Fuhhh dah bersusah payah kami mainkan Watch Dogs: Legion serta mengongsikan review untuk korang selami permainan dunia terbuka yang penuh hacker oleh Ubisoft ini, kami mendapat pula set Watch Dogs: Legion Collector’s Edition dari Ubisoft sendiri!!! Oh M Geesss! Terima kasih Ubisoft!!!
Sebelum tu jom kami kongsikan sedikit sinopsis permainan ini:
Kisah permainan ini memfokuskan pada kumpulan penggodam DedSec London, ketika mereka berusaha membebaskan kota itu dari keadaan pengawasan dystopiannya dengan merekrut sekutu dari penduduk London. Pada masa yang sama, kumpulan itu menumpukan pada penyiasatan serangkaian serangan pengganas yang mereka buat, dan yang mengaturnya, menemui konspirasi mendalam yang berpusat di kepala ketua syarikat tentera swasta.
Okay, jom kita lihat apa ada pada Watch Dogs: Legion Collector Edition:
- Salinan permainan Watch Dogs: Legion Ultimate Edition
- Steelbook Eksklusif
- DED Coronet Mask dengan lampu LED di Crown dan ketinggian 38cm
- Set 3 stickers
- Double-sided propaganda poster
- Season Pass (kod digital)
- Ultimate Pack (kod digital)
- Urban Jungle Pack (kod digital)
- 4-Week VIP Status (kod digital)
- In-game Mask (kod digital)
LIGHTING DED CORONET MASK
Sampai dan unboxing sahaja Collector Edition ini, yang paling menarik perhatian kami adalah Ded Coronet Mask yang siap ada lampu LED dekat Crown dia tu dan ketinggiannya adalah 38cm! Berwarna-wrni di bahagian giginya, di belakang kepala siap ada logo DedSec London lagi! Di bahagian pad bawah terdapat juga logo Watch DOgs dan Watch Dogs: Legion. Nak buka LED tu senang dengan buka switch sahaja, tapi pastikan ada bateri AAA sekali lah, jangan risau Ubisoft ada sertakan sekali! Selain itu terdapat akses kod digital Day 1 untuk topeng ini yang boleh di tebus dalam permainan!
Ultimate Edition Game dan Steelbook Watch Dogs: Legion
Ubisoft Store Exclusive Steelbook ini direka dengan bentuk ikonik yang diilhami oleh topeng dalam permainan. Dengan keliling warna hitam, peghh memang sebuah koleksi yang baik untuk disimpan. Kemudian kami mendapat salinan permainan Ultimate Edition. Dalam Ultimate Edition ini merangkuli:
- Permainan penuh
- Pek Golden King
- Pas bermusim
- dan Pek Ultimate’
Barangan dalam permainan disediakan melalui kod digital untuk dalam permainan.
Sticker dan Poster!
Okay yang terakhir kita dapat 3 set sticker Watch Dogs berukuran [136 x 171.4 mm] yang dah siap sedia untuk dilekat di laptop kami~ EH! Kemudian terdapat Double-Sided Propaganda Poster! Mmm poster propaganda dari DedSec dan Albion ini membuat kami terfikir nak gantung macam mana, mungkin beli frame yang boleh nampak depan belakang lepas tu gantung tengah bilik ha!
Okay, pada anda yang berminat untuk membeli Watch Dogs: Legion Collector’s Edition ini, ia boleh didapati di Ubisoft Store, tetapi kini telah kehaisan stock, selain itu boleh juga dibeli di kedai game store dan dibuka untuk pre-order seperti di Impulse Gaming berharga RM799.00. Menarik kan kan? Terima kasih sekali lagi Ubisoft! Jangan lupa baca segala mengenai Watch Dogs: Legion yang secara rasmi keluar di pasaran 29 Oktober 2020 di sini!
@gamersantaimy
Discussion about this post