Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ujian Beta PS5 ‘MARVEL Tōkon: Fighting Souls’ Akan Bermula 6 September 2025 – Pendaftaran Dibuka!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 4, 2025
in Artikel, Berita, Beta, Epic Store, Fighting, PC, PS5, Steam
0 0
0
Ujian Beta PS5 ‘MARVEL Tōkon: Fighting Souls’ Akan Bermula 6 September 2025 – Pendaftaran Dibuka!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment dan Arc System Works telah mengesahkan tarikh ujian beta tertutup untuk permainan MARVEL Tōkon: Fighting Souls yang akan diadakan dari 6 hingga 8 September 2025, khas untuk konsol PlayStation 5.

Peminat yang ingin mencuba fighting game yang dinanti-ramai ini sudah boleh mula mendaftar di laman web rasmi PlayStation.

Dibangunkan oleh Arc System Works, pakar di sebalik siri Guilty Gear dan Dragon Ball FighterZ, MARVEL Tōkon: Fighting Souls adalah sebuah fighting game tag-team 4v4.

Ia tampil dengan grafik cel-shaded ala anime dan menampilkan barisan watak adiwira dan penjahat Marvel, termasuk versi dari alam semesta alternatif seperti Spider-Man, Wolverine, dan Magneto. Aspek gameplay memberi tumpuan kepada sinergi pasukan, cinematic assist, serangan balas (counter), dan kombo unik.

Ia direka agar sesuai untuk pemain baru, tetapi masih cukup mendalam untuk pemain kompetitif. Marvel Games turut bekerjasama bagi menjamin penceritaan dan watak yang setia kepada dunia Marvel.

Antara kandungan yang boleh dicuba dalam sesi beta tertutup ini ialah:

  • Enam Watak Boleh Dicuba: Captain America, Iron Man, Ms. Marvel, Star-Lord, Storm, dan Doctor Doom, lengkap dengan senarai kombo dan gerakan penuh.
  • Tiga Arena di Bandar New York Marvel: Berlawan di lokasi ikonik seperti City Center, Avengers Park, dan Hell’s Kitchen.
  • Mod Dalam Talian: Sertai lobi yang memuatkan sehingga 64 pemain dengan avatar Chibi Marvel. Game ini dilengkapi rollback netcode bagi memastikan sambungan yang stabil dan lancar.
  • Mod Penonton: Membolehkan pemain menonton perlawanan lain secara langsung.
  • Mod Latihan dan Tutorial: Termasuk “Startup Battle” melawan CPU untuk membantu pemain menguasai mekanik asas permainan.
  • Mod Luar Talian Terhad: Juga tersedia di samping mod dalam talian.

Langkah-Langkah Pendaftaran

Bagi mereka yang berminat, pendaftaran boleh dibuat dengan melayari laman rasmi PlayStation untuk MARVEL Tōkon: Fighting Souls dan klik pada butang “Register Now” di bahagian Beta Tertutup. Anda perlu log masuk ke akaun PlayStation Network (PSN) anda dan mengisi maklumat yang diperlukan.

Bagi ahli Program Beta PlayStation sedia ada, anda mungkin akan melihat mesej ralat “Invalid Link” jika cuba mendaftar.

Harus diingat, penyertaan dalam beta ini adalah terhad dan tidak semua yang mendaftar akan terpilih. Pemain yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel yang mengandungi butiran akses, jadi pastikan anda memeriksa peti masuk serta folder spam.

Untuk menyertainya, anda memerlukan akaun PSN dan sambungan internet yang aktif.

Untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar, sila lawati laman rasmi PlayStation. Game ini dijangka akan dilancarkan pada tahun 2026 untuk PS5 dan PC (melalui Steam dan Epic Games Store).

Tags: BETAMARVEL Tōkon: Fighting Souls
ShareTweetSend
Previous Post

Guilty Gear Strive Umum Tarikh Keluaran DLC ‘Lucy Cyberpunk’; Update Versi 2.00 Menanti pada 2026

Next Post

Gergasi Gaming Termasuk Nintendo, CAPCOM, & HoYoverse Bakal Memeriahkan gamescom asia x Thailand Game Show!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Gergasi Gaming Termasuk Nintendo, CAPCOM, & HoYoverse Bakal Memeriahkan gamescom asia x Thailand Game Show!

Gergasi Gaming Termasuk Nintendo, CAPCOM, & HoYoverse Bakal Memeriahkan gamescom asia x Thailand Game Show!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd