Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

UNIQLO sah buat kolaborasi dengan Kimetsu no Yaiba! Koleksi UT anime baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 4, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fesyen, Manga
0 0
0
UNIQLO sah buat kolaborasi dengan Kimetsu no Yaiba! Koleksi UT anime baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah berjaya menjadi salah satu anime paling meletup pada dekad ini, Kimetsu no Yaiba kembali sekali lagi dalam bentuk kemeja-T untuk jenama fesyen Jepun terkenal, UNIQLO. Kemeja-T grafik ini menampilkan reka bentuk eksklusif yang diilhamkan oleh watak-watak daripada siri dan tersedia untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Untuk mereka yang beli baju rekaan Nezuko, anda siap boleh lihat dia intai kita daripada poket comel di bahagian dada! Setiap baju akan berharga 990 yen (sekitar RM39.38).

 

1 of 4
- +

Kimetsu no Yaiba menjadi kejayaan besar dengan lebih daripada 80 juta salinan manga dijual di seluruh dunia. Malah, ia telah menerima banyak anugerah dan dianggap sebagai salah satu anime terbaik pada era ini.

 

1 of 4
- +

Ini bukan kali pertama UNIQLO bekerjasama dengan francais yang popular untuk membuat baju. Sebelum ini, syarikat itu melakukan kolaborasi khas bersama Gintama, Pokémon dan juga Evangelion. Oleh kerana jumlah dan tempoh penjualannya amat terhad, saya sarankan peminat untuk bergegas dapatkan baju kegemaran sebelum ia habis stok.

Kemeja-T Kimetsu no Yaiba UT akan mula dijual mulai 7 Ogos 2020 di kedai Jepun UNIQLO dan juga kedai dalam talian rasmi mereka. Masih belum ada kata-kata tentang bila baju itu akan tersedia di Malaysia, tapi firasat saya mengatakan pada hujung bulan ini.

Tags: animeKimetsu No Yaibamangauniqlo
Previous Post

Acara masa terhad M.U.T.E. PROTOCOL kini bermula di TOM CLANCY’S RAINBOW SIX SIEGE

Next Post

DLC Percuma Shin Megami Tensei III Nocturne HD Remaster nampaknya dah pasti!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
DLC Percuma Shin Megami Tensei III Nocturne HD Remaster nampaknya dah pasti!

DLC Percuma Shin Megami Tensei III Nocturne HD Remaster nampaknya dah pasti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd