Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Umamusume: Pretty Derby Akan Keluar Versi Inggeris – Game Gacha Gadis-Gadis Kuda

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 25, 2024
in Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile
0 0
0
Umamusume: Pretty Derby Akan Keluar Versi Inggeris – Game Gacha Gadis-Gadis Kuda
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, Cygames mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan versi Bahasa Inggeris bagi game simulasi lumba gadis-gadis kuda ‘Umamusume: Pretty Derby‘ untuk iOS dan Android.

Merupakan game “gacha free-to-play” dengan mikrotransaksi, malangnya tarikh keluaran tepat tidak diumumkan. Namun, untuk meraikan keluaran versi terbaharu, laman web rasmi bahasa Inggeris, akaun X, dan YouTube telah dilancarkan, bersama video baharu yang anda boleh tonton di bawah.

“Umamusume: Pretty Derby berlangsung dalam dunia aneh di mana kuda tidak wujud. Sebaliknya, haiwan itu digantikan ialah Umamusume (Gadis Kuda), yang diinspirasikan oleh kuda lumba sebenar.”

“Dikurniakan dengan kebolehan yang sama kuat seperti kuda sebenar, setiap Umamusume berhasrat untuk menjadi idola terkemuka dan bersaing dalam rancangan hiburan sukan kebangsaan “Twinkle Series.”

“Pemain mengambil peranan sebagai guru dan jurulatih untuk gadis-gadis tersebut di Nihon Umamusume Training Center Gakuen (Japan Horse Girls Training Center Academy) dan membantu mereka membuat debut sulung.”

Kredit: Cygames

Terdapat tiga mode utama dalam game Umamusume: Pretty Derby, iaitu:

Kredit: Cygames
  • Story Mode: Jalan cerita utama yang memfokuskan pada perlumbaan dan episod tertentu daripada sejarah perlumbaan kuda Jepun. Sebaik sahaja anda mendapat watak baharu daripada gacha, anda juga boleh membuka kisah khusus untuk watak tersebut.
  • Training: Anda memilih Umamusume yang ingin dilatih dan membimbingnya sepanjang tahun di akademi. Setiap senario mempunyai jalan cerita utama dan setiap gadis kuda juga mempunyai cerita tersendiri.
  • Race Mode: Memandangkan gadis-gadis kuda berdasarkan kuda lumba dari dunia sebenar, memang masuk akal lah perlumbaan adalah sebahagian besar daripada game ini. Terdapat perlawanan lumba harian dan masa terhad untuk sertai, termasuk kejohanan PvP.
Kredit: Cygames

Game Uma,usume Pretty Derby asalnya dilancarkan pada Februari 2021 untuk iOS dan Android di Jepun. Terbukti sukses, ia diadaptasikan menjadi anime sehingga tiga musim anime TV, net anime Uma Musume Pretty Derby: Road to the Top dan anime spinoff Umayon.

Sebuah filem anime baharu telah ditayangkan di Jepun sejak 24 Mei bertajuk Uma Musume Pretty Derby: Shinjidai no Tobira (Uma Musume Pretty Derby: Beginning of a New Era).

Kredit: Cygames
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Umamusume: Pretty Derby
ShareTweetSend
Previous Post

Pengalaman Kami Di TableCon Quest 2024 – Saya Sekarang Peminat Tabletop!

Next Post

Mencuba ‘Spirit War’, ‘Kabuki Tricks’, & ‘Legions of Kadmon’ – Permainan Indie Kegemaran Di TableCon Quest 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Gigabyte GeForce RTX™ 5060 Ti GAMING OC 16G- Raja Mid-Range Untuk Pengalaman Gaming Terunggul
Teknologi

Gigabyte GeForce RTX™ 5060 Ti GAMING OC 16G- Raja Mid-Range Untuk Pengalaman Gaming Terunggul

July 18, 2025
Peraturan Baru Steam Menyebabkan Pembuangan Game Dewasa & NSFW
Steam

Peraturan Baru Steam Menyebabkan Pembuangan Game Dewasa & NSFW

July 18, 2025
Manga Kaiju No. 8 Tamat Selepas Lima Tahun!
Anime

Manga Kaiju No. 8 Tamat Selepas Lima Tahun!

July 18, 2025
Next Post
Mencuba ‘Spirit War’, ‘Kabuki Tricks’, & ‘Legions of Kadmon’ – Permainan Indie Kegemaran Di TableCon Quest 2024!

Mencuba 'Spirit War', 'Kabuki Tricks', & 'Legions of Kadmon' - Permainan Indie Kegemaran Di TableCon Quest 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist
Anime

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

July 8, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd