musim berakhir, pemain akan menerima ganjaran berdasarkan rank mereka, termasuk papan nama dan lambang yang mengesahkan peringkat mereka. Pemain yang mencapai kedudukan Gold atau lebih tinggi akan menerima beberapa skin. Sebagai sebahagian daripada kemas kini, Leaderboard juga telah melihat beberapa perubahan untuk mencerminkan penambahan ciri-ciri baru.
Kemas kini 7.2 juga menambah sejumlah perubahan kecil pada permainan. Ini termasuk kemas kini pada letupan Gas Can, sistem Replay, dan lain-lain. Untuk baca info penuh, sila layari laman web rasmi PUBG.
@gamersantaimy
Discussion about this post