Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gergasi Gaming Termasuk Nintendo, CAPCOM, & HoYoverse Bakal Memeriahkan gamescom asia x Thailand Game Show!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 5, 2025
in Acara, Artikel, Berita, Industri, Pameran/Expo
0 0
0
Gergasi Gaming Termasuk Nintendo, CAPCOM, & HoYoverse Bakal Memeriahkan gamescom asia x Thailand Game Show!
Share on FacebookShare on Twitter

Penganjur acara gamescom asia x Thailand Game Show baru-baru ini mengumumkan penyertaan beberapa nama terbesar dalam industri gaming global untuk acara tahun ini.

Bertemakan “World of Gaming”, festival mega ini menjanjikan pengalaman gaming terbaik kepada pengunjung di Bangkok dari 16 hingga 19 Oktober.

Acara ini merupakan hasil gabungan dua konvensyen terkemuka dan kini menjadi platform terpenting di Asia Tenggara bagi industri gaming.

Ia menjadi pentas untuk mempamerkan game terbaharu, membuka ruang kepada pembangun dari Asia untuk bekerjasama di peringkat global, dan membantu penerbit antarabangsa mencari bakat-bakat baharu dalam industri.

Acara ini dianjurkan oleh Koelnmesse Pte Ltd, Show No Limit, dan Online Station, serta disokong oleh game – German Games Industry Association.

Acara ini dibahagikan kepada dua zon utama: ‘Entertainment Area’ untuk peminat dan ‘Business Area’ untuk para profesional industri.

Zon Hiburan Penuh Aktiviti (17–19 Oktober)

Bermula 17 hingga 19 Oktober, Entertainment Area menjanjikan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran interaktif, peluang untuk mencuba sendiri game terkini (hands-on), dan persembahan pentas tanpa henti.

Pengunjung berpeluang melihat pameran daripada syarikat gergasi seperti Bandai Namco Entertainment, CAPCOM, HoYoverse, Nintendo, The Pokémon Company, Ubisoft, dan XBOX.

Penaja Platinum iaitu Synnex dan GeForce Now oleh bro.game juga akan hadir, bersama penerbit terkenal lain seperti 4Divinity, Amazing Seasun, Daedalic Entertainment, dan VNGGames.

Bagi peminat gajet, jenama-jenama terkemuka seperti AMD, Intel, Predator, dan SteelSeries akan mempamerkan produk terbaru mereka. Paling istimewa, buat julung kalinya di Thailand, sebuah zon indie khas akan diperkenalkan, menampilkan sehingga 80 game daripada pembangun indie di seluruh dunia.

Pelbagai aktiviti lain turut menanti peminat, termasuklah pertandingan seperti Zone Zean Game Challenge yang mempertaruhkan Street Fighter 6, sesi sua kenal bersama pencipta kandungan dan pelakon suara, serta pertandingan cosplay yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai lebih 300,000 THB (sekitar RM 38,460).

Lagu tema rasmi acara yang digubah oleh Amm Atchariya juga akan dipersembahkan secara langsung oleh Jannine “Ploychompoo” Weigel di Pentas Utama.

Zon Perniagaan Memacu Kerjasama Industri Global (16–17 Oktober)

Pada 16 dan 17 Oktober, Business Area pula akan menjadi tumpuan para penerbit, pembangun dan pelabur untuk membina rangkaian perniagaan (B2B) dan meneroka peluang kerjasama.

Antara tumpuan utama ialah sesi perkongsian eksklusif bersama Glen Schofield, pereka di sebalik tajuk ikonik seperti Dead Space, Call of Duty, dan The Callisto Protocol, yang akan mendedahkan proses kreatif di sebalik karya-karyanya.

Lebih 70 penceramah dari 20 buah negara, termasuk wakil dari Avalanche Studios, Bethesda, Gearbox, Marvel Games, Pocketpair, dan Ubisoft, akan berkongsi kepakaran mereka.

Zon bisnes ini, yang ditaja oleh Epic Games Store, XBOX, dan Xsolla, turut menampilkan pavilion pameran dari 18 negara, pertandingan pitch untuk bakat indie, serta sesi Invest Circle yang menghubungkan pembangun dan pelabur.

Bagi yang berminat, tiket untuk Business Area B2B (16-17 Oktober) sudah mula dijual. Manakala tiket untuk Entertainment Area (17-19 Oktober) akan dibuka untuk jualan mulai 1 September. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi gamescom asia x Thailand Game Show.

Tags: Gamescom AsiaThailand Game Show
ShareTweetSend
Previous Post

Ujian Beta PS5 ‘MARVEL Tōkon: Fighting Souls’ Akan Bermula 6 September 2025 – Pendaftaran Dibuka!

Next Post

Atelier Ryza Secret Trilogy Deluxe Pack Akan Tiba 13 November, Padat Dengan Cerita Baharu

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
Atelier Ryza Secret Trilogy Deluxe Pack Akan Tiba 13 November, Padat Dengan Cerita Baharu

Atelier Ryza Secret Trilogy Deluxe Pack Akan Tiba 13 November, Padat Dengan Cerita Baharu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd