Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing Dynasty Warriors: Origins Treasure Box Edition – Koleksi Impian Peminat!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 20, 2025
in Action, Artikel, Berita, Musou, PS5, Unboxing
0 0
0
Unboxing Dynasty Warriors: Origins Treasure Box Edition – Koleksi Impian Peminat!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, kita akan membuat unboxing khas untuk Dynasty Warriors: Origins Treasure Box Edition, sebuah edisi koleksi terhad yang memberikan sentuhan premium kepada salah satu reboot paling inovatif dalam francais ini.

Dibangunkan oleh Omega Force dan diterbitkan oleh Koei Tecmo, Dynasty Warriors: Origins dilancarkan bersama Treasure Box Edition pada 17 Januari 2025. Edisi khas ini bukan sahaja mengandungi game utama, tetapi juga pelbagai barangan eksklusif yang menambah nilai kepada pengalaman Dynasty Warriors di luar skrin. Tanpa berlengah lagi, jom kita unboxing!

Kredit: Digital Braves

Apa yang Ada Dalam Kotak?

Kotak Eksklusif Edisi Terhad

Dibungkus dalam kotak khas dengan reka bentuk menarik, edisi ini memberikan pengalaman premium sejak pandangan pertama. Seni hiasan pada kotak menunjukkan skala epik Dynasty Warriors: Origins, memberikan gambaran awal tentang pertempuran sengit dan sejarah kaya era Three Kingdoms di China.

Game Penuh

Di dalam, kita akan temui salinan fizikal Dynasty Warriors: Origins untuk PlayStation 5. Ini standard untuk mana-mana edisi, tetapi untungnya pemilik akan terima DLC tambahan iaitu empat kostum eksklusif untuk watak utama.

Keychain Meat Bun

Salah satu tambahan unik dalam edisi ini ialah keychain berbentuk Meat Bun, yang asalnya berfungsi sebagai item dalam game untuk memulihkan kesihatan. Reka bentuknya yang ringkas tetapi kreatif menjadikan keychain ini sebagai aksesori yang unik, dan sepatutnya hanya menarik perhatian peminat tegar yang bermata tajam.

T-Shirt Eksklusif

Edisi ini turut menyertakan sehelai kemeja-T hitam dengan tulisan Jepun Dynasty Warriors: Origins berwarna putih serta motif naga yang menghiasi rekaannya. Memang kombinasi yang bagus untuk peminat yang ingin menunjukkan kecintaan terhadap francais ini di khayalak ramai.

CD Runut Bunyi Original

Peminat muzik akan menghargai kehadiran cakera CD yang memuatkan 20 lagu original yang disusun khas untuk Dynasty Warriors: Origins. Menampilkan muzik yang mencerminkan atmosfera mendebarkan dalam game, ini turut menjadikannya satu koleksi wajib bagi peminat tegar.

Buku Seni Rasmi

Selami dunia Three Kingdoms dengan buku seni eksklusif ini, yang dipenuhi ilustrasi eksklusif, reka bentuk watak, carta hubungan, serta maklumat di sebalik tabir tentang jalan cerita permainan dari perspektif watak utama. Koleksi ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin memahami lebih mendalam tentang naratif dan dunia dalam Dynasty Warriors: Origins.


Edisi khas ini hanya boleh didapati melalui kedai dalam talian rasmi Koei Tecmo dan kedai terpilih. Setakat 20 Februari 2025, stok masih ada tetapi sangat terhad. Jadi sama ada anda peminat tegar Dynasty Warriors atau baru berjinak-jinak dengan Dynasty Warriors: Origins, Treasure Box Edition menjanjikan pengalaman eksklusif yang tidak boleh dilepaskan. Dapatkannya sebelum kehabisan stok!

Game ini telah dilancarkan sejak 17 Januari 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series, dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Tags: Dynasty Warriors: Origins Treasure Box EditionUnboxing
ShareTweetSend
Previous Post

Anna Yanami Dinobatkan Sebagai “Anime’s Best Girl 2024” Pilihan Reddit!

Next Post

Tokyo Game Show 2025 Kembali 25 Hingga 28 September! Butiran Lengkap Acara!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Tokyo Game Show 2025 Kembali 25 Hingga 28 September! Butiran Lengkap Acara!

Tokyo Game Show 2025 Kembali 25 Hingga 28 September! Butiran Lengkap Acara!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd