Seperti anda semua tahu, Acer telah memperkenalkan tiga monitor baru di bawah sub-jenama AOpen. Dua monitor terbaru telah kami kongsikan sebelum ini iaitu Monitor Acer AOpen 27HC5RP dan Monitor Acer AOpen 24CL1Y bagi mereka yang suka “curved monitor” dan monitor sederhana besar. Kali ini, saya ingin berkongsi pendapat tentang “adik bongsunya” bernama Acer AOpen 22CV1Q, yang sebesar 22″ dengan refresh rate setinggi 75 Hz!
Walapun ia kecil dan tidak mempunyai spesifikasi yang tinggi di antara ketiga-tiga monitor di atas, saya ingin menjelaskan mengapa AOpen 22CV1Q masih adalah pilihan yang bagus untuk gamer yang inginkan monitor bajet. Menampilkan paparan 1920×1080 FHD, refresh rate setinggi 75 Hz, serta teknologi BlueLightShield dan Flickerless, anda boleh menikmati visual yang cukup menakjubkan pada harga yang murah. Baiklah, mari kita mulakan ulasan ini!
Visual FHD dan refresh rate 75 Hz
Acer AOpen 22CV1Q mempunyai paparan sebesar 22″ inci dan rekaan bezel nipis di sekeliling untuk meluaskan visual Full HD (FHD) anda. Ramai yang tahu, tetapi tujuan FHD adalah untuk memberi butiran yang lebih terperinci dan warna yang lebih tepat semasa menonton. Saya telah menguji monitor ini semasa menonton filem dan bermain game. Keputusannya adalah pengalaman yang memuaskan walaupun paparan kecil. Ini bermaksud pengguna boleh bermain game pada definisi tinggi di PlayStation 4 atau PC tanpa sebarang masalah.
Mengapa saya kata warnanya tepat? Acer AOpen 22CV1Q mempunyai color gamut sehingga 72% NTSC yang membuat setiap pengalaman menonton anda dilengkapi warna yang terang dan jelas. Bukan itu sahaja, paparan pun lebih lancar tanpa kabur berkat response time serendah 5ms dan refresh rate setinggi 75 Hz. Ini bukanlah yang paling pantas, tetapi cukup bagus jika anda ingin bermain game tanpa unsur kompetitif yang tinggi dan terlebih cukup bagi mereka yang ingin menonton movie atau anime kegemaran.
Mereka yang membeli Acer AOpen 22CV1Q mungkin mempunyai ruang meja yang kecil dan terhad dan tidak ada sususan yang selesa. Jangan risau! AOpen 22CV1Q kekalkan butiran gambar dan warna daripada sudut tontonan sehingga 178°. Jika anda tidak dapat letakkan monitor di posisi yang selesa, itu tiada masalah, kerana gambar masih boleh dilihat dengan jelas walaupun daripada sisi.
Teknologi penjagaan mata
Sayangnya, monitor ini tidak mempunyai panel IPS. Tetapi ada alasan yang kukuh untuk itu. Sebaliknya, monitor VA ini menawarkan teknologi BlueLightShield yang melindungi mata daripada tekanan dan teknologi Flickerless yang mengurangkan unsur “screen flicker” untuk memberikan pengalaman menonton lebih lancar.
Sebagai ujian, saya menggunakan monitor ini untuk sehari (kerja, dan di rumah dengan minimum rehat) dan mendapati mata saya masih segar selepas penggunaan 4-5 jam. Monitor yang memberi gambar bergaris-garis dan warna yang terlalu terang menjadi punca mata kita cepat letih. Tetapi kerana dua teknologi ini, ianya akan mengekalkan stabiliti paparan tanpa merosakkan mata kita. Anda mungkin tertanya.. “Mengapa monitor ini tidak boleh mempunyai IPS dan teknologi BlueLightShield atau Flickerless?” Ini kerana gabungan kedua-dua ciri tersebut sangat mahal. Hanya monitor paling hign-end yang mempunyai kombinasi seperti itu.
Sambungan yang terhad
Sekarang kita pergi ke aspek sambungan. Monitor ini mempunyai satu port HDMI dan satu port VGA. Ia bukanlah konfigurasi yang banyak, tetapi pada nilai harga seperti ini, kita pun tidak boleh meminta banyak. Memang sudah mencukupi. HDMI boleh digunakan untuk berinteraksi dengan semua peranti terbaru manakala VGA dapat menyambung ke desktop dengan mudah. Selain itu monitor ini turut menyediakan VESA Mount yang bantu pengguna untuk mencari kedudukan tontonan mengikut keselesaan mata dan pandangan ideal tersendiri.
SPESIFIKASI Acer AOpen 22CV1Q | |
Jenis | Consumer Monitor |
Warna | Black |
Saiz paparan | 21.5” |
Kawasan Paparan Aktif (mm) | 527.04 x 296.46 |
Jenis Panel | VA |
Max. Resolusi dan Refresh Rate | 1920×1080 @ 75 Hz |
Glare | N/A |
Masa Respon | 5ms (G to G) |
Nisbah Kontras | 1000:1 (Native) |
Kecerahan | 200 (cd/m2) |
Sudut Pandangan | 178° (H), 178° (V) |
Warna | 16.7 million |
Warna gamut | 72% NTSC |
Bits | 8 Bit |
Input Signal | VGA + HDMI |
VESA Wall Mounting | 75 x 75mm |
Speaker | N/A |
Power Supply (100 – 240 V) | External Adapter |
Tilt | -5° ~ 20° |
Berbaloi atau tidak?
Untuk sesiapa yang mempunyai ruang meja yang terhad, lebih suka skrin yang lebih kecil, atau mahukan monitor yang hebat pada harga yang lebih murah, Acer AOpen 22CV1Q adalah pilihan terbaik. Buat masa ini, Acer AOpen 22CV1Q bernilai sebanyak RM379.00 dan boleh didapati di laman web rasmi Acer serta pengedar sah melalui dalam talian seperti senarai dibawah;
Authorized reseller | |
Kedai Dalam Talian Rasmi Acer | https://store.acer.com/en-my |
Kedai Dalam Talian Rasmi Acer (Shopee) | https://shopee.com.my/m/acer-official-shop |
Kedai Dalam Talian Acer – Viewnet (Shopee) | https://shopee.com.my/acer.os.viewnet |
Kedai Dalam Talian Acer – Just IT (Shopee) | https://shopee.com.my/acer.os.justit |
Kedai Dalam Talian Acer – NotebookPlaza (Shopee) | https://shopee.com.my/acer.os.nbp |
@gamersantaimy
Discussion about this post