Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan *SPOILER* The Dark Pictures Anthology: Little Hope – Naratif gempak & lagi padu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 1, 2020 - Updated on November 4, 2020
in Artikel, Berita, Game Baru, Game Review, PC, PS4, Review, Seram, Steam, Xbox One
0 0
0
Ulasan *SPOILER* The Dark Pictures Anthology: Little Hope – Naratif gempak & lagi padu!
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak banyak permainan video seram yang dikeluarkan kerana kes COVID-19, namun demikian, permainan terkini The Dark Pictures Anthology: Little Hope oleh Supermassive Games, dilancarkan tepat pada waktunya sempena musim yang Halloween. Mari kita bersama-sama terokai bandar Little Hope, dan alami satu kisah rumit yang penuh dengan elemen supernatural dan mistik!

Sebelum itu, saya ingin berterima kasih kepada Bandai Namco Entertainment kerana memberi kami akses ke permainan. Walaupun saya tidak akan membincangkan keseluruhan jalan cerita, akan ada spoiler bagi mereka yang tidak ingin pengalaman dirosakkan. Mari kita mulakan ulasan ini sekarang!

Gameplay asas & kawalan teknikal

Sekiranya anda memang terbiasa dengan permainan Supermassive seperti Until Dawn dan Man of Medan, skema kawalan pada dasarnya adalah sama. Anda mempunyai mini-game untuk quick time event (QTE), dan joystick untuk bergerak. Little Hope dilengkapi dengan pilihan aksesibiliti yang berguna. Antara contoh ialah menghilangkan keperluan untuk menekan kombinasi butang yang berbeza dan tindakan “button mashing“. Untuk playthrough pertama, saya memilih pilihan “HOLD” kerana menganggap button mashing akan mudahkan rosak controller, jadi bagi mereka dengan pemikiran yang sama, ini adalah pilihan yang paling tepat.

Untuk sekuel akan datang, saya mungkin cadangkan pilihan untuk gameplay satu tangan, sari kata untuk pemain buta warna dan bantuan aim assist. Tempoh masa untuk QTE memang cukup, tetapi saya gagal beberapa kali kerana “aiming” di controller memang terlalu sukar! Pada adegan-adegan tertentu, saya merasakan pergerakannya juga agak pelik kerana notifikasi untuk interaksi tidak muncul sehingga saya ubah posisi atau arah sedikit.

Walaupun begitu, saya suka penggunaan kamera dalam permainan kerana variasi sinematik yang diberin dan kamera yang lebih bebas ketika pemain berada di persekitaran yang lebih luas. Jika anda fikirkan daripada perspektif gameplay, sudut kamera ini sebenarnya tidaklah begitu bagus tetapi naratif adalah fokus utama di sini.

Naratif & latar belakang

Bas yang dinaiki oleh protagonis kami mengalami kemalangan dan mereka terperangkap di Little Hope. Pemandu itu hilang, bersama dengan kabus yang muncul entah dari mana. Bandar Little Hope terkenal dengan mitos “witch trial“. Mesti ramai yang tidak percaya perkara khurafat ini tetapi tanda-tanda jelas seperti ukiran pelik, anak patung seram dan poster tentang reinkarnasi berada di sekeliling anda. Kabus ini pun mengelirukan lagi jalan keluar. Nampaknya, terpaksalah kita percaya.

Kemudian, kita ada aksi “time-travel“. Hantu-hantu yang mengikuti anda sebenarnya adalah orang yang sama dalam “flashback” pemain. Ia dapat melihat anda, tetapi orang biasa tidak dapat melihat mereka. Di sini, tindakan anda boleh mempengaruhi beberapa titik sejarah, tetapi bagi sebahagian besarnya, kita harus menganggap bahawa rakan-rakan akan mati, dan anda akan diburu oleh entiti-entiti berbahaya.

Entiti-entiti ini mengekalkan elemen-elemen semasa kematian mereka, seperti entiti milik Angela yang akan berusaha untuk melemaskannya sambil diikat oleh rantai besi. Saya tanpa sengaja  terbuat Angela dibunuh kerana gagal dalam QTE. Maaf ya? Perkara sama juga berlaku pada protagonis lain kerana isu ini. Jangan risau kerana kita boleh menyelamatkan mereka dalam playthrough seterusnya.

Protagonis kami juga memilih untuk kekal bersama selagi boleh. Naratif di mana rakan-rakan berpecah bukanlah sesuatu yang ideal pada pendapat saya. Watak-watak dalam permainan ini tidak terlalu bodoh dan Little Hope suka merujuk kepada kawasan dan objektif utama supaya kita tidak hilang arah. Penggunaan “jump scare” dan elemen seram terutamanya ketika hantu muncul pun tidaklah terlalu seram atau menakutkan. Selepas keynote dan demo, saya bermain Little Hope kali ini dengan matlamat untuk membongkarkan misteri.

*SPOILER UNTUK SALAH SATU ENDING*

Witch trial membolehkan lebih banyak peluang untuk kejadian yang “tidak dapat dijelaskan”, bermula dengan kehilangan misteri pemandu bas, dan kabus yang memerangkapkan watak utama kami. Kejadian ini menjadi lebih ketara dengan kemunculan gadis-gadis kecil yang menyeramkan, paderi yang mencurigakan dan konsep syaitan sedang memburu kita.

Oleh itu, saya rasa agak mengecewakan bahawa, setelah 5 hingga 6 jam untuk satu playthrough, rupanya penamat adalah halusinasi Anthony semasa prolog. Halusinasi ini sebenarnya berlaku kerana ” halusinogen daripada gas” di Man of Medan. Anthony terselamat daripada insiden yang membunuh keluarganya, dan dia hilang kerana pilihan yang telah dibuat. Adakah dia berhalusinasi kerana trauma, PTSD, atau serba salah kerana hanya dia sahaja yang selamat? Atau adakah dia sebenarnya seorang pembunuh?

Sekali lagi, ia hanya satu penamat. Mungkin syaitan memang wujud dan ia tidak semestinya Anthony…

*SPOILER BERAKHIR DI SINI*

Pendapat

Saya tidak begitu kenal francais Man of Medan, jadi saya mungkin terlepas pandang apa-apa rujukan sekiranya ada. Premonisi kali ini berbentuk kad pos yang merujuk Little Hope, sebuah bandar dan tempat pelancongan bagi mereka yang berminat “perkara bersejarah”. Seperti biasa, premonisi ini tidak memberi banyak petunjuk dan kita boleh memilih untuk menolak bantuan klu.

Anda pasti mahu cuba permainan dan Curator’s Cut selepas tamat playthrough pertama, untuk lebih maklumat lanjut tentang jalan cerita. Saya juga ingin mencuba permainan bersama kawan-kawan, kerana pengalaman permainan pasti lebih seronok ketika kita hadap setiap jump scare dan pilihan bersama-sama. Masa pandemik inilah sesuai untuk mengikatkan silaturahim secara dalam talian. Pada penghujung permainan, beberapa petunjuk juga memberitahu tentang permainan seterusnya tetapi saya diam di sini supaya anda boleh membuat spekulasi sendiri.

Little Hope berfungsi sebagai pengalaman seram yang menarik kerana jalan cerita yang unik berhubung dengan suasana menakutkan melalui pemilihan sudut kamera yang bagus. Dialognya juga mantap dan menyerlahkan lagi personaliti watak. Keputusan yang kita buat pula benar-benar memberi impak kepada jalan cerita. Ini menunjukkan betapa banyak usaha dikerahkan untuk penamat-penamat yang berbeza. Secara keseluruhan, ini adalah pengembaraan seram yang sangat bagus dan anda pasti mahu bermain berulang-ulang kali.

GS Gameplay:

The Review

The Dark Pictures Anthology: Little Hope

7 Score

Little Hope berfungsi sebagai pengalaman seram yang menarik kerana jalan cerita yang unik berhubung dengan suasana menakutkan melalui pemilihan sudut kamera yang bagus. Dialognya juga mantap dan menyerlahkan lagi personaliti watak.

Review Breakdown

  • Keputusan yang kita buat pula benar-benar memberi impak kepada jalan cerita. Ini menunjukkan betapa banyak usaha dikerahkan untuk penamat-penamat yang berbeza. 0
Tags: PS4reviewSupermassive GamesThe Dark Pictures Anthology: Little Hopeulasan
Previous Post

Peta dunia penuh Final Fantasy XVI (16) ditunjukkan! Inilah tempat anda bakal teroka!

Next Post

Vampire: The Masquerade akan jadi Battle Royale?! Akan datang tahun depan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Vampire: The Masquerade akan jadi Battle Royale?! Akan datang tahun depan!

Vampire: The Masquerade akan jadi Battle Royale?! Akan datang tahun depan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd