Setahun lalu, kita telah diperkenalkan dengan STRAY, sebuah game pengembaraan di mana watak utamanya merupakan seekor kucing yang mencari jalan untuk pulang ke rumahnya. Melihat segala pergerakan serta aksi comel kucing dalam game itu, sudah tentu ia akan memikat hati ramai pemain. Baru-baru ini, Annapurna Animation telah mengumumkan bahawa game STRAY akan mendapat adaptasi filem animasi!
Nampaknya lebih ramai orang akan dapat melihat dunia yang didominasi oleh robot melalui pandangan seekor kucing. Untuk pengetahuan anda, filem STRAY akan dihasilkan oleh Annapurna Animation, yang merupakan salah satu division oleh penerbit game, Annapurna Interactive.

Yang menariknya, di sebalik Annapurna Animation , terdapat banyak bakat-bakat hebat yang akan melihat keseluruhan kandungan studio termasuklah filem STRAY. Antaranya adalah direktor dan producer filem Nimona iaitu Nick Bruno, Julie Zackary dan Erica Pulcini. Melihat sambutan baik Nimona, rasanya filem STRAY ini akan dihasilkan dengan baik nanti.

Tentang Stray
Dilepaskan pada 2022, STRAY merupakan game pengembaraan kucing yang berlaku di lorong-lorong bercahaya neon di bandar siber yang mereput. Dalam perjalanan, kucing itu berkawan dengan sebuah dron terbang kecil, yang hanya dikenali sebagai B12. Dengan bantuan rakan yang baru ditemuinya, mereka berdua cuba mencari jalan keluar.

STRAY tersedia di PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One dan PC melalui Steam. Untuk mendapatkan berita lain mengenai animasi daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post