Tsuburaya Productions telah memperkenalkan siri baharu yang bakal ditayangkan pada 6 Julai 2024. Siri tersebut adalah Ultraman Arc, hero ultra baharu yang bakal mengekalkan keamanan bumi bersama protagonis baru! Jom kita lihat lebih mengenai Ultraman baru ini!
Makhluk cahaya yang berasal dari galaksi yang jauh bersatu dengan Yuma, protagonis yang memiliki “kuasa imaginasi” yang luar biasa, dan mereka membentuk Ultra Hero baharu — Ultraman Arc. Cerita ini mengisahkan Arc yang melindungi masa depan Bumi dan manusia daripada ancaman yang hadir.
Seperti biasa, siri Ultraman baru ini boleh di tonton melalui saluran Youtube rasmi. Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh tontonnya dengan sari kata bahasa Melayu! Jadi jangan lepaskan peluang untuk tonton episod pertamanya pada 6 Julai ini.
Berikut adalah sinopsis rasmi untuk siri ini:
Di sebuah bandar bernama Hoshimoto City… Objek gergasi menjulang di Gunung Shishio. Dinamakan “Monohorn”, ia sebenarnya adalah tanduk kaiju yang tersangkut di tanah sejak kejadian 16 tahun lalu.
Insiden di mana kaiju muncul berkali-kali di seluruh dunia kemudiannya dipanggil “K-Day”. Sejak itu, Global Defense Force (GDF) telah tangani kaiju dengan kekerasan, manakala SKIP (Scientific Kaiju Investigation and Prevention center) bekerjasama dengan komuniti dalam penyiasatan saintifik dan panduan pemindahan untuk mencegah kejadian kaiju. SKIP juga telah menyiasat Monohorn yang muncul pada K-Day.
Yuma yang berumur 7 tahun telah berkhemah dengan ibu bapanya di Gunung Shishio apabila Monogelos menyerang, tetapi nasib baiknya dia terselamat. Pengalaman itu membuatkannya untuk mengkaji biologi kaiju lalu menyertai SKIP dan bertapak di Hoshimoto City Branch.
Apabila serangan besar-besaran kaiju berlaku, Yuma ingin melindungi mereka yang dalam kesusahan mendengar satu suara yang lalu menukarnya menjadi Ultraman Arc.
Apa pendapat anda mengenai reka bentuk Ultraman baru ini? Bagi kami ia mengingatkan kami kepada reka bentuk klasik Ultraman dengan warna putih dan merah itu. Tidak sabar untuk lihat kisah Hero Ultra ini nanti. Untuk mendapatkan segala berita mengenai Ultraman daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post