Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing – Marvel’s Spider-Man 2 Limited Edition PS5 Bundle!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 6, 2023
in Action, Artikel, Berita, Open World, PS5, Unboxing
0 0
0
Unboxing – Marvel’s Spider-Man 2 Limited Edition PS5 Bundle!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai salah satu game paling dinantikan-nantikan untuk tahun 2023, saya faham mengapa ramai tidak sabar untuk bermain Marvel’s Spider-Man 2 yang bakal dikeluarkan pada 20 Oktober. Tidak perlu kata lagi, pemasaran PlayStation untuk game ini memang hebat di mana mereka mengumumkan Marvel’s Spider-Man 2 Limited Edition PS5 Bundle pada dua bulan lepas! Kebetulan hari ini kami akan membuat unboxing untuk bundle istimewa ini!

Saya memang teruja untuk memperkenalkan bundle eksklusif ini – yang terdiri daripada PS5 Cover dan DualSense khas- kepada semua penggemar PlayStation dan menunjukkan bagaimana PlayStation memindahkan intipati rupa dan ciri Marvel’s Spider-Man 2 ke bentuk konsol.

Bagi mereka yang kurang tahu, Venom dan symbiote akan menjadi salah satu cabaran paling hebat yang akan dihadapi oleh dua Spider-Men dalam Marvel’s Spider-Man 2 – dan tema utama merupakan “Spider-Man seolah-olah diambil alih oleh symbiote”.

Reka bentuk ini cuba menggambarkan intensiti dan kelaparan symbiote untuk mengambil badan hosnya yang dicerminkan melalui konsol PS5 dan controller wayarles DualSense.

Gambar rasmi boleh dilihat di posting rasmi PlayStation tetapi bagaimanakah rupanya secara depan-depan? Kalau anda ingin tahu, teruskan membaca!

PS5 Cover

Cover depan PS5 menunjukkan sesungut symbiote secara agresif menjalar menghampiri ikon Spider-Man (yang berwarna putih), dan mengancam untuk memakan sisa-sisa harapan terakhir superhero kegemaran kita yang bersinar terang. Di cover belakang, Symbiote telah mengambil alih sepenuhnya tetapi anda boleh melihat ikon putih Spider-Man ikonik daripada Advanced Suit.

PS5 DualSense

Untuk DualSense, reka bentuknya lebih kurang sama. Sebahagian besar controller telah diambil alih oleh symbiote (terutamanya bahagian belakang, dan bahagian kiri depan). Dengan konsep yang sama, sesungut symbiote sudah hampir menutup warna merah ikonik milik Spider-Man.

Kotak khas

Bukan itu sahaja, kotaknya pun menampilkan pertarungan hebat antara Venom menentang Peter Parker dan Miles Morales, yang masih dapat mendominasikan pihak lawan walaupun berlawan seorang diri.

Bak kata Jacinda Chews selaku Pengarah Seni Kanan Insomniac Games, reka bentuk ini diilhamkan oleh symbiote dalam game dan mewakili dilema Peter Parker apabila dia cuba sedaya upaya untuk mengawal symbiote supaya tidak hilang kawalan. Insomniac sedar betapa pentingnya peranan symbiote dan Venom dalam sekuel ini, jadi mereka berharap pemain dapat merasakan inspirasi di sebalik reka bentuk istimewa ini semasa mereka bermain Marvel’s Spider-Man 2.

Cara-cara untuk beli

Bundle ini sebenarnya sudah dibuka untuk pre-order sejak 28 Julai di Malaysia dan jika anda membuat pembelian, bundle ini merangkumi konsol PS5 edisi terhad, controller wayarles DualSense edisi terhad dan baucar untuk Marvel’s Spider-Man 2 Edisi Standard versi digital.

Bagi pemain yang membeli bundle PS5 lengkap, baucar permainan yang disertakan boleh ditebus apabila Marvel’s Spider-Man 2 dilancarkan pada 20 Oktober dan menerima item pre-order termasuk Arachknight Suit untuk Peter dengan 3 varian warna tambahan, Shadow Spider Suit untuk Miles dengan 3 varian warna tambahan, gajet Web Grabber, dan 3 skill point.

Jika anda sudah memiliki konsol P55, saya masih ada berita baik untuk anda. Console Cover dan DualSense edisi Marvel’s Spider-Man 2 dijual secara berasingan! Jika anda bosan dengan rupa lama, inilah masanya untuk memberi rupa baharu ke konsol anda.

  • Marvel’s Spider-Man 2 Limited Edition Bundle akan lancar pada 8 September
  • Marvel’s Spider-Man 2 PS5 Console Cover dan DualSense kini tersedia

Video unboxing kami!


Saya harap anda suka unboxing ini! Sekali lagi saya ingatkan, Marvel’s Spider-Man 2 akan dikeluarkan pada 20 Oktober, jadi anda tidak perlu menunggu lama lagi untuk mengalami pengembaraan baharu Peter Parker dan Miles Morales secara eksklusif di PS5.

Tags: ps5Unboxing
ShareTweetSend
Previous Post

Game Kucing Popular, STRAY Bakal Dapat Adaptasi Filem Animasi!

Next Post

Game Alone in The Dark Ditunda ke Januari 2024, Elak Game Oktober Lain!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

[Eksklusif] Monster Hunter Stories 3 Kongsi Proses Kreatif Reka Bentuk & Hala Tuju Yang Lebih Gelap
Eksklusif

[Eksklusif] Monster Hunter Stories 3 Kongsi Proses Kreatif Reka Bentuk & Hala Tuju Yang Lebih Gelap

June 30, 2026
Marvel Tōkon: Fighting Souls – Senarai Watak Semasa Pelancaran
Senarai

Marvel Tōkon: Fighting Souls – Senarai Watak Semasa Pelancaran

June 30, 2026
Mobile Roguelite ‘My Hero Academia UNITED SURVIVAL’ Membuka Pradaftar
Mobile

Mobile Roguelite ‘My Hero Academia UNITED SURVIVAL’ Membuka Pradaftar

June 30, 2026
Next Post
Game Alone in The Dark Ditunda ke Januari 2024, Elak Game Oktober Lain!

Game Alone in The Dark Ditunda ke Januari 2024, Elak Game Oktober Lain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd