DeathAdder V2 mewakili peranti paling terbaru dan paling berkuasa dalam siri tetikus gaming berwayar oleh Razer. Dengan penambahan terbaru ini, Razer telah meningkatkan lagi kehebatannya sejak pelancaran DeathAdder Elite, dan menjadikan sensor Focus +20,000 DPI sebagai titik jualan utama. Dengan nilai RM349, kelebihan tetikus gaming ini sangat padan dengan harganya.
Sebelum kami teruskan ke apa yang DeathAdder V2 boleh buat, saya ingin menjelaskan bagaimana ia lihat. DeathAdder V2 mempunyai reka bentuk yang ergonomik dan adalah salah satu tikus yang paling selesa pernah saya gunakan. Pada mulanya, saya melihat getah di tepi tetikus dan ia kelihatan agak merimaskan. Selepas beberapa jam kemudian, barulah saya sedar bahawa getah tersebut menjadikan peranti ini lebih selesa untuk dipegang.
Anda mungkin membayangkan DeathAdder V2 sebagai tikus yang berat. Walau bagaimanapun, beratnya hanya 82g dan ini memastikan pergerakan pergelangan tangan yang kurang meletihkan untuk pengalaman gaming yang lebih menyeronokkan.
Lapan butang “programmable” yang dimiliki DeathAdder V2 adalah sangat taktil dan direka dengan baik. Di bahagian bawah tetikus pula adalah butang untuk bertukar antara profil berbeza. Butang ini boleh dikonfigurasi dalam Razer Synapse dan merupakan penambahan yang agak bagus kerana ia memudahkan pengguna.
Salah satu titik jualan utama ialah kabel Razer SpeedFlex. Walaupun ia adalah tetikus berwayar, DeathAdder V2 mempunyai kebebasan untuk bergerak kerana keupayaannya untuk meluncur lebih baik, serta menawarkan kawalan yang lancar.
Peranti terbaru ini juga melihat Razer meningkatkan lagi teknologi sensornya. DeathAdder V2 mempunyai sensor Focus+ dan nilai DPI sebanyak 20,000! Kesan berwayar juga memastikan sambungan yang lancar dan bebas latensi.
Dalam permainan FPS seperti CS: GO dan PUBG, DeathAdder V2 harus menjadi salah satu tikus terbaik yang pernah saya gunakan. Walaupun 20,000 DPI mungkin agak tinggi untuk sesetengah orang, ia berfungsi dengan cemerlang dalam situasi yang berintensiti tinggi, dan menawarkan pergerakan yang tajam di seluruh skrin serta menyampaikan prestasi yang luar biasa semasa tempoh pertempuran yang lama. Tambahan pula, suis optik Razer berfungsi melalui laser cahaya berbanding dengan mekanisme tradisional. Ini menjadikan klik DeathAdder V2 lebih cepat, dan memberi kelebihan dalam aspek kompetitif.
Sekali lagi, Razer masih antara yang terbaik dalam efek backlighting. Walaupun ia hanya mempunyai dua zon cahaya iaitu scroll wheel dan logo Razer – kecerahannya yang tajam dan jelas memastikan tetikus ini sentiasa bergaya. DeathAdder V2 benar-benar menarik apabila digunakan dengan perisian Razer Synapse 3. Seperti yang dinyatakan di atas, DeathAdder V2 mempunyai lapan butang yang boleh diprogramkan serta Hypershift. Ini bermakna pilihan customisation untuk DeathAdder V2 adalah tidak terhad!
Terdapat lebih banyak lagi pilihan lain seperti Chroma Visualiser yang boleh memadankan backlight kepada mana-mana audio yang bermain melalui komputer anda. Ini amat berguna untuk lagu-lagu yang mempunyai bunyi drum yang kuat atau bassline yang dalam, kerana di sinilah tetikus ini benar-benar terserlah. Sistem Chroma juga membolehkan sambungan ke peranti lain. Jadi ikut kreativiti pengguna untuk mewarnakan bilik memakai lampu RGB lain.
Adakah anda patut membeli Razer DeathAdder V2? Bagi pendapat saya, ya. Apa yang anda boleh dapat di sini adalah pengalaman gaming yang tidak dapat ditandingi dengan salah satu sensor paling unggul di pasaran serta salah satu tetikus paling bagus dalam dekad ini. Walaupun terdapat banyak persaingan di luar sana tetapi ia mempunyai sensor DPI yang lebih rendah, jadi pilihan mungkin terletak pada keselesaan pengguna dan jika anda sanggup untuk bayar.
@gamersantaimy
Discussion about this post