Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Seven Knights: Time Wanderer – Bukan adaptasi yang paling bagus untuk Switch!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 17, 2020
in Artikel, Berita, Game Baru, Game Review, Genre, Nintendo Switch, Review, RPG
0 0
0
Ulasan Seven Knights: Time Wanderer – Bukan adaptasi yang paling bagus untuk Switch!
Share on FacebookShare on Twitter

Permainan mudah alih (mobile) adalah entiti yang sangat berbeza berbanding permainan konsol. Itulah sebabnya apabila IP berjaya seperti Granblue Fantasy dan Azur Lane mendapat adaptasi yang unik pada komputer dan konsol, ia cenderung untuk mempunyai gameplay sangat berbeza daripada versi mobile. Pemain konsol menuntut gameplay yang lebih mendalam dan tidak begitu suka mikrotransaksi, jadi permainan baru seperti Granblue Fantasy Versus mempumnyai gabungan RPG dan mekanik permainan pertempuran.

Malangnya, pemaju NetMarble dari Korea tidak belajar daripada studio-studio ini, kerana permainan terbaru mereka, Seven Knights: Time Wanderer, yang dikeluarkan khusus untuk Nintendo Switch, adalah permainan yang sama seperti Seven Knights di peranti iOS dan Android. Di platform seperti Switch, yang sudah penuh dengan pelbagai ciri-ciri yang memanfaatkan pengalaman RPG, itu memang bukan petanda yang bagus. Oleh itu, saya sendiri pun mempunyai masa yang sukar untuk memahami isi kandungan permainan. Daripada awak semua mendengar saya merungut, lebih baik saya jelaskan mengapa permainan ini tidak beberapa puas hati.

Latar Belakang & Pengenalan Watak

Dalam Seven Knights: Time Wanderer, anda mengawal Vanessa, seorang gadis muda yang meneroka bilik harta karun keluarganya lalu disedut ke alam “The Abyss“, sebuah dimensi di luar ruang dan waktu. Pada masa yang sama, dia mendapati dirinya berubah menjadi dewasa, dan ditemani oleh jam pasir yang bernama Sandy. Kini ia terserah kepada anda, si pemain, untuk membimbingnya melalui Abyss dan memulihkan Time Crystal untuk membina semula tubuh supaya Vanessa boleh kembali ke dunia asal.

Animasi permulaan memang sangat cantik dan menampilkan beberapa karya seni yang dilukis dengan tangan tetapi setelah anda memasuki gameplay sebenar, rupa Seven Knights dalam versi mobile menjadi jelas. Kita disajikan dengan model 3D yang kurang cantik, dan beberapa gambar 2D statik untuk adegan dialog. Walaupun kombinasi antara sprite 2D dan model 3D tidak asing lagi dalam sesebuah RPG, saya agak terkilan kerana perbezaan kualiti antara keduanya.

Permainan ini mempunyai naratif yang berbeza daripada versi mobile, peminat yang bermain versi asal mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang watak-watak dan kaitan mereka dengan jalan cerita. Walaupun begitu, dialog tidak beberapa jelas memperkenalkan watak, lalu membuat saya keliru tentang tugas seterusnya, dan mengapa saya harus lakukan misi ini bersama mereka. Lebih penting lagi, isu ini menjadikan watak terasa sangat bosan dan tidak menarik.

Isu ini akan diselamatkan oleh sistem “Ego Stone” yang dibuka setelah menyelesaikan kawasan pertama dan membolehkan anda menikmati adegan dialog dengan salah satu anggota utama untuk mendapatkan ganjaran “Arcana Card“. Mungkin semua dah elok? Salah! Saya tetap keliru kerana setiap watak baru dijelaskan tanpa konteks sebenar (saya tidak tahu matlamat sebenar mereka).

Gameplay asas

Meneroka permainan ini tidak melibatkan kita mengembara di dunia luas yang dipenuhi dengan perkara unik, bertemu watak-watak menarik atau membongkarkan rahsia. Sebaliknya, ia melibatkan pergerakan peta ala-ala “board game” yang dihiasi dengan gambar 2D kabur untuk mewakili kawasan anda sekarang berada. Kadang-kadang, kita akan jumpa simbol yang mewakili harta karun atau raksasa, tetapi ini tidak akan muncul selagi akan tidak datang dekat pada lokasi tertentu. Tujuan utama adalah untuk pergi ke ikon “NEXT” demi meneruskan jalan cerita berikutnya.

Semasa anda maju dalam permainan, peta menjadi lebih besar, di mana beberapa jalan alternatif yang mengandungi harta karun atau misi sampingan akan dibuka. Tiada apa yang mendebarkan di sini, dan saya hanya rasa ia melecehkan untuk meneroka kerana pertarungan yang terlalu kerap dan ganjaran yang tidak berbaloi.

Sistem Pertempuran

Sekurang-kurangnya, sistem pertempuran agak menonjol dengan gabungan aksi “real-time” dan “turn-based“. Pada giliran pemain, anda dapat memilih mana-mana watak dalam parti dan memilih salah satu abiliti mereka untuk digunakan. Kita harus melakukan semua ini sebelum alat pengukur masa akan tamat, jika tidak, bazirlah giliran kita. Setelah digunakan, abiliti itu mempunyai cooldown dalam masa nyata sebelum anda dapat gunakannya lagi. Abiliti juga mempunyai salah satu daripada empat elemen, yang bermaksud kita boleh fokus pada kelemahan musuh untuk kecekapan maksimum dalam pertempuran.

Idea mereka sudah cukup bernas, tetapi saya mempersoalkan pelaksanaan mereka. Setiap watak hanya mendapat dua abiliti dan satu abiliti “Strike” yang secara beransur-ansur meningkat setiap kali anda menggunakan salah satu abiliti lain. Pertempuran dengan cepat boleh menjadi repetitif dan membosankan, terutamanya jika anda hanya mempunyai senarai watak dengan satu atau dua elemen tertentu. Penambahan “pengukur masa” juga tidak masuk akal, kerana saya mendapati diri tidak cukup masa untuk membuat keputusan taktikal yang bagus (Maafkan saya kerana lemah).

Memang kita boleh jadualkan serangan seterusnya semasa giliran musuh, tetapi situasi yang sentiasa berubah membuat saya tidak tahu sama ada anda mahu menyerang atau sembuh sehingga melihat kesannya. Tujuan mereka amat jelas ingin memberikan rasa “aksi” yang membikin panik, tetapi secara keseluruhan, ia tidak seronok.

Pendapat

Segala-galanya tentang Seven Knights: Time Wanderer merasa seperti tidak sempurna dan tergesa-gesa untuk dikeluarkan. Hasilnya adalah permainan yang menjengkelkan untuk bermain. Aspek penerokaan sangan membosankan, sistem pertempuran sentiasa berulang-ulang, dan naratif pun tidak berusaha untuk membuat pemain tertarik kepada watak yang ditemui. Walaupun peminat lama menghargai usaha adaptasi ini, jika NetMarble berharap untuk mencipta pengalaman serba baru bagi Seven Knights, nampaknya ini ialah usaha yang salah.

Seven Knights: Time Wanderer adalah permainan yang sukar untuk saya cadangkan kepada sesiapa sahaja kecuali kipas-susah-mati di versi mobile – terutama selepas bermain banyak RPG berkualiti tinggi seperti Breath of the Wild dan Pokemon Sword/Shield di Switch . Walaupun anda ialah seorang pengikut setia kepada francais, saya tetap sarankan untuk cuba permainan lain.

GS Gameplay

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Seven Knights: Time Wanderer

4 Score

Segala-galanya tentang Seven Knights: Time Wanderer merasa seperti tidak sempurna dan tergesa-gesa untuk dikeluarkan. Hasilnya adalah permainan yang menjengkelkan untuk bermain. Aspek penerokaan sangan membosankan, sistem pertempuran sentiasa berulang-ulang, dan naratif pun tidak berusaha untuk membuat pemain tertarik kepada watak yang ditemui.

Review Breakdown

  • Walaupun peminat lama menghargai usaha adaptasi ini, jika NetMarble berharap untuk mencipta pengalaman serba baru bagi Seven Knights, nampaknya ini ialah usaha yang salah. 0
Tags: Netmarblenintendo switchreviewSeven Knights - Time Wanderer -ulasan
Previous Post

Streamer terkenal xQc diserang oleh Shroud, Tyler1, & lain-lain kerana isu “stream snipe” Twitch Rivals!

Next Post

Kolaborasi Razer X BAPE telah tebocor!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Kolaborasi Razer X BAPE telah tebocor!

Kolaborasi Razer X BAPE telah tebocor!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd