UNIQLO, pengedar apparel terkenal dari Jepun, hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan koleksi Pokémon UT, monpoké UT dan UT Daniel Arsham x Pokémon UT pada 15 Jun untuk kedai terpilih, dan pada 16 Jun dibuka di semua kedai Uniqlo. UT (T-shirt UNIQLO) menawarkan pelbagai grafik budaya dan seni pop autentik dari seluruh dunia yang membolehkan pemakainya meluahkan individualiti mereka.
Pokémon UT
Dengan Pokémon UT, koleksi ini menyajikan falsafah utama Pokémon – pengembaraan, penemuan, dan persahabatan – yang telah menjadikan Pokémon kehadiran yang disukai di kalangan peminat dari semua peringkat umur di seluruh dunia.
Rekaan baju Lelaki – RM59.90
Rekaan baju Wanita – RM59.90
Rekaan baju Kanak-Kanak – RM39.90
Rekaan baju Kanak-Kanak (Steteco) – RM29.90
monpoké UT
monpoké adalah jenama Pokémon rasmi untuk bayi bagi generasi ibu dan ayah terkini. Di sebalik rancangannya adalah harapan bahawa bayi dapat memperoleh banyak pengalaman pertama dan membesar dengan sihat dan bahagia. Rangkaian ini merupakan kerjasama pertama antara UT dan jenama monpoké. Reka bentuk berwarna lembut yang menampilkan Pikachu, Dedenne, Smeargle, Mime Jr., dan Ludicolo pasti nampak menyeronokkan.
Rekaan baju bayi – RM39.90
Daniel Arsham x Pokémon
Dengan Pokémon UT, koleksi ini menyajikan falsafah utama Pokémon – pengembaraan, penemuan, dan persahabatan – yang telah menjadikan Pokémon kehadiran yang disukai di kalangan peminat dari semua peringkat umur di seluruh dunia.
Apabila mengulas tentang kolaborasi ini, Arsham berkata:
“Dengan kebanyakan projek saya, saya berusaha membuat karya yang bukan sahaja untuk orang-orang seni dan saya rasa UNIQLO mempunyai pandangan yang sama. Sebab saya menampilkan watak ikonik ini dalam karya saya adalah kerana mereka sangat dikenali, dan, di permukaan, ia mudah untuk memasuki karya saya. Pokémon telah menjadi kehadiran yang sangat besar sejak saya kecil dan saya teruja dengan peluang untuk mempersembahkan karya saya kepada khalayak yang lebih luas.”
Menggabungkan fakta dan fiksyen
Untuk projek seni dengan Pokémon, Arsham akan mempersembahkan koleksi arca berjudul “Relics of Kanto Through Time“, yang membayangkan kemunculan Pokémon seribu tahun ke depan. Tafsiran unik ini tercermin dalam koleksi UT juga.
Cetakan indah daripada lakaran yang halus
Koleksi ini menawarkan tujuh variasi rekaan untuk lelaki, wanita, dan kanak-kanak. Grafik monoton menampilkan lakaran kristal daripada Pokémon ikonik seperti Pikachu, Mewtwo, dan Jigglypuff. Lakaran halus Arsham pula diterjemahkan dengan baik pada kemeja-t sebagai “seni yang boleh dipakai“.
Rekaan Lelaki – RM59.90
Rekaan Wanita – RM59.90
Rekaan Kanak-Kanak – RM39.90
Tentang Daniel Arsham
Daniel dilahirkan pada tahun 1980 di Ohio. Artis dari Amerika Syarikat ini bermain antara seni lukis, seni bina, dan persembahan. Dibesarkan di Miami, dia menghadiri Cooper Union di New York City. Karya beliau telah ditayangkan di MOMA PS1, Museum of Contemporary Art, Athens Bienniale, New Museum, Mills College Art Museum, Carré d’Art – musée d’art contemporain de Nîmes, dan How Art Musuem.
Jika anda berminat dengan koleksi di atas, boleh ketahui lebih lanjut dengan temuramah istimewa bersama Daniel Arsham serta jangan lupa lawati 3 laman Koleksi UT ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post