Hari ini, ASUS Malaysia mengumumkan penambahbaikan kepada pengalaman pelanggan menerusi Komitmen Kualiti & Perkhidmatan No.1 yang dipertingkatkan.
Khusus untuk pengguna di Malaysia, inisiatif ini menawarkan perlindungan kerosakan akibat kemalangan selama dua tahun, ujian ketahanan yang ketat untuk semua model, kemudahan penyerahan servis di seluruh negara, serta program penyelenggaraan eksklusif ASUS ProCare untuk laptop premium terpilih.

Setiap laptop ASUS dan ROG yang dilancarkan selepas 28 Julai 2026 disertakan dengan 2-Year Local Perfect Warranty (Accidental Damage Protection) di samping 2-Year International Warranty standard. Perlindungan ini diberikan secara automatik bagi setiap pembelian laptop baharu tanpa sebarang kos tambahan.

Sebelum memasuki pasaran, setiap laptop ASUS perlu melalui sehingga 34 ujian ketahanan bagi memastikan perkakasannya teguh dan tahan lama dalam penggunaan harian.
Ujian-ujian ini mensimulasikan pelbagai impak serta tekanan fizikal kehidupan sebenar:
- Drop Test: Memastikan laptop kekal berfungsi walaupun terjatuh dari ketinggian meja standard sekitar 100 cm.
- Extreme Temperature Test: Mengesahkan prestasi peranti dalam suhu melampau dari -33°C hingga 55°C. Ini memastikan laptop beroperasi seperti biasa walaupun ditinggalkan di dalam kereta di bawah terik matahari Malaysia atau dibawa melancong ke negara beriklim sejuk beku.
- Water Spill Test: Memastikan keyboard mampu mengasingkan dan mengalirkan tumpahan cecair secara selamat daripada merosakkan komponen dalaman.
- Pressure Test: Memastikan paparan dan kerangka laptop utuh menampung beban berat, seperti apabila laptop terpijak secara tidak sengaja di atas lantai.
- Vibration Test: Menguji ketahanan struktur terhadap getaran berterusan (5–500Hz merangkumi tiga paksi), mengelakkan skru atau komponen dalaman menjadi longgar semasa perjalanan di jalan bergelombang atau ketika menunggang motosikal.
Servis Seluruh Negara dan Sokongan Kurier Ke Pintu Rumah
Mendapatkan sokongan teknikal di Malaysia sekarang menjadi lebih mudah dan fleksibel, di mana ASUS menyediakan rangkaian sokongan dengan lebih 1,000 pusat servis di seluruh negara.
Pengguna di Malaysia boleh menghantar laptop mereka untuk dibaiki di mana-mana Pusat Servis ASUS rasmi atau cawangan Pos Malaysia terpilih. Bagi yang inginkan kemudahan ekstra, ASUS menawarkan perkhidmatan Pick-up & Return (PUR); kurier akan mengambil peranti dari pintu rumah anda dan menghantarnya semula setelah siap dibaiki. Bagi yang kerap ke luar negara, sokongan waranti ASUS turut merangkumi lebih 90 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.
Keistimewaan ASUS ProCare untuk Siri Premium

ASUS turut memperkenalkan ASUS ProCare, satu program perkhidmatan eksklusif yang direka untuk pemilik laptop ProArt, Zenbook, Vivobook S, dan ROG (yang dilancarkan selepas 28 Julai 2026).
Ahli ProCare boleh menikmati:
- Priority Service: Laluan khas di Pusat Servis ASUS terpilih untuk mengelakkan masa menunggu yang lama.
- Unlimited 360 Cleaning & Maintenance: Perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaraan percuma 10 langkah bagi memastikan laptop sentiasa berprestasi tinggi.
Perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaraan 10 langkah ini merangkumi:
- Pemeriksaan Perkakasan Luaran & Diagnostik: Memeriksa komponen fizikal serta mengetatkan atau menggantikan skru yang longgar.
- Pemeriksaan Perkakasan Dalaman: Ujian diagnostik pada komponen dalaman.
- Pembersihan Habuk Dalaman: Membersihkan habuk pada kipas dan saluran udara bagi melancarkan sistem penyejukan.
- Penukaran Thermal Paste: Menyapu semula thermal paste baharu pada cip CPU dan GPU untuk mengoptimumkan suhu operasi.
- Pembersihan Luaran: Membersihkan bahagian luar dan chasis laptop agar nampak seperti baharu.
- Pengoptimuman Sistem Penyejukan: Melaras semula profil kipas dan sistem pengurusan haba.
- Pemeriksaan Pemulihan Sistem: Memasang semula atau menetapkan semula sistem operasi jika perlu.
- Diagnostik Selepas Penyelenggaraan: Memastikan kesihatan perkakasan berada pada tahap terbaik menggunakan perisian diagnostik rasmi ASUS.
- Ujian Prestasi & Kestabilan: Menguji kestabilan peranti di bawah beban kerja yang tinggi.
- Penilaian Kesihatan Bateri: Menilai tahap jangka hayat dan kesihatan bateri menggunakan perisian khas.
Untuk maklumat lanjut tentang polisi waranti atau lokasi pusat servis berdekatan, pengguna di Malaysia boleh melawati laman web ASUS Malaysia Quality & Service.








Discussion about this post